44~Aku takde

274 21 2
                                    

Maisarah sangat bosan berada di rumah. Sudahlah tiada cerita best nak tonton. Sorang diri pulak tu. Ahli keluarganya yang lain keluar membeli barang dapur.

Memang dia je kan kena tinggal. Tapi bukan ibu bapanya menyuruhnya tinggal di rumah, tetapi dia yang tidak mahu. Alasannya ialah malas nak ikut.

"Nak buat apa ae kat rumah ni?" Maisarah melihat sekelilinh rumahnya. Semua sudah tersusun rapi.

Nak menyapu, rumah dah bersih. Nak basuh baju, baju nak basuh semalam. Aih! Nak buat apalah sorang-sorang kat rumah ni?

Dia berfikir-dan berfikir.

"Ha! Daripada aku bosan duduk kat rumah ni sorang-sorang. Lebih baik aku pergi rumah Aisyah. Jenguk dia." Kata Maisarah sendiri.

Aisyah kan tak okey lagi. Dia sebagai kawan mestilah kena tolong comfort kan Aisyah.

Nasib baiklah kunci motor ditinggalkan di rumah. Senanglah dia nak membonceng motor itu pergi ke rumah Aisyah.

Tak payah nak susah-susah jalan kaki. Buat penat je.

Motor dihidupkan dan dia terus meluncur ke jalan raya menuju ke rumah Aisyah. Rumah Aisyah tidak jauh. Jadi dalam 5 minit begitu sudah sampai.

Tepat pada waktu, Maisarah tiba di depan rumah Aisyah. Kunci motor diambil lalu disimpam ke dalam poket. Dia turun daripada motor dan terus mendekati pagar rumahnya Aisyah.

Suasana depan rumah Aisyah kelihatan sunyi saja. Seperti tiada orang di dalam rumah itu pun ada. Dia mencuba memberi salam.

"Assalamualaikum! Aisyah? Oo Aisyah?" Dengan penuh sopan dia memberi salam.

Telefon bimbit di tangan dibuka. Jam sekarang ialah 4 .00 petang. Waktu macam ni okey la nak lepak.

"Aisyah? Assalamualaikum! Aisyah!" Dia mencuba lagi. Masih tiada sahutan. Dia pelik.  Pergi manalah family si dia ni.

Nombor telefon Aisyah ditaip pada skrin telefon. Dia membuat keputusan untuk menanya terus kepada Aisyah kemana kah dia pergi.
Tidaklah nanti dia tertunggu-tunggu depan rumah orang.

Dia kembali ke motornya. Dia duduk di atas motor itu sambil menunggu jawapan daripada Aisyah.

"Ha. Hello?" Aisyah di corong telefon bersuara.

"Ha wei Syah! Aku pergi rumah kau ni. Aku bagi salam, tak ada orang sahut. Korang se family pergi mana ni?" Maisarah menanya. Dia berpeluk tubuh di atas motor.

"Oh. Aku takde." Ringkas Aisyah menjawab.

"Ha takde? Kau pergi mana ni?" Maisarah ingin tahu.

"Aku kat kampung ni. Daripada semalam aku ada kat sini." Tenang saja Aisyah bersuara.

"Ohh. Kat kampung. Bile nak balik? Aku dah rindu kat kau ni. Rindu nak manja-manja ngan kau." Maisarah membuat suara comel.

Tergelak dia dengan suarannya sendiri. Nak try buat suara comel tapi tak seberapa nak jadi.

"Eleh kau, rindu konon. Ngada je lebih kau ni." Kata Aisyah.

"Mana ada mengada. Betullah. Aku rindu kau. Cakaplah bila kau nak balik sini?" Maisarah sekali lagi menanya soalan itu.

"Besok bapak aku, ngan adik aku je balik. Aku tinggal sini."

"What? Ala.. kenapa kau nak kena tinggal sana? Habistu bila nak balik sini?" Baru nak lepak sesama. Muncung Maisarah sudah sedepa. Sedih.

"Tak sure. Tengoklah macam mana. Aku nak stay sini kejap sebab aku nak tenangkan fikiran. Aku penat la kalau otak aku nj asyik nak serabut je." Kata Aisyah. Suara gadis itu kedengaran sedih saja.

Maisarah yang mendengar pun turut kesian.

"Aisyah? Jangan la macam tu. Pasal hari tu kau jangan fikir sangatlah. Aku yakin, Yanie takkan buat kau macam tu. Percayalah. Maybe dia jumpa Amri hari tu sebab ada hal?" Kata Maisarah. Dia cuba membuat kesimpulan.

"Mai dah lah. Aku malas la nak fikir pasal tu lagi. Takpe. Sekarang ni aku da tak kesah pasal Amri. Aku nak move on Mai. Rasanya dah cukup lama aku ada perasaan ni. So, now aku kena move on." Lancar saja kata-kata gadis itu.

Maisarah hanya mengeluh. Dia tidak tahu mahu katakan apa lagi. Dia buntu.

"Tapi kan Cah.."

"Mai, dahla. Mungkin sampai sini je untuk aku sukakan dia. Aku dah tak larat nak suka dia dalam diam lagi. Aku dah penat nak cemburu bila dia dengan perempuan lain. " Kata-kata Aisyah terhenti. Lama dia mendiam.

Maisarah yang di sini turut mendiamkan diri. Tekun dia mendengar kata-kata gadis itu.

"Syah, crush tu lumrah tau. Kau tak minta pun untuk suka kat dia. Benda ni terjadi macam tu je. Bukan kau sorang je Syah yang sukakan orang dalam diam. Orang lain pun pernah merasa.  Aku pun pernah rasa macam kau rasa." Maisarah menutur kata dengan berhati-hati. Dia takut kata-katanya nanti menyinggung perasaan kawannya.

Aisyah semakin mendiamkan diri. Dia kalah dengan kata-kata Maisarah. Gadis itu benar. Bukan dia saja yang pernah merasa sakit. Orang lain pun pernah merasa itu.

"Takpelah Syah. Kau tenangkan fikiran kau dulu kat sana. Bila kau dah oke baliklah." Kata Maisarah.

*
*
*
*
*
Ok done utk bab ni. Hope you all suka! Bubye! Tu je nk ckp utk bab ni!! Hahahahah

Love You My CrushWhere stories live. Discover now