Hazim fokus pada pemanduannya. Sungguh cermat dia memandu di jalan raya.
Sebentar tadi dia baru saja selesai menghantar Ain dan Syahirah pulang ke rumah mereka. Kini tinggal Maisarah lagi yang perlu dihantarnya pulang.
Jam yang tersedia di tempat meter keretanya dikerling. Jam sudah mula berganjak ke angka 9.30 malam. Tidak sangka hari ini berlalu dengan sungguh laju.
Maisarah yang berada di sebelah ditoleh seketika. Sudah dibuai mimpi gadis itu. Lena betul tidurnya, sampaikan meleleh air liur. Nasib baik sikit je.
Hazim tersenyum kecil melihat gadis itu. Hujung lengan bajunya ditarik dan perlahan dia mengelap tepi bibir gadis itu.
Tiba-tiba telefon di poketnya berdering. Lekas-lekas dia mengeluarkannnya. Nasib baiklah telefonnya tadi sudah di 'vibrate'kan. Kalau tidak tadi, pasti Maisarah yang berada di sebelahnya itu akan terbangun kerana terdengar ringtone telefonnya.
"Ha hello." Kata Hazim. Nada suaranya diperlahankan.
"Ha Jim, ada pun kau." Si pemanggil menjawab.
"Siapa ni?" Hazim menyoal. Matanya difokuskan untuk melihat jalan raya di depan.
"La, waktu kau angkat call ni kau tak tengok ke siapa yang call? Ishh. Ni aku laa Ain. Takkan da tak cam suara aku? Padahal tadi baru je hantar aku kan." Kata Ain. Dia mendecit.
"Oh kau Ain. Aku ingatkan suara mak cik siapalah call aku waktu-waktu gini." Hazim tertawa.
"Uish kau. Elok sikit ae? Suara aku macam mak cik mak cik? My god, aku rasa kau ada masalah pendengaran ni. Baik kau jumpa doktar. Takut nanti makin bermasalah telinga kau." Kata Ain. Sedikit kuat suaranya di corong telefon.
Geram betul dia. Ada ke patut dia samakan suara aku ngan suara mak cik? Tak guna punya kawan.
"Hahahahaha. Sorry la, aku saja je tadi. Ok straight to the point kau ada apa call aku lagi? Aku tengah drive ni." Kata Hazim. Ikutkan hati nak je dia tamatkan panggilan sekarang juga. Susah baginya memegang stereng hanya menggunakan sebelah tangan.
"Okok. Senanya macam ni, purse aku tertinggal dalam kereta kau tadi. Jap, hm kau dah hantar Mai ke belum?"
"Lom. Ada dia ni ha. Kejap lagi sampailah rumah dia ni." Jawab Hazim.
"Great! Kau bagi jela purse aku tu kat Mai. Pastu cakap kat dia besok aku datang rumah dia amik." Ain memesan.
"Ha okok. Aku da sampai dah depan rumah dia ni. Nanti aku bagi dompet kau kat dia." Hazim menekan brek kereta supaya keretanya berhenti betul-betul di depan rumah gadis itu.
"Boek ah. Thanks. Bye!" Ain laju menamatkan panggilan.
Sejurus panggilan telefon itu ditamatkan, Hazim teruskan dengan mencari dompet Ain yang tertinggal di seat tempat duduk belakang keretanya.
Nasib baiklah terus jumpa dompet gadis itu. Al maklumlah, warna dompet tu menyerlah sangat. Kuning. So senanglah nak jumpa.
Dompet Ain itu dipegangnya. Dia memandang Maisarah di depannya. Ai, betul-betul lena tuan puteri ni tidur. Habis tudungnya atasnya(?) tidak betul.
Tudung Maisarah yang tidak betul itu dibetulkan. Lama wajah gadis itu ditatapnya.
Tidak tahulah apa yang menarik perhatiannya sehingga dia menatap wajah gadis itu sebegitu sekali. Kata orang, Maisarah itu biasa orangnya.
Warna kulit gadis itu sedikit coklat. Tidak seperti kawannya yang bernama Yanie dan Nadhirah. Mereka berdua itu lebih putih daripadanya. Membuatkan diri kedua gadis itu lebih menyerlah.
Tapi bagi Hazim, Maisarah la yang paling cantik baginya.
Dia ketawa kecil. Aku ni dah angau ke apa? Hazim menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.Maisarah merasakan tidurnya terganggu. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka dan perkara yang pertama sekali yang dia nampak ialah wajah Hazim.
Wajah Hazim yang terlalu dekat dengannya. Terkejut dia di situ. Lekas-lekas dia menolak Hazim menjauh daripadanya.
"Kau pehal dekat-dekat?" Mata Maisarah tajam melihat wajah lelaki di hadapannya itu. Dia mengosok-gosokan matanya.
"Tak de pape. Hm, saja nak tengok kau dengan jarak dekat." Kata Hazim. Dia menoleh ke tempat lain.
"Jarak dekat?Ngada. Lempang kang." Maisarah mengacah tapak tangannya.
"Silakan. Lempang la." Hazim dengan selambanya menalakan pipinya kepada gadis itu. Dia tersenyum sendiri tatkala dia menalakan pipinya kepada Maisarah.
Terdiam Maisarah di situ. Makin dekat pula lelaki ni dengan diaa. Perlahan dia menunjal kepala lelaki itu. Haa amikkau! Dekat lagi.
"Kita da kat mana ni? Asal tak jalan? Dah nak pukul 10 ni ha. Mak aku nanti marah la wei balik lambat." Ujar Maisarah. Dia menggoyangkan tangan lelaki di depannya itu beberapa kali. Berlapit ye.
"Cuba kau toleh kat belakang kau tu. Kita dah lama sampai la. Kau tu ha yang tak habis-habis tidur tadi." Kata Hazim. Dia perlahan menarik tangan gadis itu jauh daripadanya.
Nak pecah jantungnya berdegup laju sebab perempuan di depannya itu memegang lengannya. Dia cuba berlagak selamba.
Maisarah menoleh. La, da sampai pun depan rumah aku. Dia tersengih sendiri.
"Hahahahah. Sorry. Kau ni pun satu tak kejutkan aku bangun. Da lama ke kita sampai tadi?" Soal Maisarah.
"Lama tak lama ,dah nak dekat setengah jam jugaklah kita sampai." Hazim menganggar.
"What? Biar betul. Lamanya. Eh dah dah. Aku balik dulu bye." Kata Maisarah. Dia meleraikan tali pinggang yang dipakainya.
Pintu kereta dibuka. Ketika dia mahu melangkah keluar, tangannya tiba-tiba ditarik. Dia menoleh melihat.
Tangannya dipegang oleh Hazim.
"Hm.. haa sorry. Serious aku tak sengaja terpegang tangan kau." Laju Hazim menarik tangannya sendiri. Dia sudah mula merasa bahang pipinya.
"Takpe. Kau ada apa tahan aku ni?" Kata Maisarah.
"Nah. Dompet Ain. Dia tertinggal tadi, so dia kata dia nak kau pegang dulu. Besok dia datang amik." Dompet Ain dihulurkan.
"Oh.. okok." Dompet itu bertukar tangan.
"Bye!" Maisarah melambai.
*
*
*
*
*
Hai! So ni utk bab kali ni. Smoga you olls suka la yer?? Hahahahaha.. even sedikit hambar pun hope you suka laaa. Oke?????????That's all. Bye! Enjoy reading. And stay at home.
YOU ARE READING
Love You My Crush
OverigTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...