Aisyah dan kawan-kawannya bersuka ria di ladang teh. Sempat juga dua orang kawannya iaitu Aisyah Jo dan Yanie bermain kejar-kejar di situ.
Bukan main seronok lagi. Si Sofea pun join juga.
Semakin tersenyum lebar dirinya di situ. Kawan-kawan aku ni umur je orang kata da matang. Tapi,perangai masih macam budak-budak.
Masih ingin nak bermain kejar-kejar.
Wana yang berjalan di sebelah ditoleh. Asal diam je si minah ni? Tak nak ikut si Syahjo ngan yang lain main kejar-kejar ke? Selalunya,dia la suka bab-bab gini.
"Wana." Gadis pendek itu ditegurnya.
"Ha,apadia?" Jawab Wana. Lemah betul suara gadis itu. Kedua-dua belah tangan diletakkan ke dalam poket sweeter yang dipakainya.
Dia berjalan dengan mulut yang muncung sedepa.
"Kau asal ni Wana? Ha? Tak de mood ke? Kita datang sini nak fun fun auw. Kau jangan ah buat muka macam tu." Kata Aisyah. Risau pula ngan budak sebelah dia tu.
"Aku oke ah. Don't worry. Aku just lapar je ni. Pagi tadi aku tak sempat nak breakfast." Wana senyum segaris.
"Tu la kau sapa suruh bangun lambat. Kan,da lapar. Nak makan something tak?" Mereka berdua berhenti berjalan.
Mata Aisyah tepat memandang wajah Wana yang berada di depannya.
"Eh,takpelaa. Aku oke je." Kata Wana. Dia menepuk-nepuk tepi bahunya Aisyah.
"Nah!"
Tiba-tiba ada satu tangan yang menghulurkan sepeket roti sandwich kepada Wana. Terkejut dia. Ingatkan siapa la yang tegur dia tadi.
Wana mendekati Aisyah yang berdiri di sebelahnya. Lengan baju gadis itu dipegang.
"Nah,amik la." Sekali lagi tangan itu menyua-nyuakan(?) sepeket roti sandwich kepadanya.
"Untuk aku ke?" Wana masih pelik. Asal.... Asal lelaki ni? Asal lelaki yang bernama Haziq ni nak bagi aku sandwich?
"Iyela. Dahtu. Hm,ni abang kau suruh bagi. Dia kata kau belum breakfast lagi. So,dia belikan ni untuk kau." Kata Haziq. Dia masih dengan muka seriusnya. Tangannya masih lagi menghulurkan makanan itu.
"Oh..ok. tengkiu." Lambat-lambat Wana mengambil sandwich itu dari tangan Haziq.
Selepas sandwich itu selamat di tangan Wana,Haziq terus beredar. Laju benar jalannya. Mungkin nak kejar si Hazim tu kot.
"Ha Wana, tu da ada makanan makan la. Perut kau kosong tu." Ujar Aisyah. Wana hanya mengangguk sekali.
Baru saja dia ingin menyuapkan sandwich ke dalam mulut, tiba-tiba Syahirah menarik tangannya.
"Wei Wana,ikut aku jap. Tolong aku amikkan gambar bole ak?" Kata Syahirah . Dia mengoncangkan tangan kawannya itu berkali-kali.
"Hak alah kau ni. Suruh ah Ain sana. Aku nak makan ni." Kata Wana. Dia menolak tangan gadis itu ke tepi. Orang nak makan sekejap pun tak senang.
"Alah,dia busy tu ngan Aleysa. Jom laa. Cepat-cepat." Kali ini Syahirah sudah menarik kuat tangan Wana supaya mengekorinya.
Langsung tidak kesian dengan budak pendek tu.
Aisyah hanya menggelengkan kepala. Aihh! Aku juga yang ditinggalkan sorang diri kat sini. Apalah nasib aku ni wei!
"Aisyah!" Suara Amri tiba-tiba menyapa gegendang telinganya. Laju matanya mencari suara itu. Dia menoleh ke belakang.
