"Eh suka hati aku la nak tengok apa pun. Mata aku." Hazim menjelingnya.
Mata aku. Ikut suka aku la nak pandang mana. Nak tengok muka kau? Nak tengok mak kau?
"Tahulah tu mata kau. Tapi masalahnya mata kau tu ha yang dok tengok-tengok aku. Dah apehal?" Kata Maisarah. Dia sedikit berang.
Dia menyilangkan tangannya. Matanya pula beralih ke tempat lain. Malas pula nak tengok muka crush tu lama-lama.
Rayyan diam memerhati gelagat kakak dan kawan kakaknya itu. Diam jela dia mampu lakukan. Nak bersuara takut nanti kakaknya kata dia tu menyampuk.
"Tu pun nak marah ke? Kuat noh sentap. Datang bulan ke apa?" Hazim bercekak pinggang menanya.
Maisarah mengguling kan bebola matanya ke atas. Ada saja jawapan lelaki itu. Tak nak kalah. Boleh pula tu dia kata aku datang bulan! Ishh!
"Dah malas nak layan kau. Ayyan jom. Eh jap, mama mana?" Kini adik yang berdiri di sebelahnya ditoleh.
Matanya juga mencari-cari ibunya di mana. Tadi ada kat belakang. Sekarang ni dah hilang pula. Sebab Hazim la ni. Cuba dia tak borak ngan aku tadi, tak adalah ibunya menghilang.
"Mama masuk rumah tu kejap. Nak tengok pengantin." Ujar Rayyan.
"Oklah kalau macam tu. Jom kita cari tempat duduk dulu. Berdiri kat sini buat akak sakit hati je." Kata Maisarah. Perli sikit.Geram sekejap dengan crushnya itu.
Dia berlalu pergi meninggalkan Hazim keseorangan di situ. Terpinga-pinga dia di situ. Ai? Majuk terus ke?
Dia menepuk dahinya sendiri. Susah betul perempuan ni. Too complicated. Tengok je pun, dah jadi masalah. Sabarjelah.
Dia mengejar Maisarah di depan. Mereka adik beradik sudahpun mengambil tempat di meja makan. Nak kena minta maaf la, kalau tak nanti tak dilayan. Hm..
"Mai..."
Belum sempat Hazim memanggil Maisarah, suara Rayyan kedengaran.
"Abang Asy!"
"Eh hi Ayyan, Mai. Korang dua pun ada kat sini?" Soal seorang lelaki yang berdiri di sebelah Rayyan.
Hazim yang masih tercegat di belakang Maisarah hanya mendiamkan diri mendengarkan perbualan mereka .
Asy?
Muka elok. Handsome jugak tu. Ni kalau nak banding dengan aku maybe dia lagi nampak hot. Yelah, muka putih. Aku ni, coklat-coklat hitam je..
"Haah. Umi mana?" Maisarah mencari.
Dahi Hazim sudah berkerut. Umi? Dia panggil mak lelaki tu umi? Sape laki ni sebenarnya??
"Abang Asy duduk la." Rayyan membukakan kerusi di sebelahnya buat lelaki tersebut.
Lelaki itu hanya tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di tempat kosong yang telah dibukakan. Setelah itu matanya melihat ke arah lelaki yang berdiri tegak di belakang Maisarah.
Pasti gadis itu tidak perasan akan lelaki itu dibelakangnya.
"Umi kat dalam dengan Mama. Hm, Mai lelaki belakang Mai tu siapa? Tak nak kenalkan kat Asy ke?" Lelaki itu menundingkan jarinya ke arah Hazim.
Maisarah segera menoleh. Dia tidak menyangka bahawa lelaki itu akan mengekorinya sampai ke situ. Dan lagi satu, buat apa dia tercegat berdiri kat belakang aku?
Mesti ni kes nak dengar conversation orang!
"Eh, Hazim kau buat apa kat sini? Dok berdiri tercegat kat belakang aku?" Maisarah mengangkat wajahnya melihat wajah Hazim yang sedikit tinggi itu.
Bibirnya mencebik.
"Aku follow kau la. Aku nak duduk sekali kat sini. Bole kan?" Selamba badak saja Hazim berkata. Dengan muka kereknya.
"Sibuk jela kau ni." Marah Maisarah.
Dia bukan apa. Dia takut je. Takut jantung dia meletup. Yelah, tengok muka laki tu je dah tak keruan. Ni nak duduk sekali dengan dia? Memang tak la..
"Tak pe la Mai. Kan banyak lagi kerusi kosong. Duduk la bro." Lelaki yang di gelar Asy itu mempelawa Hazim untuk duduk semeja dengannya.
Dia tersenyum manis.
Hazim sekadar senyum segaris. Ceh! Bro? Siapa bro kau? Dengan selamba dia mengambil tempat kosong di sebelah Maisarah.
"Alah kau ni. Duduk la jauh sikit." Ujar Maisarah. Dia menolak-nolak Hazim menjauh daripadanya.
"Biarlah. Dah lama tak duduk dekat dengan kau." Hazim membuat muka kesian.
Maisarah tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia mahu kelihatan cool. Dia memandang tempat lain.
"Mai? Tak nak kenalkan kat Asy ke siapa laki ni?" Lelaki yang bernama Asy itu menyoal sekali lagi.
"Perlu ke?" Maisarah pula yang menyoal.
Kene ada ke sesi berkenalan ni?
Asy mengangguk.
"Okla.. Hazim, ni Asyraf. Panggil Asy je. Asy, ni Hazim. Panggil je Hazim." Kata Maisarah. Tenang dan perlahan saja suaranya.
Asy mengangguk lalu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Hazim yang duduk itu berdiri untuk bersalaman dengan lelaki itu.
Senyumannya kelihatan tidak begitu ikhlas di mata Asy. Tetapi dia menyedapkan hatinya saja. Mungkin lelaki itu kurang selesa kot dengan orang baru.
"Kau sama kelas dengan Mai ae?" Soal Asy sekadar berbasa-basi.
"Haah. Hm.. Mai dengan kau siapa sebenarnya?" Hazim ingin tahu. Tanpa berlapik dia terus menanya.
Berkerut dahi Asy dengan soalan Hazim. Dengan tenang dia pun menjawab.
"Mai ni jantung hati aku." Ujar Asy. Redup saja matanya memandang Maisarah.
"Eh!" Maisarah terkejut dengan jawapan Asy. Habis berkerut-kerut mukanya.
Hazim juga tidak kurangnya. Dia ternganga mendengarkan jawapan daripada lelaki yang bernama Asy itu.
"Kau tak payah nak percaya sangat si Asy ni. Jantung hati? Ya allah, tolonglah.. dia ni just cousin aku je. Cousin rapat. Asy ni sama umur kita." Jelas Maisarah.
Dia memandang wajah Hazim di sebelah. Terkejut muka lelaki itu. Asy ni pun satu. Yang cakap aku ni jantung hati dia dah kenapa?
"Hahaha. Relax la. Gurau-gurau je. Muka control sikit bro." Asy ketawa.
Hazim membuat tidak tahu. Aish laki ni! Aku tendang baru tahu!
Gurau tu agak-agak ah..
*
*
*
*
*
To all my readers thanks a lot for supporting me! I really appreciate that.Hahahah.. btw hope you alls tak rasa bosan la bca chapter ni. Oke??? Maybe akan ada rsa sikit hmbar.. but, okla kan?
Voteeeee and comments
YOU ARE READING
Love You My Crush
De TodoTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...