Special✨

427 34 12
                                    

Aisyah senyum sendiri.

2 tahun telah berlalu. Banyak benda yang terjadi selama 2 tahun ini. Banyak benda yang baik terjadi kepada dirinya dan kawan-kawannya.

Sebagai contoh, kesemua kawan-kawannya berjaya menjejakkan kaki di dunia universiti. Walaupun ada yang memasuki universiti berlainan,mereka akan tetap berjumpa jika sudah berjanji.

Syahirah,Ain,Sofea dan Nad memasuki universiti di Johor, Shahniz,Aleysa, dan Aisyah Jo pula memasuki universiti di Kuala Lumpur.

Tidak lupa juga pada kawannya yang jauh di Sabah,Sarawak iaitu Wana dan Yanie. Mereka berdua menyambung pelajaran di Kuching,Sarawak.Maisarah dan dirinya pula belajar di Melaka.

Bila ingat balik,bukan benda ni je yang menggembirakan baginya. Pada tahun lepas, alhamdulillah kawannya iaitu Syahirah dan Nadhirah sudahpun bertunang.

"Oii!"

Aisyah terkejut apabila ada seseorang menepuk bahunya. Bukan main kuat lagi bahunya ditepuk. Dadanya diurut. Huh! Nasib baik aku ni tak ada penyakit jantung,kalau ada memang masuk ICU aku sekarang ni.

Dia menoleh.

"Kau rupanya Ain! Ya allah. Terkejut auw aku. Ishhh." Kata Aisyah. Dia menepuk-nepuk badan gadis itu banyak kali. Geram aku ngan dia ni.

Dari dulu sampai sekarang suka betul buat aku ni terkejut.

"Heheheh. Sorry ah. Kau tu ah. Dari tadi aku tengok, tersenyum-senyum sorang diri apehal? Teringat kat buah hati ker???" Ain cuba meneka. Dia menaikkan keningnya beberapa kali.

Aisyah hanya menggeleng. Amende la sia dia ni. Tiba-tiba Aisyah tersenyum sendiri. Dia teringat pula pada Amri.

Hubungannya dengan Amri semakin baik dan sebenarnya dia sudahpun bercinta dengan lelaki itu 3 tahun lepas. Bila ingat-ingat balik,lawak jugak lah.

Tak sangka, dapat juga crush aku tu jadi boyfriend aku. Hahahah.

"Ha,tengok tu. Senyum lagi. Katalah kau teringat apaa sampai tersenyum-senyum gitu!" Ain menolak bahu gadis itu.

"Eh kau ni sibuk je. Aku just teringat pasal Ira ngan Nad bertunang tahun lepas. Tu je." Balas Aisyah. Dia menggaru pipi.

"Ohh. Sweet je kan dorang dua waktu tu. Dah la bertunang waktu hari nak dekat sama. Hari ni Nad,besoknya Ira. Tak sangka kawan aku dah jadi tunang orang." Ain tersenyum sendiri.

Aih. Bilalah aku ni en. Hahahahah..

"Alah,kau pon boleh ah. Ajak ah pakwe kau tu bertunang." Aisyah selamba berkata.

"Bapak kau. Malulah aku. Kau ni." Ain membuat muka marah. Ada ke patut dia suruh aku ajak boyfriend aku bertunang? Gila ke apa? Jatuh ah air muka cantik aku.

"Ewah,seronok borak. Korang ni tak de keje ke apa?" Syahirah dan Wana datang mendekati.

"Eleh kau,jeles ah tu bff kau selalu ngan aku." Aisyah sengaja memeluk Ain. Gadis yang dipeluknya itu sememangnya bff gila-gila dengan Syahirah.

"Takda masa ah." Kata Syahirah. Dia ketawa kecil.

"Nad,mana wei?" Tanya Aisyah. Dia mencari empunya rumah. Dah lebih sejam dirinya berada di sini,tapi batang hidung tuan rumah tak nampak-nampak.

"Kau ni macam tak tahu pula. Dia kan busy kat dalam. Tengah check barang apa lagi yang tak da. Maklumlah orang tu kan nak kahwin besok." Ujar Wana. Dia tersenyum.

"Ohh." Aisyah hanya mengangguk.

"Ada yang sebut nama aku ke??" Nadhirah menapak keluar daripada rumah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 27, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love You My CrushWhere stories live. Discover now