Amri berlari laju menuju ke arah Aisyah. Sampai tercungap-cungap nafasnya ketika itu. Walaupun dalam keadaan yang tidak cukup nafas,dia masih lagi menghadiahkan senyuman kepada Aisyah.
"Kau pehal ni? Tak cukup nafas ke apa?" Aisyah berganjak setapak ke belakang. Seram aku wei. Lelaki tu asyik senyum-senyum je kat dia lately ni.
Apa masalah pun tak tahu ah.
"Hehe." Amri hanya tersengih.
"Gile ah kau ni. Ishh, seram aku." Laju Aisyah melarikan diri daripada Amri. Aku ni bukannya tak suka si Amri tu senyum kat aku.
But, lately ni dia senyum tu banyak kali sangat. Aku jadi awkward ah. Da la dia senyum tu terlalu manis. Bole gila auw aku.
"Mulut kau! Oi!" Amri mengejarnya daripada belakang.
Aisyah mengekek ketawa.
Tup tup, Amri sudahpun berjalan di sebelah Aisyah. Sekelip mata laki tu da ada kat sebelah. Atlet la katakan. Besar je langkah kaki dia tu berlari.
"Gila ae kau panggil aku. Geram betul aku ngan kau ni." Amri mengusik tudung yang kemas terpasang di kepala Aisyah.
Aisyah membuka matanya seluas yang mungkin. What!! Tudung bawal yang kemas tadi sudah mula tidak betul. Senget ke tepi wei!
Aisyah memberi pandangan maut kepada Amri. Jadi takut-takut lelaki itu.
"Sorry sorry. Aku tak sengaja." Amri menggaru belakang kepalanya perlahan. Habis ah aku kali ni!!
"Meh la." Amri menapak mendekati.
Tangannya tiba-tiba naik memegang tudung Aisyah. Terkejut Aisyah di situ. Badannya menjadi keras buat seketika.
Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan olehnya sekarang.
"Kau buat apa ni???" Aisyah mula sedar. Tangan lelaki itu ditepis jauh. Suaranya bergetar.
"Buat apa lagi? Nak betulkan tudung kaula." Kata Amri. Dia masih dengan senyuman di bibir. Dia kembali menapak mendekati.
"Eh,tak payah ah. Aku bole betulkan sendiri." Tangan Amri ditepis sekali lagi.
"Shhh. Duduk diam-diam. Biar aku betulkan tudung kau. Aku yang buat. So,aku la yang kena betulkan. Sini." Laju tangan Amri membetulkan tudung gadis itu.
Aisyah mendiamkan diri. Dibiarkan saja lelaki itu membetulkan tudungnya. Dia menahan nafas. Jantungnya kali ini betul-betul tidak dapat dikawal.
Rasa nak terjatuh keluar jantung ni.
"Wehh aku..."
"Shhh. Diam. "Amri memintas percakapannya. Matanya fokus pada tudung yang ingin dibetulkan olehnya.
"Aku..."
"Shhh." Sekali lagi Amri memintas percakapannya.
"Tapi...."
"Shhh. Kau ni kan. Degil betul." Amri sengaja membesarkan matanya. Minah ni kan. Aku betulkan tudung pun nak bising.
Lek lek sudah la.
Akhirnya Aisyah mendiamkan diri. Dia tidak lagi bersuara memberhentikan perlakuan Amri yang mahu membetulkan tudungnya.
Cepatlah kau betulkan tudung aku Amri. Aku da tak tahan ni. Macam nak meletop jantung ni ha!
*
*
*
*
*Yeah finally 80 gais!! Thanks a lot for who that always supporting me🙈 I'm glad to have you.
Before that sorry for the late update again😣. Otakk saya makin hari makin malas. Hahhahaha.
Teruskan membaca karya saya. jgn stop sampai ending auw. Make sure you all knows how the ending🤭 tinggal lagi beberapa bab lagi saya kena buat,so keep waiting gais!!
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...