74~Tak sengaja

239 27 2
                                    

Amri tiba-tiba ketawa. Aisyah yang berada di hadapannya mula pelik. Dah kenapa pula ngan laki ni. Tak ada benda yang lawak pun.

"Kau pehal gelak tetiba?" Soal Aisyah. Dia mengangkat mukanya dan terus memandang tepat ke arah wajah Amri di depan mata.

"Saja. Salah ke gelak?" Kata Amri. Dia masih lagi dengan sengihan dibibirnya.

"Kau tiba-tiba je gelak kat aku. Of course la salah. Hak alah." Aisyah menjeling kepadanya.

Amri hanya menggelengkan kepalanya. Aih,makcik sorang ni.

"Whatever la. So, hadiah ni aku bole aku bukak tak sekarang? Excited ni nak tahu." Kata Amri. Dia membuat muka yang penuh rasa ingin tahu.

Tidak henti dia menggoncangkan kotak itu di tepi telinganya.

"Nak bukak sekarang ke? Aduh kau ni. Nanti-nanti je ah. Tunggu semua orang balik." Ujar Aisyah. Sebenarnya dia malu tengok si Amri tu bukak hadiah depan dia.

Matanya meliar ke tempat lain. Dup dap jantung ni wei.

"Alah. Nak bukak sekarang jugak. Tak kira!" Amri mula memuncungkan bibirnya. Dia memprotes.

Aisyah tersenyum senget sambil menggaru kepala. Pehal perangai macam budak-budak laki ni?

"Kalau nak bukak sangat bukak la. Tak perlula nak buat muka macam tu." Kata Aisyah.

Amri hanya tersenyum lebar. Selepas mendapat izin daripada Aisyah,dia terus membuka kotak tersebut. Apabila kotak itu terbuka, terlihat jam berwarna hitam di dalamnya.

Dah lama aku tak dapat hadiah jam macam ni. Jam itu dikeluarkan daripada kotak dan terus dipasangkan di tangan kirinya.

"Actually aku tak tahu nak bagi kau apa. Benda ni je yang dapat aku fikir,so acane kau suka tak?" Perlahan suara Aisyah. Takut ni. Takut dia tak suka hadiah aku.

Dia bermain dengan jarinya.

"Suka. Dah lama aku nakkan hadiah jam. By the way thanks auw. " Kata Amri. Dia sangat berpuas hati dengan hadiah daripada gadis itu.

"Bagus tak aku guna jam ni?" Soal Amri. Dia menayangkan tangan kirinya kepada Aisyah. Dan Aisyah hanya tersenyum.

Kau guna apa pun aku suka Amri. Hatinya sudah berbunga-bunga.

"Bagus je. Sesuai ngan kau." Kata Aisyah pendek.

Amiera dari jauh memerhati Amri. Walaupun kawan di sebelah sedang bercakap dengannya,dia langsung tidak melayan.

Matanya hanya fokus pada Amri. Pada Amri yang lagi syok berbual dengan gadis bernama Aisyah. Hatinya semakin panas apabila melihat lelaki itu tersenyum manis kepada perempuan lain.

Dia merasa tidak tenang. Geram yang teramat melihat perempuan itu tergedik-gedik berbual dengan Amri.

Ni tak boleh jadi. Dengan hati yang marah, dia berjalan menuju ke arah mereka berdua. Kau tunggu la.

Air yang tersedia di atas meja sempat diambil dibawa bersama. Jalannya semakin laju apabila jarak mereka semakin dekat.

Dan..

Papp..

Semua mata memandangnya.

Aisyah sudah jatuh ke lantai bersama air manis yang terjatuh di atasnya. Tapak tangannya dilihat. Nasib baik tak ada apa-apa.

"Opps,sorry. Tak sengaja terlanggar kau. And tak sengaja terjatuhkan air kat kau." Muka Amiera langsung tidak merasa bersalah. Malah dia semakin tersenyum lebar melihat gadis itu terduduk di depannya.

"Cah,kau oke tak? Boleh bangun?" Amri ingin membantu gadis itu bangun.

