53~Congrats

249 27 0
                                    

Aisyah dan kawan-kawannya saling berpeluk-pelukan. Kesemua mereka sudah banjir disitu. Tak lain tak bukan sebab nangis la.

Siapa sangka mereka semua  mendapat keputusan yang bagus dalam SPM. Walaupun mereka sering keluar bersama, banyak berbual, bergosip mereka tetap mendapat keputusan cemerlang.

Mereka juga dikatakan pelajar yang bagus kerana mendapat gred yang tinggi.

"Wei gais! Congrats!" Bergetar-getar suara Aisyah. Sempat air matanya diseka.

"Kau pun. Tak sangka kan kita lulus sama-sama!" Aleysa bersuara. Dia tersenyum lebar.

Wajah kawan-kawannya dipandang satu persatu. Sungguh dia tidak menyangka dengan keputusan kawan-kawannya.

Hampir kesemua kawannya mendapat keputusan 5A ke atas. Dan di antara kawannya, keputusan Aisyah lah yang paling memuaskan.

Dia telah dikategorikan sebagai pelajar paling cemerlang di sekolahnya. Para guru dan ibu bapa yang lain sangat berbangga dengannya kerana dapat mengharumkan nama sekolah.

"Iye wei. Serius,sampai sekarang aku masih terharu. Nangis tak henti-henti tau ni." Kata Syahirah. Matanya ketika itu merah yang teramat.

Macam orang sakit mata pun ada.

"Yang kau ni Wana. Tak de feeling ke? Tak nangis pun." Sofea menegur. Dia juga sibuk menyeka air matanya yang dari tadi tidak henti menitis.

Wana tersengih. Dia menggaru-garu kepalanya yang mula terasa gatal. Waktu ni la kawan dia gi tegur.

"Apa? Aku nangis laa. Tapi sekarang da tak." Wana melarikan anak matanya daripada bertentangan dengan Sofea.

Sofea hanya menggeleng. Dari dulu sampai sekarang, budak tu memang tak de feeling. Bilalahh dia nak berubah ni.

"Ishh kau ni." Sofea membuat muka garang.

"Wei Jo! Sinilah." Sengaja Wana mengubah topik. Takut pula dibebel oleh gadis itu lagi. Dipanggilnya Aisyah Jo yang berdiri bersama ibunya di dewan.

Aisyah Jo berdiri bersama mereka.

"Wei tahniah auw! Serious results korang memang tiptop!" Aisyah Jo mengangkat ibu jarinya tanpa thumb up.

"Kau pon sama. Tahniah! Results kau pon power juga."Ujar Yanie pula. Mereka saling memuji keputusan masing-masing.

"Hai guys!" Suara Wafiq dari kejauhan menyapa telinga mereka.

Aisyah dan kawan-kawannya terus menoleh. Terlihat wajah Wafiq dan kawan-kawannya yang sedang berjalan menuju ke arah mereka.

Ketika Wana menoleh melihat abangnya, dia secara tidak sengaja bertentangan mata dengan Haziq. Haziq juga memandang tepat ke arahnya.

Dengan muka yang terkejut, Wana terus menyorok di belakang Aisyah. Di pegangnya baju kurung gadis itu dengan kemas.

Nasib baiklah Aisyah tu tinggi daripada dia, tak perlulah dia nak tertunduk-tunduk.

"Kau pehal ni Wana? Menyorok kat belakang Aisyah?"Ain menyoal. Dia pelik.

"Ish kau ni. Diam jelaa."

"Pehal dengan adik kau ni Wafiq? Tiber je nyorok belakang orang. Tak makan ubat ke pagi tadi?" Kata Aisyah. Ketawa dia disitu.

Wana mengetap giginya.
Aku? Tak makan ubat? Apa, ingat aku ni gila ke nak kena makan ubat?

"Jo!" Wana mula geram.

"Adik aku tu memang! Lupa makan ubat cenggitu ah." Wafiq ketawa kecil. Dia ikutkan saja gadis yang bernama Aisyah Jo itu untuk mempermainkan adiknya.

"Wafiq ni!" Akhirnya Wana tidak lagi menyorok di belakang Aisyah. Dia berdiri di sebelah Ain dengan matanya memandang tepat ke arah abangnya.

Kenapalah aku bole dapat abang kembar macam diani? Ha?!

"Ewah mata!" Kata Wafiq. Dia pula yang naik geram. Iyalah, mata adik dia tu tengok dia macam orang nak belasah.

Dia mencubit pipi adiknya kuat.

"Ishh!"

"Eh dah dah. Korang dua ni. Tak abis-abis." Kata Maisarah. Tergeleng-geleng kepalanya.

Wajah Wana mula cemberut. Geram betul bila dia asyik kalah dengan abangnya. Dia berpeluk tubuh.

Haziq semakin tersenyum lebar apabila melihat Wana membuat muka. Cemberut gila! Nak je dia ketawa kat situ, tapi dia tahankan saja.

Takut nanti bila terlepas ketawa depan gadis itu, dia pula yang kena belasah. Biasalaah, Wana kan?

Sofea menyiku-nyiku Aisyah di sebelah. Banyak kali disikunya gadis itu. Aisyah tidak mahu melayan. Nak apalah perempuan ni.

Ain yang berdiri di sebelah Wana tadi mula mengambil tempat di sebelah Aisyah. Dia juga menyiku-nyiku lengan Aisyah. Tersenyum dia di situ.

Aisyah semakin rimas. Sebelah kiri dia Sofea yang mengacaunya, sebelah kanan pula Ain yang mengacaunya. Apa yang dia orang nak ni.

"Apehal korang dua ni? Dari tadi dok siku-siku aku. Dah kenapa?" Soal Aisyah. Dia memperlahankan suaranya supaya tidak didengari oleh kawan-kawan lelakinya yang sedang rancak berbual dengan Aisyah Jo dan juga Aleysa.

Dia memandang wajah Sofea dan Ain silih berganti. Kemudian, kedua-dua mereka menjuihkan bibir mereka di depan.

Aisyah pun hanya mengikut memandang ke depan. Rupanya ada Amri yang datang ke sekolah mereka. Dia kemas berdiri tegak di sebelah tiang bendera.

Amri tersenyum mesra daripada kejauhan dan terus melambai ke arah Aisyah.  Pakaian Amri yang berwarna putih membuatkannya lagi nampak seperti bersinar-sinar.Aisyah merasakan seperti dia berada di dalam mimpi.

Dia menggeleng-gelengkan kepalanya dan melihat kembali ke arah tiang bendera.

Ternyata ini bukannya mimpi. Amri betul-betul datang. Jantungnya mula mengepam laju. Selaju-laju yang boleh.

"Pergilah sana Syah." Kata Hazim. Dia tahu siapa yang menarik perhatian gadis itu sehinggakan apa yang dikatakannya daripada tadi langsung tidak dilayan.

Aisyah memandang Hazim. Dia tersenyum.

*
*
*
*
*
Hambar..hambar..hambar.. hambar tak cite utk bab ni? Cam hambar en? Sorry sgt2.. otak tak berkembang sagt sbb tu laa

Hope readers sume suka la ye? Even x berapa nak best.. vote and please keep supporting me!!

Love You My CrushWhere stories live. Discover now