36~Night

274 26 0
                                    

Aisyah menggigit bibir bawahnya. Malunya masih belum lagi hilang. Terasa membahang pipinya. Ni kalau tengok kat cermin mesti orang ingat baru lepas guna blusher. 

Kepalanya melayang ke tempat lain.

"Syah! Kau pehal?diam je dari tadi. Malu ke?" Aisyah Jo tersengeh-sengeh memandang gadis yang tembam itu.

Aisyah menjegilkan matanya. Dia mencebik. Sebab dia lah aku jadi malu macam ni. Cubalah dia cakap terus terang yang dia invite Amri dalam video call ni, bolehlah aku get ready nak pakai tudung. Ni tak!

Matanya beralih ke arah wajah Amri yang tersenyum-senyum daripada tadi. Dengan lesung pipitnya yang dalam itu.

Suka apa je laki tu? Tahu tak aku malu sekarang ni hah?

"Am, kau apahal lak tersenyum-senyum dari tadi? Macam orang gila dah aku tengok." Aisyah Jo menyoal.

Amri terus membuat muka serius.

"Kau ni Syahjo! Senyum pun salah.Habis kau nak aku nangis ke?"Amri berpura-pura menangis.

Aisyah mula tersenyum. Acah-acah nangis pun hensem. Dia menunduk seketika.

Aisyah Jo sekadar tersenyum. Budak lelaki tu ada je jawapan dia.

"Nurul Aisyah!" Panggil Amri.

Teekejut Aisyah apabila namanya dipanggil oleh Amri. Nama penuh lagi tu. Nak apa la tu.

" yes?"

"Kau sihat?"

Dup dap dup dap jantung Aisyah. Dia tanya aku? Dia tanya aku la weh! Caring nya dia tanya aku sihat ke tak. Ya allah!!

Aisyah Jo membuat muka loya. Rasa nak muntah kejap. Boleh pula nak bersuwit kat video call. Apa? Ingat dorang dua je ke ada kat dalam video call ni?

Elelele. Tanya khabar pula. Dari tadi tak nak tanya. Tak pelaa.. bagi peluang. Aisyah Jo mendiamkan diri, memberi peluang buat kawannya itu.

"Hm.. aku sihat. Sihat je alhamdulillah." Jawab Aisyah. Dengan penuh tatasusila dia menjawab.

Da macam perempuan melayu terakhir pun ada. Dengan muka ayu lagi. Pergh! Hahahah.

"Kau sihat tak? Mata tu dah okey?" Kini giliran Aisyah pula yang menanya. Ramah-ramah la sikit malam ni.

Amri tersenyum.

"Mata aku oke je. Lagipun aku da letak da ubat mata tadi. Aku sihat je. Kalau kau sihat, aku lagilah sihat." Semakin lebar senyuman Amri.

Aisyah sudah mula malu. Dia membuat tidak tahu. Kalau dilayannya lagi, memang auzubillah la!

Aisyah Jo membuat suara ingin muntah. Bukan main kuat lagi suarany itu. Kalau boleh nak suruh kejiranan dia dengar.

"Tak pela geng. Aku ada benda nak buat sat gi ni. Mak aku panggil. So, korang bual-bual la dulu. Kenal mengenali. Hahahaha. Bye!" Aisyah Jo melambai.

Kini tinggal Amri dan Aisyah berdua saja di dalam video call. Terdiam jadinya. Langsung tiada bualan.

Aisyah pula sudah memaki mekca di dalam hati. Tak guna betul pompuan tu. Kalau nak keluar vc tadi ajak la aku sekali. Ni tak. Dah, tinggal aku sorang dengan si Amri.

"Amri, mak kau sihat? Da lama aku tak dengar khabar dia. Last aku jumpa time hari raya hari tu."

Akhirnya ada juga soalan yang boleh ditanyanya. Kalau tidak, habis la dua-dua mereka akan diam seperti kerang busuk.