Amiera mengetap giginya. Dia masih tidak berpuas hati. Kenapalah si Amri nak tolong perempuan ni? Buang masa je.

"Takpe aku oke." Aisyah menolak tangan Amri yang ingin menyentuh lengannya. Dia senyum kecil.

"Basah da baju kau tu." Kata Amri.

"It's okay."

Syahirah dan Yanie berlari mendapatkan Aisyah yang terjatuh itu. Terlihat raut risau di wajah mereka.

Mereka berdua sama-sama membantu kawannya bangun.

Yanie memandang muka Amiera dengan pandangan yang tajam. Rasa nak ditolak-tolaknya gadis itu sekarang jugak.

"Mata kau dah kenapa pandang aku macam tu? Asal? Tak puas hati? Cakaplah." Kata Amiera berani. Dia menjeling gadis itu.

"Haah. Memang pun aku tak puas hati. Kau pehal nak tolak kawan aku? Apa masalah kau?" Kata Yanie. Kuat suaranya. Malu apa dia. Biarlah orang nak tengok dia pun.

Tak kesah. Aisyah menahan lengannya Yanie.

"Wait wait. Kau kata aku tolak dia? Hahah. Sorry sikit ae,aku tak tolak pun dia. Aku just ter.. terlanggar dia.Bukannya nak tolak dia." Kata Amiera. Matanya dibuka seluas-luas yang mungkin melihat gadis itu.

"Wei,Miera lek la." Seorang kawannya datang tiba-tiba menahan tangannya. Kawannya tahu perangai gadis itu macam mana.

"Ish,lepaslah." Amiera menolak tangan kawannya ke tepi. Sibuk je diani.

"Tertolak? Aku ingat kita orang ni buta ke ha? Aku nampak la kau memang sengaja nak tolak dia." Wana tiba-tiba datang bersuara. Dia mendekatkan dirinya dengan Amiera.

"Kau memang tak suka tengok orang senang kan? "Wana membalas renungan tajam Amiera dengan selamba.

Amiera yang tinggi di hadapannya dipandang penuh berani. Dia mendecit.

"Haah. Aku memang tak suka tengok orang senang. Lagi-lagi perempuan tu. Puas?" Amiera menolak-nolak bahu Wana dengan kuat.

Semakin ke belakang gadis itu dibuatnya.

"Kau apehal?" Wafiq memberhentikan perbuatan Amiera yang menolak adiknya. Dia menepis tangan perempuan itu jauh daripada bahu adiknya.

Wana terdorong ke belakang Wafiq.

Turun naik turun naik nafas Amiera ketika itu.

"Adik engkau tu ha yang menyibuk." Amiera menunding jari ke arah Wana.

"Kau elok sikit ae. Engkau tu ha yang menyibuk. Da la datang tak terundang. Tak reti malu!" Membara mata Wafiq. Berani dia berkata sebegitu.

Amiera jadi terdiam. Pipinya sudah di  merah akibat malu. Tertunduk-tunduk dia menekur lantai.

"Am, is everything okay?" Ibu Amri datang menegur. Dia memandang anak lelakinya dengan wajah pelik.

Kenapa semua senyap ni? And kenapa semua pandang budak perempuan tu? Itulah yang sedang difikirkan oleh ibunya.

"Okey ma. Oke. Guys jom sambung makan." Amri membuat signal mata ke arah kawan-kawannya.

"Okey." Wafiq mengangguk-angguk faham.

Dia terus menarik tangan adiknya pergi daripada Amiera. Kalau ditinggalkan si adik dia ngan perempuan tu,takut benda lain lak jadi.

Amiera ditinggalkan sendirian di situ.  Yang lain semua mula sibuk dengan perkara masing-masing.

Amiera mengepul penumbuk. Dia masih tidak berpuas hati.

*
*
*
*
*
Hai to all my readers!! How's your day?🙈i wishh it's a best day. Hahahah... Btw cane bab ni? Ok ak? Hope oke ah ae??

Segala typo mohon dimaapkn ywr??if ayat mcm ke laut pon sory gak🤭hehehshsh..

That's all. Stay safe guys!

Love You My CrushWhere stories live. Discover now