"Assalamualaikum, Amri! Amri!" Hazim memberi salam di hadapan rumah Amri buat ketujuh kalinya.
Mana pula orang rumahnya ni?? Loceng da tekan banyak kali. Bagi salam pun da banyak kali. Semalam da mesej Amri,kata nak lepak rumah dia. Dia balas okay je.
Family dia yang lain tak ada kat rumah so bolehlah kawan-kawan dia datang.
Tapi bila da sampai depan rumah tak ada pula yang jawab. Aih! Hazim menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Wei Jim, mana si Amri ni?? Banyak kali dah kita ni bagi salam. Tak ada pun yang jawab." Haziq sudah mengeluh. Dia menutup pintu kereta dan berdiri di bonet depan keretanya.
"Tu ah. Mana laki ni wei. Aku da panas ni tunggu kat lua." Wafiq mengelap peluhnya yang jatuh di tepi pipi.
Jam tangan dikerling. Pukul 2.30 petang. Dah lama juga aku kat sini,kata Wafiq di dalam hati.
"Kejap la. Ni last aku bagi salam ae. Sekejap." Kata Hazim.
"Assalamualaikum! Am?Am??Amri!!" Kali ini lebih kuat suara Hazim memberi salam.
Akhirnya, ada juga yang menjawab salamnya. Amri sudahpun berada di depan pintu membuka pagar. Wajahnya kelihatan lesu ketika itu.
Langkahnya dipercepatkan untuk membuka pagar supaya kawan-kawannya dapat masuk.
"Wei sorry wei. Tadi aku tertidur. Tu la tak dengar orang bagi salam." Kata Amri. Dia mengosok-gosok matanya.
Haziq sekadar menggeleng.
"Geram betul aku. Kau tidur mati ke apa?? Hah? Orang banyak kali dah bagi salam. Si Wafiq tu pon ada call kau. Tak terjawab langsung." Haziq melihat kawannya itu dari atas ke bawah.
Macam orang dah tak betul laki ni aku tengok dia. Rambut macam tak pernah sikat sebulan.
"Sorry. Sorry gila-gila. Phone aku baru je rosak and aku penat gila semalam,tak tahu ah nape. Tu ah aku tertidur." Jelas Amri. Dia menggeleng sendiri.
"Jap wei. Pehal ngan mata kau tu? Bengkak semacam je. Kau nangis ke woi?" Wafiq datang mendekati Amri. Dia memegang bahu lelaki itu.
Betul ke apa yang aku tengok ni? Kawan aku nangis ke??? Matanya jatuh ke tangan kanan Amri.
"And ni. Apehal ngan tangan kau ni? Sampai berbalut ape sume ni??" Tangan kanan Amri dipegang.
"Mana ada aku nangis,hak alah korang ni. Pasal tangan aku ni hm.... Aku...aku tertumbuk dinding. Tak de hal la ni. Eh korang masuk ahh. Kita lepak kat dalam. Jom,jom." Kawan-kawannya ditolak supaya masuk ke dalam.
Dia tidak mahu kawannya banyak soalan kepadanya. Malas nak ada sesi bersoal jawab.
Hazim dan kedua-dua kawannya hanya mendengar kata.
Mereka bertiga melangkah memasuki rumah Amri. Bersih dan kemas saja perabot di dalam rumah kawannya.
"Ha korang duduk ah lu. Aku gi buat air." Kata Amri.
"Tak yah ah wei. Susah susah je. Dah lah dengan tangan kau gitu,susah ah nak buat air." Hazim menghalang lelaki itu daripada menyusahkan dirinya untuk ke dapur membuat air.
"Tak pe ah. Aku oke je.Korang dah tunggu lama kat luar. Dah la hari panas mesti haus. Halah,setakat buat air aku pandai ah. Don't worry aku takkan racun korang." Ujar Amri. Dia ketawa kecil.
"Ha Am,ni aku baru nak tanya asal handphone kau rosak?" Tanya Wafiq. Dia ingin tahu. Padahal semalam okay je chat. Main ml sesama.
"Oh,pasal tu. Aku.. aku terbaling fone tu." Kata Amri selamba.