"Mama aku oke je. Alhamdullillah. Sekarang ni mama dengan papa aku ada kat kampung. Aku sorang je kat rumah ni. Adik beradik aku pon ikut balik juga." Jelas Amri.

Berkerut dahi Aisyah.

"Mak bapak kau buat apa balik kampung? Ada kenduri ke? Kau pulak, kenapa tak ikut balik sama?" Kata Aisyah.

"Haah. Aku malas la nak ikut sama." Jawab Amri selamba.

"Habis kau dah makan ke lom? Makan apa je tadi?" Aisyah risau.

Iyalah. Tadi kan waktu makan malam. Nak tahu juga si buah hati makan apa. Risau kalau Amri tu tak makan.

"Tak aku tak makan."

"Ha? Tak makan? Kenapa? Tak tahu nak masak apa ke? Umah kau tak ada mee maggi ke?" Penuh dengan soalan Aisyah itu.

Amri sudah ketawa. Alahai. Aku tak makan pun dah risau. Dah macam mak mak dah dia tengok.

"Uish! Risau benor kau kat aku. Don't worry la. Aku oke je. Aku tak lapar, so buat apa nak makan kan?" Amri tersenyum.

"Serius la kau tak lapar?" Sekali lagi dia menanya.

"Ye Syah. Aku tak lapar. Kau da makan lom?"

"Aku? Dah."

"Baguslah, kalau kau da makan.kau da makan, aku terus rasa kenyang. Ahahhhaj." Amri bergelak tawa.

Habis kecil matanya ketika ketawa.

Aisyah tersenyum. Tak tahu nak bagi reaction apa. Malu lagi.

"Makan lauk apa je tadi ecah?" Ramah pula Amri itu menanya.

"Lauk simple simple je. Aku masak ayam kicap." Kata Aisyah.

Dia perempuan oke. Mestilah dia pandai masak. Umur pun makin hari makin tua, takkan la tak pandai masak. Dia ni kira da terer la.

Gila tak terer? Dari form 2 kot dia belajar memasak. Kalau tak tahu, tak tahu lah. Kalau kawan nya sorang itu memang tak pandai masak.

Sapa lagi kalau bukan perempuan yang tak seberapa perempuan si Wana tu. Tak pandai masak. Da tua da pun.

"Pergh! Siyes ah ayam kicap? Kau tipu ae?" Amri tidak percaya.

"Tipu apa? Aku siyes la ni. Umo aku da bape da ni wei! Takkan la aku tak pandai masak. Setakat masak. Benda kacang je tu." Ujar Aisyah. Sengaja dia berlagak di depan Amri.

"Oke la aku percaya.  Mesti sedap kan? Nanti kau masakkan untuk aku bole? Aku pon nak try air tangan kau." Amri membuat muka kesian.

Aisyah apa lagi? Makin kesian laa

"Hm.. insyaallah. Nanti aku masakkan."

"Yeah!" Amri menjerit kegembiraan.

"Hehe. Ok laa. Da lama juga kita vc berdua ni. Nanti-nanti kita vc lagi tau. Aku da stat nak ngantuk ni." Kata Amri. Dia  menggosok matanya.

"Ok. Aku pon da ngantuk jugak ni." Balas Aisyah.

"Night comel!" Kata Amri. Dia tersenyum lebar.

Aisyah yang baru saja ingin mengucapkan selamat malam kepada Amri terhenti seketika. Sperti ada benda yang tersekat di kerongkongnya.

'Night comel?' Ya allah! Apa ni? Kenapa? Amri ni buang tabiat ke?

"Haa?haaa ye. Night bye." Panggilan video dimatikan.

*
*
*
*
*
Oke hari ni sye update 2 kali. Mood oke. Otak pun berkembang. Hahahah.. so inilah idea-idea yang saya dapat.

Hope you gais suka laaaa... jgn lupa vote ye?

Kalau ada typo sory

Love You My CrushWhere stories live. Discover now