96~Benci

203 19 8
                                    

Aisyah mempercepatkan jalannya. Entah mengapa, dia merasakan bahawa dirinya diperhati oleh seseorang. Daripada rumah tadi sampai ke sini dia mengekori Aisyah.

Berdegup laju jantungnya ketika itu. Kenapa orang tu asyik-asyik ikut aku je ni??? Hati Aisyah mula resah. Dia menoleh ke belakang berkali-kali untuk memastikan jika lelaki yang mengekori nya tadi sudah hilang.

Sangkaannya salah,lelaki berhoodie hitam itu tetap mengekorinya. Makin seram Aisyah di situ. Sudahlah muka lelaki tu dia tak nampak sangat, so susah nak cam.

Dengan kepala dia berhoodie, lepastu dia guna mask. Aih! Siapalah yang ikut aku ni?!

Jalan punya jalan, Aisyah tidak perasan akan dirinya sudahpun memasuki lorong yang sunyi. Tiada orang langsung yang berada di lorong itu.

Aisyah menggigit bibirnya. Aduhh! Macam mana pulak aku tak perasaan yang aku masuk lorong ni?? Ketika dia mahu berpatah balik, lelaki yang mengekorinya betul-betul ada di belakang.

Dia tiada jalan lain. Jadi,Aisyah pun memberanikan diri untuk bersuara. Dia mengepul(?) buku lima.

"Oi! Kau siapa hah? Asal dari tadi kau ikut aku?" Jerit Aisyah. Kuat suaranya menanya.

Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Dia hanya berdiri tegak dan memandang Aisyah tepat ke anak matanya.

"Kau bisu ke apa? Aku tanya ni! Kalau tak aku call polis!" Apabila pertanyaannya tidak dijawab, laju tangannya mengambil telefon di dalam beg tangan.

Ketika dia mahu menekan nombor 999 dia dapat mendengar derapan kaki lelaki itu yang sedang berlari ke arahnya. Aisyah mengangkat wajahnya dan terus berlari mengundur.

Ketika itu, dia tidak sedar ada batu di belakang dan dirinya terus terjatuh ke tanah. Habis kotor seluar yang dipakainya. Lutut seluar dipegang. Huh! Nasib baik tak terkoyak.

"Kau okay tak?" Lelaki dihadapannya tiba-tiba menanya.

"Kau siapa! Pergilah!!" Aisyah menjerit dengan kuat. Badan lelaki itu ditolak.

Terus ke belakang badan lelaki itu, Aisyah tolak.

Lelaki itu dengan laju menjatuhkan hoodie di kepalanya dan mencabut mask yang digunakan.

"Cah! Ni aku la Amri."

Aisyah terkejut. Dia tidak menyangka lelaki yang mengekorinya itu ialah Amri. Mulutnya sedikit ternganga.

"Ni aku okay. Jangan call polis." Kata Amri. Dia mengambil telefon yang berada di tangan Aisyah perlahan dan memadam semula nombor yang di tekan olehnya.

Aisyah mengundur ke belakang setapak. Sebenarnya dia tidak mahu lagi berjumpa dengan lelaki itu. Dia penat. Terlalu penat untuk mengejar orang yang takkan pernah memandang nya.

"Aisyah." Amri berganjak mendekati.

"Jangan dekat!" Aisyah mengangkat tangan tanda berhenti.

Dia berdiri tegak dan mengemas barangan yang terkeluar daripada beg tangannya. Telefon yang berada di tangan Amri dirampas kasar.

Dia berjalan laju melarikan diri daripada Amri.

"Aisyah, tunggu Cah. Aku nak cakap sikit dengan kau ni. Sekejap je." Amri mengejar gadis itu dengan cepat. Lengan Aisyah yang berlapik dipegang.

Mereka berdua memandang tepat ke dalam mata masing-masing. Aisyah mengetap giginya. Dia melihat tangannya yang dipegang oleh Amri.

Terlalu kuat Amri menggenggam lengannya. Dia mula merasa sakit.

"Lepas Amri. Aku sakit." Kata Aisyah. Dia memberikan pandangan tajam ke arah Amri.

"Tak sekarang ni apa masalah kau? Kenapa kau mengelak daripada aku? Apa salah aku? Ish..huh!"

"Bole tak kau bagi tahu aku apa salah aku???" Amri juga tidak kurangnya. Sabarnya sudah hilang.

Matanya tepat memandang anak mata Aisyah. Dia juga tidak boleh tahan. Apa salah dia sehinggakan gadis itu melayannya seperti itu?

Block whatsapp,block instagram, block twitter aku ,buang number aku....... kenapa??

"Lepas lah! Aku penat la layan kau ni Amri. Aku rimas!" Aisyah menepis kuat tangan Amri.

Amri menggeleng-gelengkan kepalanya. Turun naik turun naik nafasnya ketika itu.

Tiba-tiba Amri menolak Aisyah ke dinding. Badannya terdorong kuat di tolak oleh Amri.

"Apa yang kau buat ni Amri??" Soal Aisyah. Biarpun dirinya sedang marah pada Amri kerana berkelakuan seperti itu,tetapi hatinya sedang berdegup kencang kerana Amri berdiri terlalu dekat dengannya.

Amri menumbuk dinding di belakang Aisyah dengan kuat. Nafas lelaki itu sudah tidak teratur.
Terkejut dirinya apabila Amri tiba-tiba menumbuk dinding dengan kuat.

"Aisyah." Kali ini nada suara Amri lebih rendah. Dia menunduk memandang lantai.

"Please. Please la cakap kat aku apa salah aku? Why kau kena layan aku macam ni ha??" Wajah Amri bertukar kesian. Raut wajah sedih terpapar di wajah Amri.

Aisyah menolak kuat Amri ke belakang.

"Stop it Amri. Jangan jadi gila." Kata Aisyah. Dia melangkah pergi. Ketika dia melangkah pergi, Amri kembali bersuara mengatakan sesuatu kepadanya.

"Ya, aku gila. Gila sebab kau!" Jerit Amri kuat.

Aisyah hanya mendiamkan diri. Dia tetap bersabar dan melangkah pergi.

"Kau benci sangat ke kat aku? Hah? Terlalu benci ke sampai muka aku pun kau tak nak tengok???"

Kali ini, kaki Aisyah serta merta berhenti. Dia terpukul dengan kata-kata lelaki itu.

Dia memusingkan badannya dan berkata.

"Ya, aku memang benci kau. Tengok muka kau pun aku benci. Puas? So, kau da tahu kan sekarang, so stop kejar aku. Stop kacau aku!"

Aisyah cuba mengawal nada suaranya. Dia tidak mahu menangis disitu.

Amri sudah tidak terkata. Dia mendiamkan diri.

Aisyah berjalan pergi meninggalkan Amri yang terdiam. Dia langsung tidak menoleh kembali kepada lelaki itu.

*
*
*
*
*
Hello my dear readers,so here i am again.🔥

Hope you gais like the new chap. Stay with me until the last chap! Kalau ada typo kt mana2,forgive me. Manusia buat salah😂

Keep voting and comments.

Love You My CrushWhere stories live. Discover now