"Assalamualaikum." Ain memberi salam. Disebelahnya adalah Wana. Gadis itu sibuk bermain telefon.
Tiada sahutan daripada orang rumah. Ain menggaru-garu kepala. Mana pula orang rumah ni.
"Assalamualaikum!"
.........
"Wei, mana si Mai ni? Kata ada kat rumah. Aduh, da lah panas ni." Wana merungut. Dia meletakkan tangannya di atas kepalanya.
"Entah minah ni. Aku da chat dia cakap nak datang amik dompet aku. Mana dia pun aku tak tahu." Kata Ain. Berkerut wajahnya menahan panas.
"Assalamualaikum! Ooh assalamualaikum. Mai! Ooooohh Mai." Kini giliran Wana yang memberi salam. Bukan main kuat lagi suaranya. Macam nak bagi salam kat 10 rumah!
"Wei Wana. Slow la sikit suara kau." Ain menepuk kuat lengan kawannya itu. Susah betul nak behave.
"Waalaikumsalam." Akhirnya ada juga yang menyahut.
Maisarah dengan langkah yang pantas terus menuju ke pagar. Tudung di kepalanya yang tidak betul dipegang.
"Ada pun kau Mai. Aku bagi salam tadi asal tak jawab? Kau gi mana?" Ain bercekak pinggang.
"Alah kau ni. Tak reti sabar. Aku dalam tandas la tadi, sakit perut. Tak tahu la aku makan apa sampai sakit perut sangat tadi." Jelas Maisarah.
"Tulaa makan je keje kan.. kan terus sakit perut." Kata Wana. Selamba badak saja dia menutur kata.
Maisarah menyiku perut kawannya itu kuat. Geram betul dia dengan kawamnya yang seorang itu. Tiada rasa kesian langsung dengan dirinya.
Terus mengaduh kesakitan Wana di situ.
"Nah dompet kau. Lain kali jaga leklok. Simpan dalam beg." Dompet kuning di tangannya itu dihulurkan kepada Ain.
Ain dengan gembira terus mengambil dompet itu daripada tangan Maisarah.
"Thanks wei."
"Keluar jap nak tak? Makan aiskrim ke? Nak? Aku belanja?" Ain memberi cadangan.
"Aiskrim? Serius? Aku nak!" Wana beria mengangkat tangannya.
"Beria ah kau Wana." Maisarah menggeleng.
"Kat mana kau nak belanja aiskrim ni?" Soal Maisarah."Ala dekat-dekat area sini je. Tadi aku ngan Wana naik grab aku ternampak kedai baru bukak. So, why not kita try?" Bersinar-sinar mata Ain. Tidak sabar dia nak makan aiskrim.
"Aku rasa aku tak dapat ikut kot. Sebab japgi aku nak balik kampung. Ada apa tah. Sorry tak dapat ikut." Maisarah berasa bersalah.
"Takpelaa. Nasib baik Wana ni ada. Boleh teman kan aku." Kata Ain. Dia masih dengan senyumannya.
Tiba-tiba sebuah kereta putih berhenti di depan mereka. Terus menoleh Ain dan Wana kepada kereta itu. Wana merasakan dirinya seperti pernah melihat kereta tu. Tetapi dia lupa..
Tuan empunya kereta itu keluar daripada perut kereta. Patutlah macam kenal kereta ni.
"Eh Haziq." Ain melambai Haziq yang baru saja keluar daripada kereta itu.
Langkah Haziq terhenti tatkala matanya bertembung dengan mata gadis pendek bernama Wana. Lama mereka bertentangan mata.
Rasa tidak mahu dia bergerak mendekati mereka.
"Ziq, kau pehal tercegat kat situ. Sini laa." Ain mengejutkannya.
Haziq berjalan menuju je arah mereka. Dia berhenti betul-betul di sebelah Maisarah. Nak berhenti di sebelah Wana, tak ada hati pula nak berhenti kat situ.
"Ha kau pehal datang sini? Ada apa-apa ke?" Soal Maisarah. Dia menoleh memandang wajah Haziq.
"Oh. Aku nak jaket aku. Semalam kan aku dah chat kau nak amik benda tu." Haziq mengingatkan Maisarah.
"Wait, wait, wait, wait. Jaket? Jaket apa ni? And kenapa jaket kau bole ada kat Mai? Haa.... mesti ada something ni. Smell fishy. " kata Ain. Dia melihat wajah Maisarah dan Haziq beberapa kali.
Wana hanya mendiamkan diri mendengarkan perbualan mereka. Dia pun tertanya-tanya kenapa jaket lelaki tu ada pada kawannya.
"Korang dua couple ae." Pernyataan yang tiba-tiba keluar daripada mulut Ain itu membuatkan Wana yang berada di sebelah terus lemah lutut.
Wana memegang lututnya sendiri.
"Wei Wana. Kau oke tak ni?" Maisarah risau.
Haziq juga turut risau apabila tiba-tiba saja gadis bernama Wana itu memegang lututnya.
"Ai,takkan la terus lemah lutut kot lepas dengar aku cakap si Mai ngan si Haziq ni couple?" Ain mengecilkan matanya melihat gadis di sebelahnya.
Terbeliak mata Wana mendengar kata-kata Ain itu. Senang betul dia kata. Tangannya laju menepuk bahu Ain.
"Mana ada." Kata Wana. Tegas suaranya.
"Yela yela. Kau bole berdiri ke tak ni?" Tanya ain.
"Boleh." Wana mengangguk. Dia menyeimbangkan (?) dirinya semula.
"Jap. Aku amik kat dalam." Maisarah kembali menoleh kepada Haziq. Apabila dia mahu berjalan masuk ke dalam rumah mengambil jaket, tangannya tiba-tiba di tahan oleh Haziq.
Terkejut Ain dan Wana melihat lelaki itu memegang tangan kawannya.
"Pehal pegang ni. Kau nak apa lagi?" Maisarah pelik. Dia melepaskan tangannya daripada genggaman Haziq.
"Sorry. Terpegang. Nak ingatkan kau jangan lupa ngan powerbank aku sekali." Kata Haziq. Dia tersengih.
"Hm... yelaa." Malas Maisarah menjawab. Dia masuk ke dalam rumah.
"Korang ni macam ada something laa. Pelik aku." Ain menyilangkan tangannya. Benda-benda macam ni wajib kena tahu.
"Tak ada apa-apala." Jawab Haziq
"Ziq,jap lagi bole tak kau hantar aku ngan Wana gi kedai aiskrim dekat-dekat area sini." Ain meminta pertolongan.
"Naik jela grab." Kata Haziq.
"Alah kau ni. Setakat tolong hantarkan je pon. Bukannya susah." Ain menjelingnya.
"Ishh kau ni. Yelaa. Tak yah ah nak jeling." Ujar Haziq. Dia melemparkan pandangan ke tempat lain.
*
*
*
*
*
Ui! Hello my dearest readers. How for this bab? Oke? Or not oke? Hahahhahahaha hope oke la yer. If ada typo or anything sorry sbb sye sememangnya kaki typo.Keep on voting my story. Love you all!
#stayathome
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...