"Aisyah, kau oke tak ni?" Maisarah mendekati Aisyah yang lagi baring di atas katil. Dia duduk di sebelah gadis itu.
Wana tiada di bilik. Katanya dia nak jenguk si Yanie ngan Aisyah Jo kat bilik.
"Oke je." Kata Aisyah. Dia bangun,dan duduk kemas di sebelah Maisarah. Rambutnya yang tidak terikat itu ditolak ke belakang.
Rasa lemah betul mata ni nak buka. Kecik je mata. Maisarah yang di sebelahnya disandar. Serious dia rasa lemah gila hari ni.
Baju lengan panjang yang digunakan olehnya ditarik supaya menutupi tapak tangannya. Rasa sejuk gila sekarang ni.
"Kau pehal ni Cah? Ha? Tak sihat ke?" Maisarah mula risau. Pelik betul minah ni hari ni. Selalunya tak adalah lemau cenggini.
Dahi gadis itu dipegang. Uish panas gila si Aisyah ni. Memang sah, si dia ni demam.
"Kau demam si Cah. Cane bole demam pula ni? Kau ni,suka noh la buat orang risau." Maisarah memukul perlahan lengan Aisyah di sebelah.
Aisyah bangun dan berdiri tegak di hadapan kawannya. Dia senyum kecil.
"Kau ni over ah. Aku oke je ni. Don't worry." Aisyah mencubit-cubit pipi Maisarah itu dengan kuat. Muka tak boleh nak garang lagi tengok dia.
Rasa gemuk pula pipi si Maisarah ni. Maybe sebab banyak makan kot dekat sini.
Maisarah menolak tangan gadis itu jauh daripada pipinya. Tangan Aisyah dipegang dan mata mereka berdua bertentangan antara satu sama lain.
"Kau demam. So,jom kita gi klinik. Jumpa doktar." Kata Maisarah. Dia bangun dan menarik tangan Aisyah supaya mengekorinya.
Dia membawa Aisyah ke almari untuk mengambil tudung. Tudung hitam bawal menjadi pilihannya. Muka Aisyah dipegang lalu disauknya(?) terus tudung yang berada ditangannya ke kepala gadis itu.
Nasib baik ah tudung tu da siap berpin. Senang sikit nak disauk kat kepala. Tudung itu dibetulkan supaya menjadi elok.
"Wei Mai." Aisyah menahan tangan Maisarah supaya berhenti membetulak tudung di kepalanya. Dia menggeleng-geleng.
Risau betul kawan aku sorang ni kat aku.
"Tak yah la nak gi klinik bagai. Buang masa. Lagipun aku da makan panadol tadi. So, sekarang aku da oke sikit." Jelas Aisyah. Dia menepuk bahu Maisarah sekali.
Aisyah menjatuhkan dirinya di atas sofa yang tersedia di dalam bilik. Bantal yang ada di situ dipeluk-peluk. Sedap pula peluk bantal hotel ni.
Maisarah tidak puas hati. Susah betul la minah ni nak ngajak ke klinik. Wajahnya diraup perlahan. Telefon di poket di keluarkan.
Dia mencari nombor telefon seseorang. Setelah menjumpai nombor telefon yang dia inginkan,dia terus meletakkan telefon tersebut ke telinga.
Aisyah yang duduk bersandar memerhati kawannya yang masih berdiri itu. Kepalanya disengetkan.
"Kau call sapa tu Mai??" Aisyah ingin tahu. Matanya masih lagi terasa berat untuk di buka.
"Adalah. Kau duduk je diam-diam kat situ." Maisarah mula mengarah. Dia berjalan ke hulu ke hilir menunggu panggilannya di jawab.
Aisyah mengecilkan matanya.
"Kau ni. Ha,kau jangan buat hal tau. Jangan cakap kat aku yang kau call Amri." Aisyah musykil dengan kawannya itu.
"Mana ada ah. Aku call Hazim je ni. Nak suruh dia tumpangkan aku nak bawak kau gi klinik." Kata Maisarah.
Aisyah menarik nafas lega. Uhh! Ingatkan call sapa la tadi.
"Ha Ajim. Lama betul kau angkat call? Kau gi mana ah?" Setelah lama menunggu akhirnya ada jawapan dari Hazim.
"Eh Mai. Ni aku ni Amri. Hazim kat tandas,katanya sakit perut daripada tadi." -Amri
"Oh kau Amri."
Apabila nama Amri disebut, Aisyah yang sedang duduk itu terus berdiri tegak daripada tempat duduk. Matanya membesar memandang Maisarah.
"Hm, Hazim lama lagi tak kat tandas tu? Aku ada something ni nak kata kat dia." Kata Maisarah. Dia membelakangi Aisyah.
Gadis itu mula menganggunya sedang membuat panggilan. Sebab dia bercakap dengan Amri,minah ni terus tak tenang.
"Tak tahu ah. Rasanya lama kot. Sebab dari tadi gak ni dia tak kuar-kuar. Asal? Kau cakap je ah kat aku,nanti aku sampaikan kat dia." -Amri
Maisarah mengangguk-angguk di corong telefon. Dia mendecit perlahan.
"Ok ah kalau macam tu. Kau kata kat dia yang aku nak dia teman aku gi klinik japgi. Nak bawa roommate aku ni gi jumpa doktar. Tak sihat." Jelas Maisarah. Dia menoleh memandang wajah Aisyah dengan senyuman meleret.
Aisyah sudah memberi isyarat jari telunjuk di mulut tanda dia tidak mahu gadis itu muka mulut cakap yang dia demam sekarang ni.
"Oh. Roommate kau tak sihat?? Demam ae??" -Amri
"Haah. Demam pa....nas ni wei. Panas gila." Sengaja Maisarah menekankan perkataan demam itu kepada Amri. Aisyah sudah tidak tahan. Dia menepuk-nepuk lengan Maisarah berkali-kali.
Biar sakit tangan minah ni.
Maisarah tidak mengendahkan Aisyah. Dia hanya diam menahan sakit yang dirasanya.
"Uishh. Demam panas ae. Setahu aku roommate kau kan ada dua. Wana ngan Aisyah en? So,yang mana satu sakit ni??"-Amri
Maisarah tersengih-sengih. Dengar dari suara lelaki ni nampak sangat yang dia tengah risau. Aih!!
Maisarah sengaja diam buat seketika.
"Oi Mai. Kau dengar tak ni? Aku tanya sape yang sakit? Wana ke Aisyah??"-Amri
Suara Amri sedikit kuat.
"Ala ni ha... Aaaa.." Ayat Maisarah tergantung-gantung.
"Aaaa... Apa??-Amri
"Aisyah."
Tut tuttt....
Panggilan terus terputus. Maisarah melihat skrin telefonnya. Uish, terus letak fone ae. Gila caring!!
*
*
*
*
*
Yeah finally new update. Hope u all suke la bab yang ini yer?? Any typo maapkan saya. Oke?? Abaikan je. Hahahha..Tu je ah utk hri ni. Keep support me!muahh❤️
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...