Aisyah berjalan mendekati Amri dengan diiringi kawan-kawannya yang lain. Perlahan saja langkahnya. Berdebar mungkin.
Wana yang dibelakang sudah tidak tahan. Banyak kali dia mengeluh. Sekarang ni kita tengah slow-mo ke?
"Syah, pantas ah jalan. Asal slow sangat ni?" Muka Wana kelat. Dia mula bercekak pinggang di situ.
"Kau ni. Nak marah aku lak, nak jalan cepat jalan je la. Ruang besar kot. Nak jugak jalan belakang aku. Puk kang!" Aisyah membuat muka tidak puas hati.
Sabar jela dengan budak sorang ni.
Wana memejamkan matanya. Takut-takut sekiranya Aisyah sudah siap sedia dengan tangannya untuk menepuknya.
"Wei bro!" Hazim membuat shake hand dengan Amri.
"Wei." Amri tersenyum ke arah kawannya. Seperti sudah lama mereka tidak berjumpa rindu rasanya. Hahahshs. Padahal minggu lepas baru jumpa.
"Uwaa.. bawa bunga. Untuk siapa? Untuk aku ke?" Sejambak bunga di tangan Amri menarik perhatian Haziq. Bunga ros pink. Cantik bunga itu.
Haziq yang mahu menggapai bunga itu tidak jadi apabila Amri memegang bunga itu ke belakangnya. Sempat dijelir lidahnya ke arah Haziq.
Haziq muncung sedepa.
"Sorry sikit. Aku tak nak bagi kau pun." Amri membuat muka annoying nya.
Wafiq sudah bergelak ketawa. Hahahahs.. perasan.
"Hahaha.. perasan..perasan." Wafiq mula mengejek-ejek kawannya itu. Dari dulu sampai sekarang perasan je keje dia.
"Sampai hati kau Am,kecik hati aku auw. Tapi kau bawak dua bunga. Kau nak bagi siapa lagi satu tu?" Sekuntum bunga matahari yang dipegang di tangan kiri lelaki itu dilihat.
Haziq sudah bergaru kepala.
Aisyah sekadar diam mendengarkan perbualan Amri bersama-sama kawan-kawannya. Syok betul mereka berbual.
"Kau datang sini naik apa Am?" Soal Aisyah Jo. Dia ingin tahu.
"Naik kereta la. Takkan naik beca kot." Kata Amri. Sengaja dia menekankan perkataan beca itu.
"Pergh! Kau dah ada lesen kereta ke?" Semakin teruja Aisyah Jo disitu. Ada lesen kereta seh! Bestnya. Bole gi jalan kat mana-mana je.
"La kau tak tahu lagi ke?" Maisarah memandang wajah Aisyah Jo.
"Tak. Asal? Kau dah tahu ae? Tak cite pun kat aku kan? ?Sampai hati kau kan. "Di tumbuknya perlahan bahu gadis bernama Maisarah itu.
"Dah kau tak tanya."Kata Maisarah. Sempat bahunya diusap-usap.
Aisyah Jo menggulingkan bebola matanya ke atas.
"By the way, congrats tau kat korang. Ni mesti dapat results bagus-bagus kan. Aku tahu." Kata Amri. Dia mengagak. Iyalah semua kawannya itu semua daripada kelas pandai.
Takkan tak ada yang dapat results gempak kan? Mesti ada.
"Thank you ah Am. Tapi senanya results kita orang lelaki ni biasa-biasa je . Kalau minah-minah semua ni memang gempak ah." Wafiq menjuihkan bibirnya ke arah semua perempuan yang berdiri di depan mereka.
"Seriously la?"
"Serious la. Lagi-lagi Aisyah." Wafiq tersenyum senget melihat wajah gadis itu.
"Eh kau ni. Results aku biasa-biasa je la." Kata Aisyah. Dia merendah diri. Tak mahulah riak, nanti berdosa.
"Betul ke Syah?" Amri direct menyoal Aisyah.
Aisyah menggeleng-geleng.
"Apa yang tak betulnya. Dia ni best student tau. Gred results dia je yang paling tinggi daripada semua orang. Aku nak lawan pun kalah auw." Ujar Ain.
Sememangnya keputusan kawannya itu yang paling gempak baginya. Amri terkejut. Best student? Wow, tak sangka dia masih boleh mempertahankan title best student dia tu sepanjang tahun lepas.
"Tahniah Syah."
"Thank you. "Malu-malu Aisyah di situ.
"Kau pehal Syah? Sakit ae?" Shahniz meneliti wajah Aisyah dengan tekun.
"Ha? Kenapa?" Dahi Aisyah berkerut-kerut. Kenapa pula tetiba kawan dia tu cakap yang dirinya sakit?
"Pipi kau tu ha. Merah semacam je. Apehal?" Shahniz menepuk perlahan pipi kawannya itu.
Automatik mata Aisyah terbuka luas. Pipi aku merah ke? Ya allah! Waktu ni lah dia nak buat hal. Ishh! Aisyah menggosok-gosok pipinya.
"Tak ada apa-apa ni. Aku guna blasher sikit. Sebab tu la merah." Aisyah mencipta alasan.
Syahirah yang berada di sebelah sudah menunduk. Dia menahan dirinya daripada tersenyum. Blusher konon. Pandai kawannya itu cipta alasan.
"Nah Syah. Bunga ni untuk kau." Amri menghulurkan jambangan bunga ros pink itu kepada Aisyah. Dia tersenyum lebar apabila melihat Aisyah sudi menerima bungannya.
Kawan-kawan mereka yang lain sudah mula membuat bising.
"Aisyah dapat bunga sia." Kata Sofea.
"Jeles aku!" Kata Aleysa.
"Bersemut siak kat sini. Tolong." Kata Haziq.
"Mata aku pedih tengok." Kata Wafiq.
Sekaligus mereka berdua dikecam. Dapat bunga je pun.
"Terima kasih. Cantik bunga ni." Aisyah berterima kasih. Dia menghidu bau wangi bunga ros itu yang dari tadi menarik perhatiannya.
Segar saja baunya.
"Cantik kan. Macam kau." Kata Amri lagi.
Semakin berbunga-bunga hati Aisyah mendengar kata-kata lelaki itu. Ya ampun. Apasal manis sangat dia hari ni??
"Wei aku nak baldi." Wana sudah muka rasa loya dengan suasana sweet itu.
"Itulah.. aku pon rasa nak baldi."Ain menyokong apa yang dikatakan oleh Wana.
Aisyah memandang tajam wajah Wana dengan hujung pandangannya. Budak tu. Tak pernah nak bagi orang senang sekejap.
Wana takut apabila terpandang pandangan tajam daripada kawannya. Dia tersengih-sengih. Tak boleh bak relax kawannya itu. Nak gurau pun tak boleh.
"Lagi satu bunga tu nak bagi sapa?" Haziq semakin ingin tahu.
"Oh yang ni? Aku nak bagi dia. Nah!" Bunga matahari itu dihulurkan.
*
*
*
*
*
Sorry sbb da lme x update. Sory sgt2.. busy la lately ni. Pastu tak ada idea. Sakit hati kita.Jahshahaa.. hope bab ni oke la yer?? Vote and please keep support me
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...