Spaghetti carbonara di depan mata dimain-main dengan sudu. Dari tadi tu je kerjanya. Bermain-main dengan makanan.
Masih penuh spaghetti itu di pinggannya. Makan sesuap pun belum lagi.
"Cah,asal tak makan lagi tu? Cepat la makan. Sejuk da spaghetti kau tu." Yanie disebelah menegur.
Lama juga dia perati si Aisyah tu. Mata duk tenung makanan je,bila nak makan pun tak tahu ah.
Aisyah senyum meleret. Tak ada selera pula nak makan.
"Aku tak rasa lapar la pula wei. Rasa kenyang je ni. "Kata Aisyah. Dia memegang perut tanda dia sudah kenyang.
Nak kata kenyang sebab da sarapan tak juga. Tapi tu la,kenyang je.
"Kau biar betul ni?" Yanie seakan tidak percaya. Padahal sarapan tadi makan sikit je. Makan roti dengan kuih.
"Iyelaa. Aku da kenyang." Ujar Aisyah. Matanya meluru memandang gadis yang berada di hujung meja bersebelahan Amri.
Gadis itu dari tadi cuba mendekati Amri. Banyak kali Amri menolak,banyak kali itu juga la gadis itu semakin mendekatinya.
Siapa lagi bukan Amiera. Dia la customer lain yang kena kongsi meja dengan kawan-kawannya yang lain. Memang betulla cakap orang. Malaysia ni kecik je. Pusing-pusing jumpa juga.
Sakit je mata ni woi tengok minah tu tergedik-gedik ngan crush aku! Panas hati ni wei.
"Hm,nah kau makan ah ni. Habiskan." Pinggan spaghetti nya ditolak ke Yanie. Biar kawan dia jela yang habiskan makanan tu.
Nak buang membazir. Sayang,rezeki tu.
"Eh tak nak ah Cah. Aku da kenyang ah. Tak boleh nak sumbat makanan lain da.". Kata Yanie. Dia menolak kembali pinggan itu kepada Aisyah.
"Ai, da kenyang ke Aisyah? Aku tengok tak terusik pun makanan tu? Banyak lagi tu. Takkan la tak ada selera sebab aku ada kat sini?" Amiera tiba-tiba bersuara. Dia menongkat dagu.
Dia tersengih sumbing melihat Aisyah. Memang dia tahu gadis itu tak ada selera disebabkannya. Sengaja dia mahu memanaskan hati gadis itu lagi.
"Kau ni sebok je. Biarlah dia nak makan ke tak nak. Bukannya guna mulut kau pun nak makan." Aisyah Jo bersuara juga. Dia tak boleh nak duduk diam kalau perempuan bernama Amiera ni mula bercakap.
"Kau diam la. Aku tak cakap ngan kau pun." Kata Amiera. Dia menjeling Aisyah Jo.
"Suka hati ah. Mulut aku. Bukannya mulut kau." Aisyah Jo membalas.
"Kauu!" Amiera mengetap gigi.
"Apa?" Aisyah Jo membesar-besarkan matanya.
"Syahjo. Dah la." Aisyah bersuara,memberhentikan perbalahan kawannya.Takut pula kalau ada benda lain yang jadi.
"Korang ni kan. Kita ni tengah makan auw. Boleh tak jangan buat hal. "Kata Amri. Dia memandang wajah Aisyah Jo dan Amiera silih berganti.
Nak makan pun tak senang sebab dengan dua orang minah ni. Hilang senyuman dibibirnya. Yang ada hanyalah muka ketat.
Suasana senyap kembali. Semua terus fokus pada makanan masing-masing. Takut pula nak bersuara lepas Amri sound tadi.
Aisyah juga diam. Spaghetti di depannya itu mula dimakan. Makan jela sikit. Daripada tak makan langsung.
Air milo yang di ordernya tadi dihirup perlahan. Perlahan,matanya tepat beralih memandang Amri. Dilihat lelaki itu sibuk dengan makan makanannya.
Amiera yang berada di sebelah lelaki itu pula tiba-tiba mendekati. Tangannya menjalar memegang bahu Amri.
Semakin laju air milo dihirupnya. Tak tenang da ni wei.
"Am,jom get back."
Pernyataan yang tiba-tiba keluar daripada mulut Amiera mengejutkan dirinya. Terus tersembur keluar air yang sedang dihirupnya.
Bukan setakat dia je tau yang terkejut,yang lain pun terkejut juga. Datang gila ke apa minah ni.
"Apa benda kau ni Miera?" Amri tidak puas hati. Dia menepis kuat tangan Amiera yang berada di bahunya.
"Aisyah kau oke tak?" Suara Maisarah perlahan menegur Aisyah. Dia menghulurkan sehelai tisu untuk mengelap Aisyah mulutnya.
Aisyah sekadar mengangguk sekali. Tisu yang dihulurkan oleh kawannya itu diambil lalu di lap mulutnya basah itu.
Maisarah menepuk perlahan bahu Aisyah.
"Am tak faham ke? I kata jom kita get back?" Amiera mengulangi ayat tadi. Dia tersenyum manis ke arah Amri.
Amri mendecit. Rambut depannya diselak ke belakang.
"Kau oke tak ni? Get back? Hahah.. jangan buat lawak la." Kata Amri. Dia berpura-pura ketawa. Pinggan makanan nya yang sudah kosong itu ditolak ke tepi.
"I tak buat lawak pun. Tengok muka i? Macam tengah buat lawak ke?" Amiera menundingkan jari ke arah dirinya sendiri.
"Kau da lupa ke? Kalau kau da lupa sini biar aku ingatkan. Dulu kau yang nak putus tau ngan aku. Bukannya aku. Waktu tu aku merayu-rayu supaya kau tak jadi mintak putus ngan aku. Tapi kau buat apa waktu tu? Kau buat b*doh. Buat b*doh. And now, kau nak get back ngan aku?" Amri menayangkan senyuman palsu kepada Amiera.
Rasa terkelu lidahnya untuk menyambung ayat tadi. Dia menggeleng-geleng.
Kawan-kawannya yang lain hanya menjadi penonton melihat Amri. Nak masuk campur takut pula
"Ok I'm sorry." Kata Amiera. Dia cuba menggapai tangan Amri tetapi tidak dapat.
Amri bangun dari tempat duduknya.
"Dah la Amiera. Aku malas nak layan benda-benda merepek kau ni." Amri mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terus berlalu keluar daripada restoran."Amri!" Wafiq memanggil kawannya.
Malangnya Amri langsung tidak menoleh kembali. Laju saja jalannya untuk keluar daripada restoran ini.
Mata Aisyah mengekori langkah Amri yang berjalan keluar. Langsung tak menoleh lelaki itu berjalan. Aih! Risau betulla aku.
*
*
*
*
*
Get back? So,how my readers?? Semoga you all suka la ye untuk bab get back ni. Saya da tak tahu nak tulis apa so ini jela yang bole keluar daripada otak ni.If ada typo,sorry and ampunkan saya. Saya da terbiasa typo nak buat macam manaa...heheheh😂😂
Keep supporting me!
Vote and comment down if you like it💆
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...