78~Cium

314 26 0
                                    

"Finally sampai pun!" Jerit Aisyah Jo. Gembira betul si dia tu. Turun je kereta terus menjerit. Terlebih excited ni.

Laju tangannya mengeluarkan telefon daripada poket. Selfie jap then send kat story. Ha,mantap.

"Uish, rasa nak patah sia belakang aku ni. Berjam-jam asyik duduk je." Kata Maisarah. Belakang badannya ditepuk-tepuk perlahan.

Sempat juga,dia membuat sedikit renggangan untuk mengendurkan otot-ototnya.

"Kan.. belakang aku pun sakit wei." Yanie turut bersuara. Dia tersengih tatkala matanya tepat memandang Maisarah.

"Ha dah dah. Beg sume ni tak nak angkat ke? Kita nak check in ni. Rasanya harini kita rest kat hotel jela. Nak keluar jalan hari da nak petang. So besok je la kita jalan-jalan. Oke tak?" Kata Hazim.

Cermin mata hitamnya ditutup dan disangkutnya pada kocek baju.

Aisyah berfikir sejenak. Bolehla rest dulu hari ni. Besok je gi jalan-jalan. Lagipun aku penat jugak ni.

"Ha,oke ah. Wahai kawan-kawan ku cepat gerak angkat beg semua ni. Tak yah nak sibuk-sibuk main fone. Cepat angkat-angkat sume ni." Aisyah memberi arahan.

Aisyah Jo hanya membuat muka. Alah,baru nak syok syok tangkap gamba. Aku baru je tangkap 4 gambar.

Dengan langkah yang malas Syahjo bergerak ke bonet kereta Wafiq dan mengeluarkan begnya. Nasib baiklah dia bawak satu bagasi je.

Kalau bawak 2 tadi memang lenguh tangan aku nak menariknya.

"Hm, cah ni beg kau ae?" Satu suara tiba-tiba menyapa daripada belakang.

Aisyah menoleh dan matanya tepat memandang ke arah Amri. Lelaki itu tersenyum lebar ke arahnya. Tangan kanannya menepuk-nepuk satu beg bagasi bewarna biru.

"Kau tanya aku ke?" Soal Aisyah. Dia seakan tidak memahami soalan lelaki itu. Jari ditundingkan pada diri sendiri.

"Of course la aku tanya kau. Kan aku panggil nama kau tadi." Amri ketawa. Tergeleng-geleng kepalanya.

"So, ni beg kau ke?" Sekali lagi Amri menanya. Mulutnya dijuihkan pada beg bagasi bewarna biru.

"Oh... Haah haah. Tu beg aku. Asal?" Kata Aisyah. Dia berdiri tegak dengan tangan di sisi. Macam orang tengah nak nyanyikan lagu negaraku pun ada jugak tu.

Amri mengeluarkan beg yang dipegangnya tadi daripada bonet kereta Hazim. Ketika dia mahu menarik beg itu bersama dengannya, Aisyah tiba-tiba menahan.

Terus terhenti langkah Amri ketika itu.

"Kau buat apa ni?" Tanya Aisyah. Mukanya pelik.

"Buat apa,apa? Aku bawa beg kau la masuk dalam." Amri masih dengan senyumannya.

"Eh, tak yah la wei. Aku boleh bawa sendiri. Setakat tarik beg ni,tak ada masalah pun. Bukannya aku angkat pun beg ni." Ujar Aisyah. Dia menarik beg yang di pegang oleh Amri.

Tetapi sayang, beg yang cuba ditarik nya langsung tidak berganjak walaupun seinci. Bukan main kuat lagi si lelaki itu menahan begnya.

"Lepaslah wei." Kata Aisyah. Tangannya masih kemas terletak di bagasi.

"Tak payah. Beg kau ni biar aku je bawak. Kau just bawa beg kecik yang kau pegang tu je." Amri menarik beg Aisyah ke belakang badannya.

Aisyah memuncung sambil keningnya berkerut. Asal la si Amri ni baik semacam ha?

"Dah dah. Tak yah buat mulut macam tu sangat. Aku cium kang baru tahu." Ujar Amri.

Muka Aisyah terkejut apabila mendengarkan si Amri berkata begitu. Asal laki ni wei?!! Tak sihat ke?

Laju tangannya menutup mulut. Takut wei.

Meletus ketawa Amri ketika melihat Aisyah. Terus terbuka luas mata gadis itu melihatnya.

"Cah, kau oke ak? Jom masuk." Satu tepukan halus hinggap di lengannya. Terkebil-kebil mata Aisyah melihat orang di sebelahnya.

"Oh Ira. Aku.. aku oke. Jom,jom masuk." Tergagap suara Aisyah. Tangan Syahirah ditariknya bersama. Langkahnya laju memasuki hotel.

Amri hanya ketawa. Comel betul la dia buat muka macam tu. Hahhahaa.

"Am, jom masuk." Suara Hazim mengejutkan nya. Lelaki itu menutup bonet keretanya dan terus mengajaknya masuk.

Tangannya diletakkan di atas bahu Amri.

"Selamat datang ke Hotel 2 Shine. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Seorang pekerja wanita yang bekerja di kaunter reception (?) bersuara.

Ringan saja mulutnya memberi senyuman kepada tetamu. Aisyah dan kawan-kawannya hanya mengangguk kepada gadis itu.

Hazim berbual dengan pekerja tersebut. Sebagai ketua untuk aktiviti bercuti ini, Hazim la yang bertanggungjawab.

So apa-apa memang dia je yang kena cakap.

Mereka yang lain sibuk melayan diri masing-masing. Semua sibuk dengan telefon di tangan. Ada yang tengah oncall and ada yang tengah selfie.

Selfie memang benda wajib ye yang kena buat if gi mana-mana.

"Oke done gais. Untuk girls aku amik 5 bilik. Untuk kitaorang yang laki ni 2 bilik. Tu je la. Nah,pandai-pandai la korang pilih bilik." Kata Hazim.

Lima buah kunci bilik diberikan kepada Aisyah. Aisyah melihat nombor bilik-bilik tersebut. Semuanya dekat-dekat.

Kalau ada lima bilik means,empat bilik ada dua orang and satu bilik ada tiga orang. Hm, oke oke. Aisyah mengangguk sendiri.

"Ok gais jom naik." Kata Aisyah. Dia mengajak kawan-kawannya.

Yanie,Aisyah Jo dan Aleysa sudah tidak sabar. Terus berlari mereka bertiga mendapatkan Aisyah. Nak tengok nombor kunci bilik katakan.

Akhirnya mereka semua berjalan menuju ke pintu lif. Anak panah menunjuk ke atas ditekan oleh Hazim.

Penuh dengan kesabaran mereka semua tunggu di depan pintu lif.

Dan, TING!

Pintu lif terbuka. Semua mata tertumpu pada orang yang berjalan keluar daripada lif.

*
*
*
*
*
Sory for the late update again. Hahahahha.. hope you all tak mara la yer?? Saya sekarang ni malas.. tak tahu ah napa😣

Sorry tau. Btw hope anta terhibur ngan bab ni. Doakan la saya supaya mood malas ni tak menguasai saya😬oke??

Kalau tak ada rasa malas,barulah saya bole update banyak2😂

Bye!keep supporting me. Vote and comment

Love You My CrushWhere stories live. Discover now