94~Hello?

202 17 0
                                    

Aisyah duduk berteleku di atas tikar sejadah. Selepas selesai solat maghrib,dia hanya duduk situ. Jauh fikirannya melayang,tidak tahulah sudah sampai mana.

Tapi mungkin sudah sampai ke KL. Iyelah,duduk berteleku hampir sejam. Sampai waktu solat isyak pun sudah hampir tiba.

Kebelakangan ini dia tidak henti termenung. Bila ada masa saja,dia pasti termenung. Memang tak pernah tinggal termenung nya itu.

Banyak benda yang da jadi dua tiga hari ni. Hubungannya dengan Sofea menjadi rengang. Bukan dengan Sofea saja hubungannya sedang tidak elok,malah dengan yang lain pun dia tidak layan.

Mood tak bagus katakan,sampai tempias kena terus pada semua kawan-kawannya.

Kalau ada mesej daripada group kawan-kawannya,pasti dia akan abaikan. Tidak dibaca dan tidak akan dibalas.

Dia pun tidak faham dengan diri sendiri ni. Kenapalah aku kena berperangai macam ni??

Aisyah mengeluh panjang. Menunduk kepalanya memandang sejadah. Apalah salah aku,sampai aku kene hadap benda ni semua.

Bunyi laungan azan isyak mula kedengaran.

Dia meraup wajahnya terlebih dahulu. Dia perlu membuang segala permasalahan yang ada di kepala. Dia tidak mahu jika solatnya tidak khusyuk.

Ketika dia mahu berdiri di tikar sejadah,tiba-tiba bunyi lagu kedengaran. Itu ialah bunyi panggilan telefon.

Siapa pula lah call waktu-waktu macam ni? Orang baru nak start solat. Aih. Aisyah mengeluh.

Dia berjalan dan mendapatkan telefonnya di atas meja. Di skrin telefon tertera nombor yang tidak dikenali. Dia pun berfikir sejenak. Number siapa hah ni?

Ni macam number yang call aku semalam. Semalam dia call aku tak angkat sebab waktu tu tengah mandi. 5 kali dia call. Nak angkat ke tak? Nak angkat ke tak?

Tak nak angkat la. Takut nanti orang jahat yang call...tacod ah. Dari semalam call.Laju saja dia menolak panggilan telefon tersebut.

Dia meletakkan semula telefonnya itu ke atas meja. Baru saja selangkah dia berjalan,telefonnya berbunyi sekali lagi. Dia menggeleng geram.

Siapa la siaaa call ni. Kali ini panggilan telefon tersebut diangkat.

"Hello?"
.....
.....
.....
.....

Tiada sebarang jawapan daripada yang menelefon.

Aisyah sedikit bengang. Bila orang da angkat tak nak cakap pula.

"Hello? Apesal senyap je ni?" Kata Aisyah. Geram saja bunyi nada suaranya.

.....
.....
.....

Masih tiada jawapan.

"Kalau tak ada benda nak cakap,aku letak."

"Ehh kejap kejapp...."

Kali ini baru ada suara daripada yang menelefon.

"Haa...ada pun orang yang jawab. So,siapa ni? Nak apa??" Tanya Aisyah. Dia bersilang tangan.

"Hm.."

"Hm apa? Siapa ni? Cepat sikit boleh tak,aku nak solat ni. Dah la call orang waktu orang cam ni" Kata Aisyah. Dia sedikit menggesa. Aku ni da la lom makan. Perut berbunyi dari tadi. Solat belum lagi ni.

Sabar perut. Japgi makan la kkk??

"Oh yeke? Sorry. Aku nak cakap sekejap je ni ngan kau."

Orang yang menelefon meminta maaf.

"Ni sape?" Soal Aisyah. Dua kali da dia tanya. Cakap je cakap. Tapi tak kata siapa diri dia.

"Amri. Ni Amri Muzzafar."

Rasa nak gugur jantungnya ketika itu. Dia tak salah dengar kan. Amri? Amri yang call aku. Dah lama gila aku tak dengar suara dia. Maybe da 1 month kot.

Apa aku nak jawab ni? Tangan kirinya sudah terketar-ketar. Jantung pula berdegup kencang. Kenapala jantung aku ni nak dup dap dup dap sangat sampai macam ni?? Dia bercakap ngan aku on the phone je pon. Bukannya depan-depan.

Aih! Aisyah!!

"Cah? Are you still there? Jangan la diam." Kata Amri.

Aisyah menelan air liur. Nak cakap,tapi kenapa mulut aku ni macam tak nak bukak??

"Aku tahu kau da block number aku,kau da block whatsapp,kau da block ig aku semua ah. Aku tahu kau da block semua social media aku kat phone kau." -Amri

Bait-bait bicara Amri di dengari dengan penuh perhatian.

"Kau tak perlu nak lari lagi dari aku. Let's talk."

"Nurul Aisyah? Aisyah? Aisyah? Aisyah? Cahh?!! Aisyah?"....

Banyak kali Amri memanggil-manggil tetapi Aisyah langsung tidak membalas. Dia hanya diam membisu.

"Aisyahhhhhhhhhhhhh! "

"Oh,tak nak cakap pape ae... Okey. Sayang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Suara Amri kuat daripada corong telefon. Macam 6 harakat dia punya sayang tu. Sampai orang yang kat bilik sebelah tu pon boleh dengar tauu!

"Oiii! Amende kau ni Amri? Tak reti malu ae? Tiber je panggil orang sayang." Kata Aisyah. Dia mula mendengus.

Mulut je kata marah tapi dalam hati rasa macam nak pecah je bila crush dia panggil dirinya sayang!!!

"Kau tu ha. Aku panggil-panggil tak nak jawab. Aku macam cakap ngan dinding sekarang ni." Jelas Amri.

" Whatever ah. Kau ada apa call aku ni?? Aku busy ah.. nak solat lagi."

"Aku nak tanya kau ni. Kau kenapa macam da tak suka aku ni? I mean kenapa kau macam mengelak daripada aku? Aku ada buat masalah ke ngan kau? Ada something ke yang buat kau tetiba je layan aku ni macam ni??"

Lancar saja suara Amri menanya. Dia menunggu jawapan daripada Aisyah dengan penuh sabar. Dia harus mendengar penjelasan daripada gadis itu.

"Kau ni banyak tanya ah! Dah ah..nanti nanti je kau tanya. Bye!"

Tup! Aisyah terus menamatkan panggilan. Dia bernafas laju. Dia tidak tahu apa yang patut dia katakan kepada Amri. Patut ke dia cakap perkara yang sebenar?

*
*
*
*
*

Heyyo my reader! Da lama gile sye x on sekarang ni. Hahahahah,sorry gile2 ah. Saya tk thu laa,asyik2 busy je skrg ni.. busy buat apa pun x thu ah.

But now is pkpb, insyaallah syaa akan smbung semua bab n habiskan cerita ni dalm tahun ni jugak! So keep hwaiting oke everyone???

Keep voting for me.

Love You My CrushWhere stories live. Discover now