9~Jealous (II)

422 36 5
                                    

Hari Sabtu kelas tambahan berjalan seperti biasa. Diikutkan jadual hari ini ada kelas tambahan sejarah. Tetapi telah ditukar last minit menjadi kelas tambahan bahasa melayu kerana hari itu ramai guru yang mengambil emergency leave.

Semua pelajar tingkatan 5 dari kelas 5UM, 5UTM, 5UKM dan 5UPM telah dikumpulkan di dalam satu bilik muzik.

Kelas yang lainnya pula dikumpulkan di perpustakaan.

Jam menunjukkan 7.40 pagi tetapi hanya segelintir pelajar sahaja yang hadir. Aisyah dan rakan-rakannya sibuk berbual di belakang.

"Wei korang! Aku ada dengar something ni. Gosip-gosip! Sini la sikit." Kata Sofea. Dia menyuruh kawan-kawannya berganjak mendekati dirinya.

Aisyah dan yang lainnya datang mendekati. Telinga dibuka seluas yang mungkin untuk mendengar gosipnya si Sofea itu.

"Gosip apa ni?" Soal Shahniz. Matanya terkelip-kelip.

"Korang tahu kan yang si Amiera tu classmate aku dengan Ain and Nad?" Mata Sofea bergerak memandang wajah kawannya satu persatu.

"Haah. Apesal dengan dengan si Amiera tu?" Tanya Ain yang sudah tidak sabar.

"Aku ada dengar cerita pasal dia dari kawan dia punya kawan. Yang si Amiera tu sekarang ni nak try tackle si Wafiq pula wei!"

Sofea memukul paha Wana berkali-kali. Selepas itu digoncangnya bahu Wana beberapa kali.

Wana menolak tangan Sofea itu ketepi.

"Kau serious ke yang si minah tu nak tackle abang aku ni?" Wana musykil. Lepas dah bercinta dengan Amri nak bercinta dengan kawan Amri pula.

"Serious beb! Ni bukan tipu-tipu.  Betul-betul tauu." Kata Sofea penuh beria. Matanya membulat besar.

Aisyah tersenyum senget. Dia betul-betul tidak faham dengan si Amiera itu. Tidak cukupkah Amri seorang sahaja? Mahu juga dengan orang lain. Kawan Amri pula tu!

"Amiera ni kan. Eh, aku tak tahu la nak describe dia apa. Tak suka aku tengok perangai dia. Geram bhai!" Kata Aisyah. Dia menggulingkan bebola matanya ke atas.

"Baiklahh pelajar! Sila beratur ikut kelas. Saya nak kira berapa orang je yang datang hari ni."

Suara kuat cikgu Khadijah yang baru memasuki bilik muzik bersama guru yang lainnya membuatkan Aisyah dan kawan-kawannya terkejut.

Tergopoh-gopoh mereka berlari memasuki barisan kelas masing-masing.

Setelah semua pelajar selesai memasuki barisan masing-masing, cikgu Khadijah pun mula mengira pelajarnya.

"Yang ada kat sini ada 60 orang je. Ramai juga yang tak datang. Tak apalah. Sikit lagi bagus kan? Tak adalah bising sangat." Kata cikgu Khadijah.  Dia tersengih, suka.

Tidak adalah dia terjerit-jerit sangat. Tiga orang guru lagi yang berada di belakang mengangguk mengiyakan kata-kata cikgu Khadijah.

"Sekarang ni cikgu akan bahagi kumpulan. Ada 20 group. Dalam 1 group ada 3 orang. Kejap lagi cikgu round bawak kotak. Awak sendiri akan cabut nombor group awak." Jelas cikgu Khadijah lagi.

Aisyah mengangguk faham. Hatinya sudah berdoa agar dapat nombor yang sama dengan Amri.

Cikgu Khadijah semakin mendekatinya. Dup dap jer. Hope dapat nombor sama dengan dia. Nombor sudah pun dicabut.

Dibukanya perlahan lipatan kertas kecil itu. Nombor yang tertera di atas kertas itu ialah 7. Cantik nombor ni. Desis Aisyah.

"Awak dah tengok kan awak dapat nombor apa? Sekarang ni bangun dan duduk dalam kumpulan. Dari sini group number 1, sini number 2 dan lain-lain. Boleh gerak sekarang."

