Aisyah mengeluh kuat.
Dia memandang ke tempat lain."Apa yang kau mengeluh tu? Sepak nak sepak?" Tajam mata Wana memandang wajah gadis itu.
"Aku tak kira ae. Aku nak benda ni selesai hari ni jugak. Kau kena minta maaf ngan Sofea. Kau dah buat salah en,so pandai-pandai ah." Sambung Wana lagi.
Aisyah menggaru-garu kepalanya. Kepalanya diangkat,dan wajah kawan-kawan di hadapannya dipandang satu persatu. Aih! Kenapa semua nak kena ada kat sini ni? Kat taman pula tu. Dah la aku masih tak de mood ni nak jumpa dorang.
"Hm..."
"Cah, aku tak nak auw tengok group kita ni asyik-asyik nak gaduh je. Aku tak suka. Aku nak kita semua berbaik. " Kata Maisarah. Dia menepuk bahu Aisyah perlahan.
Sofea yang duduk tidak jauh daripada mereka berdua hanya memerhati. Bukannya dia nak pun merajuk lama-lama ni,tapi tu la bila dah terasa ni memang tak boleh lawan.
Terngiang-ngiang peristiwa Aisyah marah padanya di public haritu. Huh! Sampai sekarang dirinya masih ingat tentang itu.
Aisyah cuba munasabah dirinya sendiri. Dia perlu sedar sekarang. Jangan disebabkan amarahnya pada orang lain,tempiasnya terkena pada kawan sendiri.
"Pea,..."
Aisyah berjalan mendekati Sofea. Dia duduk berhadapan gadis itu. Dia menelan air liur.
Tangan Sofea dipegang penuh erat.
"Pea, maafkan aku. I'm sorry." Kata Aisyah. Matanya memandang tepat ke anak mata gadis di hadapannya.
Sofea hanya mendiamkan dirinya. Dia tidak tahu apa yang perlu dia katakan.
"Aku tahu aku salah,aku sedar tu. Aku tak patut pun marah or tengking kau kat public. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku...aku tengah stress waktu tu, sebab tu la aku...." Aisyah tidak menghabiskan kata-katanya.
Dia hanya menggeleng sendiri. Dia sangat malu ketika itu.
"Tak apalah. Aku faham. Aku dah lama maafkan kau. Janganlaa,nak rasa bersalah macam ni sangat." Kata Sofea. Dia menepuk perlahan tangan Aisyah,memujuk supaya gadis itu tidak perlu merasa bersalah.
Dia mula mengukir senyuman. Rasanya dah 2 minggu dia tak tengok muka kawan kesayangan itu. Rindu ngan dia.
"Sorry sebab baru sekarang aku nak minta maaf." Aisyah menggigit bibirnya.
"It's okay. At least kau dah minta maaf kan sekarang ni? Aku okay." Kata Sofea terangguk-angguk.
Aisyah turut tersenyum. Dia sangat bersyukur kerana mempunyai kawan yang sangat memahaminya. Walaupun dalam keadaan begini, dia tetap okey dan bersabar.
Rasa nak menangis pun ada jugak ni!
Aisyah lantas menarik Sofea ke dalam dakapannya. Dia benar-benar rindu pada kawannya itu. Sofea hanya tersenyum. Pelukan itu dibalas dengan pelukan yang erat.
Kawan-kawannya yang lain hanya tersenyum lebar. Ah, finally okay pun dorang dua ni. Syahirah dan Nadhirah memandang wajah antara satu sama lain dan mengangguk puas.
"Nak peluk jugaak!" Jerit Ain.
Dengan langkah besar,dia berlari ke arah Aisyah dan Sofea yang berpelukan. Dipeluknya dua orang kawannya dengan erat.
Kawannya yang lain tidak mahu kalah. Semua sekali yang datang mendekati. Semakin erat pelukan kesemua mereka.
Gelak ketawa mula kedengaran. Maisarah memeluk kesemua kawannya dengan perasaan gembira. Inilah yang dia mahukan. Kawan-kawan yang sentiasa ada bersamanya. Kawan-kawan yang memahami antara satu sama lain.
YOU ARE READING
Love You My Crush
LosoweTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...