49~Janganlah merajuk

295 35 0
                                    

Aisyah duduk termanggu di luar rumah. Dia menghayati suasana malam yang indah di kampung. Tudung yang sedikit senget dibetulkan.

Malam-malam pun nak kena pakai tudung. Terpaksa. Kalau si Amri tu tak ada, tak adalah dia sibuk-sibuk nak pakai tudung.

"Jauh termenung." Teguran Amri yang sedang berdiri di depan pintu mengejutkannya.

Terus dia menoleh.
"Sibuk je." Kata Aisyah perlahan supaya tidak didengari oleh Amri.

"Apa? Tak dengarlah." Ujar Amri. Dia berjalan mendekati. Tanpa disuruh, dia terus menjatuhkan punggung nya di kerusi sebelah Aisyah.

Aisyah tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri.

"Hm.. aku cakap dengan siapa ek? Dengan dinding ae?" Sengaja Amri berkata begitu. Saja mahu membuatkan Aisyah marah.

Dia mengosok-gosokkan matanya yang terasa gatal. Mula-mula rasa gatal sikit je, selepas itu gatalnya semakin sakit sehinggakan dia sedikit mengalirkan air mata.

Aisyah melihat Amri dengan pandangan risau. Apehal pula dengan dia ni.

"Am, kau kenapa ni? Masih sakit mata lagi ae?" Soal Aisyah risau. Badannya dialihkan supaya dapat menghadap muka Amri yang berada di sebelah.

"Ha? Sakit sikit je ni. Aku oke je." Kata Amri.

"Okey ape? Merah tau mata kau tu. Tulah gosok-gosok lagi kan. Tangan kau tu pun satu, gatal sangat pergi gosok. Ish!" Aisyah geram.

Sempat dia menepuk tangan Amri yang masih sibuk menggosok mata itu dengan lapit bajunya. Dia nak kene tepuk dulu baru nak dengar.

"Adu!" Amri mengaduh kesakitan.

"Ngada. Orang pukul selow je da kecoh." Aisyah dengan selambanya menjeling lelaki itu.

"Syah, aku nak cakap ngan kau ni." Kata Amri. Dia berhenti daripada mengosok matanya yang gatal.

"Nak cakap apa? Cakap je la."kata Aisyah. Matanya dialihkan daripada melihat wajah Amri. Dia hanya fokus pada pemandangan di depan matanya.

"Janganlah merajuk." Kata Amri. Dengan suara yang tenang dia bersuara.

Aisyah terdiam. Mukanya berubah serius. Dia tidak tahu mahu balas apa.
"Dengar tak apa aku kata ni? Janganlah merajuk lagi." Amri mengulangi kata-katanya.

"Ish, aku dengar la." Aisyah membuat muka. Dia ada telinga, dia dengarlah.

"By the way, bila masa aku merajuk? Sorry sikit, aku tak pernah nak merajuk okey?" Ujar Aisyah. Dia menyilangkan tangannya.

"Tak merajuk? Habis apa yang kau buat ni bukan merajuk? Lari, balik kampung. Tak nak jumpa kawan-kawan kau. Tu bukan merajuk? Habis kalau bukan merajuk, apa namanya tu?" Amri juga mula serius. Dia mendekatkan kerusinya dengan kerusi Aisyah.

Aisyah terasa terpukul dengan kata-kata Amri. Kata-kata lelaki itu benar-benar membuatkannya semakin sedih.

"Aku.. aku mana ada lari la. Aku just nak balik kampung jer." Kata Aisyah.

"Okey, biar aku explain pasal aku ngan Yanie kat Starbucks haritu." Amri ingin memulakan penjelasannya.

"Tak nak dengarlah explanation kau? Hah?Buat apa kau nak explain? Lagipun siapa aku nak marah or rasa sakit hati bila kau keluar dengan orang lain? Dalah Amri" Aisyah tidak mahu dengar apa-apapun daripada Amri tentang kejadian di Starbucks. Dia menggeleng-geleng.

"Tak tak. Kau dengar dulu. Yanie cakap dengan aku kau merajuk ngan dia sebab dia tak bagitahu kau yang dia keluar dengan aku kan? "

Aisyah mendengar dengan tekun apa yang dikatakan oleh Amri itu. Yanie cakap dengan Amri yang dirinya merajuk dengan dia sebab tak bagitahu yang dia keluar dengan Amri?

"Okey okey. So, dengar dulu apa yang aku nak explain ni." Kata Amri.

Aisyah sekadar menggangguk. Kalau dia menggeleng lagi, memang Amri akan memaksanya habis-habisan untuk mendengar penjelasan itu.

"Actually macam ni. Aku keluar dengan dia bukannya nak date or anything.  Tapi aku just ternampak dia dengan adik sedara dia kat area-area situ. So, memandangkan aku sorang diri, aku pun ajaklah dia sekali dengan aku. Kita orang berbual-bual kejap. Cerita itu. Cerita ini. Tu je senanya." Jelas Amri.

Aisyah meraup mukanya perlahan. Ternyata dia sudah salah faham dengan kawannya sendiri. Dia terang-terangan memarahi gadis itu. Sedangkan dia tidak tahu perkara yang sebenar.

"So, kau fahamkan cerita dia yang sebenar?" Amri memandang tepat ke wajah Aisyah yang kelihatan serba salah.

Aisyah mengangguk lagi.

"Besok kau balik ae? Aku bawa kau balik."kata Amri.

"Balik? Besok?" Aisyah seakan tidak percaya. Cepatnya nak balik. Belum sempat dia nak bermanja lebih-lebih dengan neneknya.

"Iyelah. Takkan bulan depan." Ujar Amri.

"Hm yelaa." Aisyah sekadar mengiyakan.

"Good girl. Tapi kita balik tengah hari tau sebab aku malas la nak drive pagi-pagi." Amri membuat muka malasnya.

"Pemalas! Pagi-pagi la bagus kau ni." Aisyah bengang.

Dia sudah mula okey. Sekarang tunggu untuk dia meminta maaf lagi dengan Yanie. Dia amat kesal dengan sikapnya yang suka memarahi orang tanpa usul periksa.

"Halah kau ni pun.  Tengah hari je. Bukannya malam macam sekarang ni." Kata Amri. Suka betul minah ni nak marah. Dari tadi pula tu nak marah.

Aih! Tak takut cepat tua ke? Kalau cepat tua nanti baru tahu.

"Apesal buat muka macam tu? Kau kutuk aku dalam hati ae?" Aisyah membuat andaian.

Terkejut Amri. Habis dahinya berkerut.

"Macam mana kau tahu ni?" Soal Amri.

"So, betullah kau kutuk aku? Kau kutuk apa ha?" Aisyah berdiri daripada tempat duduk memandang wajah Amri.

Amri juga berdiri daripada tempat duduk. Takut-takut mukanya ketika itu.

"Tak.. takk.. aku tak kutuk pun." Amri menggeleng-geleng.

"Tipu." Mata Aisyah semakin membesar.

"Betullah!" Amri melarikan diri. Dia terus masuk ke dalam rumah.

"Amri!!!"

*
*
*
*
*
Janganlah merajuk! Hahahahahah.. ok tak? Ok tak? Ok tak????? Hope oke ah! En? Hahahahha

Ni je sye dpt buat... segala penulisan yg kurang oke sye nk minta ampun ye? Still budak skola sbb tu la mcm ni. Hajahsjsj

Vote for mee

Love You My CrushWhere stories live. Discover now