Maisarah duduk termenung sendirian di dewan. Kawan-kawannya yang lain semua pergi ke kantin. Hanya tinggal dirinya seorang disitu bersama pelajar kelas yang lainnya.
Kepalanya amat runsing ketika itu. Dia tidak henti memikirkan tentang kertas exam yang baru sahaja selesai tadi.
Kertas soalan Sejarahnya tadi benar-benar susah. Hampir pecah kepalanya memikir.
Terdapat dua atau tiga soalan yang ditinggalkannya tadi. Terlalu susah sehinggakan dia telah banyak membuang masa pada soalan-soalan itu.
Dia mengeluh kasar. Tudungnya yang senget ketepi itu dibiarkan. Tiada mood untuk membetulkan tudungnya itu.
Tiba-tiba namanya dipanggil oleh seseorang.
"Mai!" Itu suaranya Hazim.
Terus tersedar Maisarah di situ. Wajah hitam manis Hazim yang berada di depannya membuatkan hatinya terus mengepam laju. Uh!
"Hazim. Ada apa?" Soal Maisarah. Dia sedikit berganjak kebelakang.
Tanpa diminta, Hazim terus melabuhkan punggungnya di depan Maisarah.
"Mulut kau tu macam tak boleh nak ke depan lagi. Dah kenapa?" Tegur Hazim.
"Tak ada apa-apalah." Dalih Maisarah. Cepat-cepat dia menguntum senyuman palsu.
"Eleh.. tipu." Kata Hazim.
Maisarah memberi pandangan yang tajam ke arahnya.
"Betullah."
"Aku tahu la yang kau tu tak habis-habis fikir pasal kertas sejarah tadi kan? Alahai. Benda dah lepas lepas je la." Jelas Hazim.
"Mana kau tahu ni?" Maisarah pelik.
"Aku duduk tak jauh pun dari kau. So, aku nampak la."
"Ohh."
"Tabah je la ye? Kau fokus je kat benda yang masuk exam kejap lagi. Tak yah nak fikir lagi pasal benda tu." Perlahan dan lembut sahaja suaranya.
"Yelaa."
Hazim memandang wajah Maisarah lama. Terus terukir senyuman dibibirnya itu. Hampir sahaja dia tergelak di depan Maisarah tetapi lekas-lekas dia berselindung.
"Apa gelak-gelak?" Marah Maisarah. Tiba-tiba je gelak.
"Fikir comel ke?" Hazim masih lagi dengan senyuman nya itu.
"Apa kau ni?" Maisarah pelik. Berkerut terus dahinya ketika itu.
"Fikir comel ke kau guna tudung senget ha? Macam apa dah aku tengok." Hazim sudah galak ketawa. Perutnya dipegang. Dia merasakan hal itu begitu lawak.
Maisarah menjelingnya. Tak guna punya laki. Boleh pula dia gelakkan aku? Aih! Apa punya crush la gini.
Dia sudah lama memendam rasa kepada Hazim. Tetapi dia lebih suka memendam. Baginya dia mahu lelaki itu yang mengatakan dia suka padanya dan bukannya dia yang mengatakan dia suka pada lelaki itu.
Maisarah dengan cepatnya terus membetulkan tudungnya.
"Ha, ni baru betul. Kemas sikit aku tengok." Kata Hazim. Senyumannya semakin lebar.
"Mai!" Suara Shahniz yang dari kejauhan mengejutkannya. Dia berjalan bersama yang lain ke arahnya.
Mereka semua mengambil tempat duduk di depannya.
"Uish! Baru lepas dating ke??" Sengaja Wana mengusiknya.
Mahu sahaja dilastiknya dahi Wana itu tetapi gadis itu pula yang duduk jauh darinya.
"Eh kau ni. Geram je aku tengok." Kata Maisarah.
"Zim."
Haziq dan Wafiq berjalan ke arah mereka semua. Dia memerhati rakan-rakannya Aisyah satu persatu.
"Kau buat apa kat sini Zim?" Soal Wafiq. Dia mula pelik. Dah la dia sorang je lelaki disitu.
"Aku borak dengan Mai tadi." Katanya.
"Wei Haziq, hm Amri mana ae? Dari semalam aku tak nampak dia. Ni dia mana? Gi tandas ae?" Soal Aisyah. Matanya sudah tercari-cari.
Tiada pula kelibat Amri disitu.
"La kau tak tahu ke? Amri tak datang la dari first exam." Kata Haziq.
Terbeliak matanya Aisyah. Tak datang? Amri tak ambil SPM ke?? Dia mula susah hati.
"Serious la?? Dia ada bagi tahu kau kenapa dia tak datang?" Tanya Aisyah lagi.
Kawan-kawannya yang berada di kiri dan kanan hanya menjadi pendengar setia di situ.
"Entah la. Aku tahu dia tak datang pun sebab si Wafiq ni bagi tahu." Jarinya ditundingkan ke arah Wafiq yang berdiri di sebelahnya.
Aisyah dan lainnya mendongak melihat Wafiq yang tinggi lampai di depannya itu. Dia pula yang merasa tidak selesa.
"Kenapa Amri tu tak datang?" Soal Aisyah.
"Haah. Kenapa dia tak datang, bang?" Wana juga ingin tahu. Matanya membesar melihat wajah abangnya yang berada di depan mata.
"Dia tak bagi tahu la kenapa. Dia just bagi tahu yang dia tak datang. Tu je. Dia tak dapat nak jawab exam SPM." Jelas Wafiq.
Terasa terpinga-pinga Aisyah disitu. Takkan la Amri tak ambil SPM? Kenapa??
"Yeke Wafiq tak tahu? Tipulah. Wafiq kan kawan dia." Wana tidak mempercayai abangnya sendiri.
Wafiq menjeling adiknya sendiri. Aih! Boleh pula dia tak percaya. Aku sepak baru tahu. Sabar je la dapat adik macam dia ni.
"Dia pula sibuk. Sepak nak sepak? Betullah, dia sendiri yang cakap yang dia tak dapat ambil SPM. Takkan la kita ni nak tipu. Aih!" Wafiq pula yang rasa geram.
"Dia ni pun satu, tak habis-habis panggil kita ni Wafiq. Depan ibu bukan main lagi abang abang abang. Kat sekolah Wafiq Wafiq. Eee. Geram betul." Adiknya itu dipandang sepintas lalu.
Wana dengan rasa tidak bersalah terus membuat muka selamba. Dia mula bersiul-siul sendiri. Wajah abangnya langsung tidak dilihat.
"Korang sure korang tak tahu kenapa dia tak ambik SPM?" Aisyah menginginkan kepastian.
"Ye Syah. Kita orang betul-betul tak tahu kenapa dia tak ambil SPM." Kata Haziq.
Muncung Aisyah mula kedepan. Dia begitu risaukan Amri. Bahunya dipegang oleh seseorang. Dia menoleh.
"Relax la Syah." Kata Yanie. Perlahan-lahan bahu Aisyah ditepuknya.
*
*
*
*
*
Best tak bab ni? Actually tak thu nak buat apa. So inilah yang jadi. Hope readers suko leeee!Any typo . Sory ye! Sorryyy.. klau suka vote la ye?? N kalau rase penulisan sye ni x okey soryy ye?? Hehehdhsh.
YOU ARE READING
Love You My Crush
De TodoTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...