"Mak aii.. macam mana bole terbaling kau ni! Memang saja ke apa nak baling fone tu??" Wafiq bersandar.
"Heheh." Amri berjalan ke dapur.
"Kita lepak kat bawah ke wei?" Tanya Haziq.
"Hak alah kau ni. Macam tak biasa pula. Kan kita memang selalu lepak kat bawah ni." Kata Hazim. Dia menjeleng ke arah Haziq.
"Aku tak pernah ah lepak kat bilik Amri." Haziq mencebik.
" Tu ah. Aku pon sama. Wei Amri,bole ak hari ni kita lepak kat bilik kau??" Wafiq menyoal kuat agar Amri yang berada di dapur dapat mendengar suaranya.
Amri terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Wafiq. Nak lepak dalam bilik aku??
"Ha? Bilik aku?" Amri membawa dulang yang di atasnya air ke atas meja. Terkebil-kebil matanya.
"Jom ah lepak kat bilik kau. Aku tak pernah sia lepak kat bilik kau. Ada apa je kat situ sampai tak nak kita orang naik atas??" Haziq mulai musykil.
"Hm..hm.." Amri memandang ke tempat lain.
"Asal tak boleh ke???" Wafiq bersuara.
"Bole. Bole je tapi..."
Belum sempat Amri menghabiskan ayatnya, Wafiq dan Haziq sudah berlari menaiki tangga menuju ke bilik Amri.
Ternganga Hazim di situ. Tak reti malu betul kawan aku ni! Main masuk bilik orang.
Amri menggeleng.
"Wei aku tak habis cakap lagi!" Kata Amri.
Dia ikut berlari menaiki tangga mengejar kawannya. Tercungap-cungap nafasnya apabila tiba di depan biliknya.
Terlihat Haziq dan Wafiq sedang berdiri di depan meja belajarnya. Amri sudag menepuk dahinya sendiri.
"Wei,korang." Panggil Amri.
"Amri, apa ni wei?" Tanya Haziq. Dia menanya tanpa menoleh ke arah Amri yang berada di belakangnya.
Wafiq mengambil tempat duduk di atas tilam Amri yang bersepah. Di lantai,di atas tilam ada je sampah. Keseluruhannya, bilik lelaki ni memang bersepak gila.
Wafiq membuka album foto yang diambilnya di atas meja tadi. Diselaknya satu-satu album itu.
"Ni apa ni wei??" Kali ini Wafiq pula yang menanya. Dia mengeluarkan satu gambar daripada album tersebut.
Amri mengosok lehernya. Dia tidak tahu nak jawab apa.
Haziq menoleh ke arah Amri bersama sekeping gambar di tangannya.
Hazim baru tiba di atas. Dia hanya melihat kawan-kawannya yang sedang memegang gambar.
"Tu gambar la. Apa lagi." Kata Amri. Dia cuba mengukir senyuman.
"Yer aku tahu la ni gambar. Maksud aku, orang yang ada dalam gambar ni." Kata Haziq.
"Kau....kau dah lama kenal dia?? Seriously wei, kenapa kau tak pernah bagitahu kita orang ni?" Haziq seakan tidak percaya. Betul ke ni?
Haziq mengambil tempat duduk di sebelah Wafiq. Sekarang ni, dia betul-betul terkejut. Tak tahu nak bagi reaction apa.
Amri mengeluh kasar. Benda yang dia dah lama rahsiakan sudah diketahui oleh kawan-kawannya.
"Okay." Amri menunduk.
"Cakap la apa sebenarnya cerita kau. Aku nak dengar." Kata Wafiq.
"Okay fine. Sebenarnya aku dah kenal lama dengan Aisyah." Amri meraup wajahnya kasar.
*
*
*
*
*
Heyyo gais! It's already 97! Yeahh!! Thanks sebab da stay dengan saya sampai ke bab ini. Hope reader suka la yer???Any typo please forgive me. Kalau ada ayat yg x best pon sory jugak. Tu je for today.
Hope you guys stay tuned sbb tinggal 3 bab lagi untuk sye siapkan!!
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...