Wana baring telentang di atas katilnya. Dia terasa amat bosan hari ini. Tiada benda yang boleh dilakukannya.
Mahu bermain handphone tetapi tiada apa yang boleh dimainkannya di dalam handphone itu. Aplikasi game tiada langsung.
Mahu baca novel, tetapi semua novelnya sudah habis dibaca.
Kalaulah dia boleh mengikuti Aisyah ke rumah Amri, pasti dia tidak menjadi terlalu bosan begini. Ah! Dia mengeluh kasar. Bosan benar duduk di rumah.
Sedang kepalanya ligat memikirkan benda yang boleh dilakukannya, akhirnya otaknya mendapat satu idea. Jarinya dipetik.
Daripada tak buat apa-apa, baik aku stalk handphone abang aku. Dapatlah juga aku tahu siapa je yang chat dia. Entah-entah Amiera ada chat dia..
Dia bangun daripada pembaringan dan berjalan keluar daripada bilik.
Bilik yang berada disebelah biliknya diperhati. Bilik abangnya kosong. Tiada orang, tetapi kipas biliknya terbuka.
"Oi! Buat apa tengok bilik orang ni?" Suara abang tiba-tiba yang berada di belakang mengejutkannya.
Hampir luluh jantungnya itu mendengar sergahan daripada Wafiq. Dadanya diurut perlahan.
"Dia ni kan. Suka betul terkejutkan orang." Kata Wana. Dia memarahi abangnya sendiri.
" Apehal berdiri kat sini?" Soal Wafiq. Wajah adiknya dipandang seketika.
"Hm.. saja." Jawab Wana. Lekas-lekas dia melarikan matanya ke tempat lain.
Kenapa pula la dia ada kat sini. Orang nak stalk handphone dia. Aduh!
"Fiq! Wafiq!" Suara ibunya memanggil daripada bawah.
Wana melihat abangnya yang sudah berada di dalam bilik. Tangannya laju sahaja menaip. Senyuman sedikit terukir dibibir abangnya.
Chat siapalah tu sampai tersenyum-senyum. Terasa membuak-buak rasa ingin tahu nya itu.
"Abang, ibu panggil."
"Ye. Nak apa ibu?" Jawab Wafiq dengan kuat. Dia berjalan keluar daripada bilik.
"Tolong pergi kedai kejap boleh tak? Belikan serai dengan kunyit." Laung ibunya.
"Ala, malas laa. Suruh la adik je pergi.
Wafiq tak tahu la mana satu serai mana satu kunyit. Aduh." Kata Wafiq. Habis berkerut dahinya.Dengan muka sekali dibuatnya. Macam susah sangat nak minta tolong kat orang lain. Kan boleh tanya.Berat mulut!
"Eh eh kita pula nak kena pergi. Abang la pergi beli sana. Ibu suruh dia, dia suruh kita pula. Pergi beli sana." Wana menolak abangnya supaya turun ke bawah.
Waktu sekarang ni la baru boleh nak stalk dia punya phone. Rezeki!
Wafiq membuat muka toya. Geram dengan adiknya seorang itu. Sempat dahi adiknya dijentik kuat. Setelah itu dia terus melarikan ke tingkat bawah.
Wana sudah mengaduh kesakitan. Bukan main kuat lagi dijentiknya itu. Dah la tangan besar.
"Woi! Sakit laaa." Wana sudah menjerit-jerit. Nasib baiklah abangnya itu sudah ada dibawah. Kalau tidak tadi, pasti sudah disekehnya kepala abangnya itu.
Kedengaran bunyi motor abangnya keluar dari perkarangan rumah. Wana mula menguntum senyuman. Yeah!!
Dengan langkah yang besar, dia memasuki bilik abangnya. Dia terus melabuhkan punggung di atas katil.
Telefon I-phone milik abangnya dibuka. Senyuman nya semakin lebar melihatkan telefon Wafiq yang tiada kata laluan.
Semakin senang kerjanya untuk stalk telefon itu.
Aplikasi WhatsApp dibuka. Banyak juga orang yang di chat nya itu. Matanya mula tertacap pada nama Amiera.
Rupanya semalam Amiera ada chat bersama abangnya. Ditekannya chat mereka itu. Dia membaca daripada atas.
Amiera: Hai Wafiq!♥
Wafiq: Hai. Siapa ni?
Amiera: Ni aku la Amiera. Takkan la tak kenal.
Wafiq: Oh makwe Amri ae?
Amiera: Correction, bekas makwe dia. Tak payah la cakap pasal dia buang masa je.
Wafiq: Kau pehal putus dengan dia? Dah 3 tahun kot kau bercinta dengan dia.
Amiera: Aku dah tak suka la kat dia tu. Dah la buta. Macam mana la aku nak layan orang macam dia tu. :]
Wafiq: Kau mulut! Agak-agak la sikit cakap dia tu buta. Kawan aku tu. Dia tak buta la, dia rabun sikit je.
Amiera: Rabun sikit ke rabun banyak ke sama je. Dia tetap akan buta kan? Aku dah dengar la orang dok cakap pasal dia. Orang cakap dia tu buta.
Wafiq: Dah la. Kau ni tak abis-abis cakap buruk pasal kawan aku.
Amiera: Relax la. Kau ni! Aku chat kau ni bukan nya nak cerita pasal Amri tau?
Wafiq: Abis kau chat aku ni nak cakap pasal apa? Cepatla.
Amiera: Oh, aku nak couple ngan kau. Jom couple!
Wafiq: Berani nya kau nak minta couple ngan aku. Malas aku nak couple ngan kau.
Amiera: Aduh kau ni. Bukan ke kau pernah suka kat aku. Ni aku minta couple ngan kau, kau tak nak pula. Jual mahal.:(
Wafiq: Tu dulu. Sekarang ni aku dah tak suka kau. Dah la kau tu ex kawan aku. Pastu sibuk nak couple ngan aku. Tak reti malu!
Amiera: Kau ni. Tak yah fikir la pasal si Amri tu.
Wafiq: Dah dah. Malas nak layan kau.
Wafiq tidak membalas lagi chat yang diberikan oleh Amiera. Dia hanya memberi bluetick.
Wana yang membaca segala mesej itu hanya tersenyum senget. Tak reti malu betul perempuan ni nak minta couple.
Bunyi deruman motor yang baru tiba di rumah mengejutkannya. Lekas-lekas telefon abangnya itu ditutup dan dia terus berlari keluar daripada bilik abangnya dan terus memasuki biliknya sendiri.
*
*
*
*
*
Ok done. Srs gais nak fikir bab ni nak naik gile sye fikir. Entalah nape.. hahahahBtw, para reader ku rajin2 la bace ye? Kalau rasa hambar sory yg amat! Gue ngak tahu. Typo sorry. Pasal serai ngn kunyit tu jgn condemn ye? Hahahhaha
Actually sye x thu nk tulis apa.
Penulisan klau tak okey maaf ae?? Sila tnggu part yg seterusnya ye gais?? Rasa nak nangis buat part ni tau! Hope citer ni tak cliché la ye?
Maybe sye akn stop skjp buat citer ni. Sye ada... sikit. Hahahha
Vote and comments
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...