79~Coincidense

282 24 0
                                    

Aisyah baring di atas katil dengan tangan kanan di dahi. Matanya hanya tertumpu pada siling kipas. Tidak tahulah apa yang menarik perhatiannya pada kipas itu.

Dia teringat kan peristiwa petang tadi. Banyak kali peristiwa itu berlegar di kepalanya.

Petang tadi

Lif terbuka,dan orang di dalamnya keluar. Aisyah dan kawan-kawannya terhenti. Mata mereka semua hanya terarah pada mereka yang keluar daripada lif.

"What a coincidence?" Gadis yang baru keluar lif itu ketawa kecil. Matanya tepat melihat Aisyah di depan mata.

"Kau buat apa kat sini?" Wana di belakang bersuara. Dia cuba mendekati Aisyah. Dia tidak menyangka gadis yang bernama Amiera itu berada di sini.

"Kau tanya aku buat apa kat sini? Soalan apa yang kau tanya ni? Aku bercuti la. Bercuti ngan kawan-kawan aku. Kenapa salah ke?" Tajam mata Amiera melihat Wana.

Nafas Wana turun naik. Bibirnya diketap(?). Geram pula tengok si perempuan tu.

"Dalam banyak-banyak tempat sini jugak kan korang datang? Tak de tempat lain ke?" Tiba-tiba kawan Amiera yang berada di sebelahnya bersuara.

Aisyah sekadar mendiamkan diri. Jujur katakan,dia tidak tahu apa yang patut dibalasnya. Dia hanya menunduk.

"Suka hati kita orang la nak gi mana pun. Asal, tempat ni ada nama bapak kau ke? Hah?" Suara Aisyah Jo sedikit tinggi.

"Syahjo." Nadhirah menahan tangan Aisyah Jo. Takut pula jika ada scene gempak berlaku kejap lagi.

Aisyah Jo mengeluh. Dia melepaskan tangannya daripada genggaman Nadhirah.

"Hey, what's wrong with your face ha? Tak suka ke tengok aku kat sini? Senyumla sikit." Pipi Aisyah dipegang oleh Amiera. Sengaja dia mahu bermain dengan pipi Aisyah.

Amri yang berada di tepi sudah tidak dapat menahan. Laju tangannya menepis tangan Amiera yang memegang pipi Aisyah.

Terkejut gadis itu dengan perbuatan Amri. Dia cuba mengawal riak mukanya. Nafasnya ditarik panjang.

Amiera ketawa.

"You ni da kenapa Am? Hah? Makin hari makin garang ngan I. Kenapa?" Amiera mula mendekati Amri. Laju tangannya menjalar memegang lengan Amri.

Amri merasa rimas apabila tangannya dipegang. Kuat dia menolak tangan Amiera itu ke tepi. Nak ber 'I' 'you' pulak. Gila ke apa?

"Lepasla Miera. Stop oke. Stop. Kita dua da tak ada kena mengena,so boleh tak jangan nak kacau hidup aku? Rimas. Tahu tak,aku rimas." Kata Amri. Perkataan rimas itu ditekan kan.

"Ala, but I miss you. I want you back." Perangai Amiera sudah memuncak. Dia tiba-tiba memeluk erat Amri  di depannya.

Amri merasa lemas di pelukan gadis itu. Meronta-ronta dia untuk dilepaskan.

"Boleh tak jangan gila sangat? Haritu kau jugak kan yang putus ngan aku. Ni,kau tiba-tiba je nak aku balik. Sorry. Aku tak berminat." Amri menolak gadis itu ke tepi.

"Tak berminat? What do you mean? I tahu you masih suka kat I la. Tak payah nak tipu." Kata Amiera. Dia tersenyum senget.

Semakin meluat Amri dengan perangai perempuan itu.  Laju dia berjalan meninggalkan Amiera.

"Genk,cepat la masuk. Jangan layan sangat perempuan tu." Amri sudah pun berada di dalam lif.

Dia menahan butang lif untuk kawan-kawannya masuk.Hazim dan Wafiq sekadar mengangguk. Mereka berdua pun memasuki lif diekori dengan kawan perempuan yang lain.

"Cah kau buat apa tercegat kat situ cepat la masuk." Suara Hazim mengejutkan Aisyah. Gadis itu masih berada di luar lif.

"Ha oke."

________________________

"Oi, cah! Aisyah!" Suara Wana berkumandang kuat di tepi telinganya.

Terus terbangun Aisyah daripada lamunannya. Dia dalam posisi duduk di atas tilam. Matanya tepat ke arah Wana.

Selama seminggu bercuti di sini, Wana dan Maisarah la yang menjadi temannya.

"Apa dia wei?" Tanya Aisyah. Dia sebenarnya tidak dengar pun apa yang kawan-kawannya cakap tadi.

"Kau tak dengar ke? Patutlah aku panggil kau banyak kali kau tak layan." Kata Wana. Dia menggeleng.

"Sorry la. Aku teringat benda lain tadi." Aisyah tersengih. Dia menggaru-garu kepala.

"Teringat apa? Ha? Baik kau cite." Maisarah yang duduk di sofa bersuara. Matanya tajam melihat Aisyah.

"Tak ada apa-apa la. Tak penting pun." Ujar Aisyah.

"Yeyejek kau tu. Tak caya ah aku." Kata Maisarah. Aisyah tu penuh dengan rahsia. Apa-apa benda bukan nak cerita.

Suka sangat pendam. Aih! Geram gue.

"Whatever la. Kau nak apa tadi Wana?" Matanya beralih pada Wana yang duduk di sebelah.

"Oh aku cakap,kau tak ready lagi ke? Kita nak keluar ni." Kata Wana. Dia membetulkan tudung di kepalanya.

"Keluar gi mana? Bukan ke hari ni kita nak rest je kat bilik?" Soal Aisyah pelik. Tadi Hazim kata rest je dalam bilik.

"Takkan la kau tak nak makan? Ni da malam da oi,mestilah kena makan malam. Eh kau ni. Cepatla siap. Dorang da ada tu kat restoran bawah." Kata Wana.

Dia bangun dan bergerak ke menuju ke beg tangannya di atas meja.

"Ohhh."Aisyah membuat mulut bentuk 'o'.

"Tak payah nak ohh sangat la. Cepat sikit. Kita orang dua da siap ni." Maisarah mengambil telefon yang dicasnya di tepi katil.

Aisyah mendecit. Tak bole nak sabar si dia ni tau.

Aisyah membuka bagasi begnya dan mengeluarkan sepasang baju kasual bewarna hitam untuk dipakainya.  Nak gi makan je pun. Pakai baju biasa da cukup.

*
*
*
*
*
It's already 79!!! Yeah.. terima kasih kpd yang selalu support saya. Tengkiu sesangat!!😣 Saya tak thu ah nk kata apa.

Tq sebab nak baca cite ni walaupun ayat macam budak-budak.😌 Maapkan segala typo yg telah saya lakukan.

Keep supporting me!please wait for the last chap wokey???

Stay tune! Muah



Love You My CrushWhere stories live. Discover now