Pelajar mula bergerak mencari kumpulan masing-masing. Aisyah akhirnya duduk di dalam kumpulannya. Hanya dia yang ada disitu.

Manalah group dia yang lain. Hatinya sudah menggila menjerit nama Amri. Dia begitu mengharapkan yang Amri akan berkumpulan dengannya. Haziq tiba-tiba melabuhkan punggungnya di hadapan Aisyah. Aisyah terkejut.

"Haziq, kau group aku ae?" Soal Aisyah.

"Dah tengok aku duduk ni kan? Aku la sama group dengan kau. Alahai! Apa? Ingat aku saja-saja ke duduk sini?" Haziq membuat muka toya. Kepalanya digeleng-gelengkan.

Aisyah buat-buat tidak nampak. Dicarinya kelibat Amri. Sedang matanya lagi berlegar mencari Amri, matanya terhenti melihat Wana yang sudahpun duduk berkumpulan dengan abangnya sendiri.

Dilihatnya Wana juga menunggu seorang lagi ahli terakhirnya. Hatinya mula memberontak. Dia takut Wana akan berkumpulan dengan Amri lagi. Dia takut dia akan menangis cemburu dalam hati.

"Aisyah kau nombor berapa?" Suara lelaki yang berdiri di depannnya mengejutkannya. Itu amri!

Jantung Aisyah buat hal. Terasa jantungnya ketika itu mengepam laju. Sangat laju.

"Ha? Hm.. aku nombor 7. Kau?" Soal Aisyah ingin tahu. Please la number 7! Please! Please! Please!

"Jauh beza wei. Aku nombor 15." Amri menayangkan nombor kumpulannya. Dia tersenyum manis sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipitnya.

"Sorry. Tak sama group pula kita. Bye!" Amri menunduk lalu bergerak mencari kumpulannya.

Muncung Aisyah sudah ke depan. Mata Aisyah langsung tidak dialihkan untuk melihat Amri. Diikutnya Amri ke mana. Setelah itu dia melihat Amri terhenti betul-betul di depan Wana.

Dia mencangkung di hadapan Wana. Ya allah! Hati ni dah start panas dah!!!

Tidak lama kemudian, Amri terus mengambil tempat duduk yang kosong di sebelah Wana. Sah! Dia orang sama group lagi. Hancur harapan!

"Okey,  dalam group saya nak awak semua bincang sama-sama. Cari 100 peribahasa. Siapkan." Kata cikgu Khadijah.

Aisyah memalingkan semula wajahnya melihat ahli kumpulannya. Terlihat Aleysa yang menjadi ahli ketiga kumpulannya. Dia mengeluh.

"Pehal Syah? Tak suka ke aku sama group dengan kau?" Sengaja Aleysa membuat muka seposen. Dia ingin mengambil perhatian Aisyah.

"Tak adalah." Aisyah menggeleng.

Keadaan mula menjadi bising apabila pelajar sibuk berfikir mencari 100 peribahasa. Sedang Aleysa dan Haziq sibuk berbincang, Aisyah mencari kesempatan untuk melihat Amri.

Ketika itu Wana, Wafiq dan Amri kelihatan seperti kumpulan yang sangat bahagia. Bergelak ketawa bersama.

Matanya tertumpu pada Amri yang dari tadinya termenung melihat wajah Wana. Dia melompong seketika. Jealous yang teramat niy!

Selepas itu, dia melihat Wana menganggu Amri yang lagi termenung. Sengaja Wana menepuk tangannya kuat di depan Amri.

Amri terasa bengang dengan perbuatannya Wana. Dan dia terus menarik tudungnya Wana sehingga tudungnya kelihatan mula luncup ( tak sure )

Aisyah mengibas-ngibas mukanya dengan tangan. Serious hari ini rasa nak meletup saja. Ya ampun!! Wana!

*
*
*
*
*
Jealous (II)! YEAH! SIAP SIAP! So how bab ni? Best ke idok?? Saya dah try buat yang terbaik ni. Baca tauuuu.

Make sure fahami betul-betul cerita ni. Klau ade typo sorry sgt2. Saya mmg ske typo. Hahahahah.

Bye!♥

Love You My CrushWhere stories live. Discover now