Ain duduk diam di belakang tempat duduk penumpang. Banyak kali dia memerhati kawan perempuannya yang duduk di depan dengan Haziq yang memandu di sebelah.
Diam je dari tadi. Langsung tiada bualan. Hanya lagu di corong radio saja yang menemani perjalanan mereka.
Ain mengeluh. Bosan gila bila tak ada benda yang boleh dibualkan.
"Wana. Apehal kau diam je hah hari ni? Geram pulak aku tengok. Selalunya kau tak macam ni tau. Kenapa? Kau tak sihat ke?" Ain menyoal. Dia duduk di tempat duduk tengah.
Menongkat dagu dia melihat wajah Wana.
"Hah? Aku sihat je laa. Okey je. Just hari ni tak ada rasa nak bercakap. Tu jer." Wana menguntum senyuman palsu. Dia mula mencuri-curi pandang dengan si lelaki yang sedang memandu.
Straight gila muka. Aku kat sebelah ni tak nak tengok pun. Mulut Wana memuncung. Marah sangat ke dia kat aku ni??
"Halah. Kau ni pon." Kata Ain. Dia menjeling.
Tiba-tiba bunyi mesej telefonnya kedengaran. Beg tangan dibongkar dan telefon di dalamnya dikeluar. Aplikasi WhatsApp nya dibuka. Terdapat beberapa mesej baru daripada nombor yang tidak dikenali.
017-xxxx-3786:
Hai!
I mean assalamualaikum.
Sihat ke?Berkerut dahi Ain apabila membaca mesej itu. Kenal pun tidak tiba-tiba tanya aku sihat ke tak. Pelik betul laa orang zaman sekarang.
Dia membuat keputusan untuk tidak membalas mesej daripada orang yang baru saja memberi mesej kepadanya.
Ketika dia meletakkan semula telefonnya di dalam beg, terdapat bunyi mesej masuk lagi. Dia mengeluh lalu membuka kembali telefonnya itu.
017-xxxx-3786:
Kenapa tak balas? Bluetick je.
Tak baik tak balas salam saya ni.Ain membuat muka. Ai! Saja betul yang bagi mesej ni tau. Tak baik tak balas salam pulak. Ishh. Dia menekan profile nombor telefon itu. Niatnya mahu mengenal pasti wajah si penghantar mesej tidak tercapai.
Si penghantar mesej tidak meletakkan profile gambarnya. Yang ada hanyalah gambar anime. Ain menggaru-garu kepala.
Me:
Waalaikumsalam. Siapa ni.Nak apa?017-xxxx-3786:
Ha, alhamdulilah jawab pon. Sihat ke awak kat sana tu?Dia membuat muka sekali lagi. Kali ini lebih meluat. Orang tanya lain dia jawab lain. Geram betul ngan orang macam ni.
Me:
Ishh! Sihat la. Puas hati. Orang tanya ni, ni siapa? Dah la tak kenal pastu tetiba je tanya khabar orang. Gile ker?"017-xxxx-3786:
Garangnya dia. Saya normal la bukannya gila. Tak baik cakap saya ni gila.
Saya Alif.
Nak berkenalan bole?Ain berfikir sejenak. Alif? Alif mana ni ek? Nama macam pernah dengar tapi tula lupa pula kat mana. Lama juga dia berfikir.
Me:
Alif? Alif yang mana ni? Tak kenal. Aku tak suka la chat orang yang aku tak kenal.
Serious aku tak kenal kau.017-xxxx-3786:
It's okay kalau tak kenal. Sekarang ni la masa nak berkenalan. Saya kenal awak tau. And saya rasa awak pun kenal saya.
Btw en, jangan la berkau aku ngan saya. Macam kasar la."(Me:
Alif mana ni? Tak kenal la. Cuba bagi gambar.Ain menunggu balasan daripada lelaki yang tidak dikenali bernama Alif. Lama dia menatap telefonnya. Typing je dari tadi. Aii, lama benor nak menjawabnya.
Aku mintak gambar je pun bukannya mintak dia bagi puisi ke apa.
Me:
Lama betul nak balas. Lincah la nak balas tu.017-xxxx-3786:
Sorry lambat. Saya tengah fikir nk blas apa kat awak tadi.
Nak gambar saya ke?
Perlu ke nak gambar.Ain mengetap giginya. Perlu ke nak gambar? Ya allah! Perlu la. Ain menekan emoji muka marah banyak kali. Sampai empat barisan emoji itu ditekannya.
017-xxxx-3786:
Ala, marah ae?
Okla sorry.
Jap, saya cari gambar saya nak bagi awak.Telefon ditutup seketika. Dia melihat wajah kedua-dua orang kawannya yang berada di depan. Diam betul dia orang berdua. Diam tidak terkutik.
Mata Haziq hanya fokus pada pemanduan. Mulutnya dikunci rapat.
"Ziq, kau pehal bawak laju sangat ni? Relax la. Benda dah nak dekat auw, nak bawa laju-laju da kenapa?" Soal Ain. Dahinya berkerut.
Bukan main laju lelaki itu memandu. 80km/j kau. Padahal kedai yang mahu mereka pergi itu sudah tidak jauh.
"Oh saja je nak bawa laju. Nak hantar korang biar cepat sikit sampai kat kedai tu." Ujar Haziq. Dia memandang Wana di sebelah sekilas.
Gadis itu sibuk melemparkan pandangan ke luar kereta.
"Eh kau ni. Ada ada jela. Asal? Kau ada nak kena gi mana-mana ke japgi?" Ain ingin tahu.
"Nak gi jumpa someone." Laju Haziq menjawab.
Wana di sebelah masih lagi fokus dengan pemandangan di luar kereta. Dia langsung tidak menoleh kepada Ain dan Haziq.
"Uish. Someone ae? Siapa someone tu? Nak tahu gak ni." Kening Ain terangkat-angkat.
"Ewah. Takde kau. Sibuk je." Kata Haziq.
Ain memuncung. Orang nak tahu je pon. Halahai!
Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej baru yang diterimanya.
017-xxxx-3786:
Nah, ni gambar saya.--------'_'--------
So, macam mana? Dah kenal saya tak?"
Ain terkejut. Lama gambar yang diterimanya itu dilihat. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Alif itu ialah lelaki ini. Oh my god!
*
*
*
*
*
Sorry lmbat update gais. Busy kit buat kje skola. So, how utk bab ni? Ada oke? Hope oke la yer???? Segala hambar dan typo hrp diampunkan.Enjoy your reading. And keep supporting me! Muah♥
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...