24~Crush ku!

283 32 0
                                    

Maisarah terlalu bosan hari ini. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya di rumah ketika itu.

Kedua ibu-bapanya tiada di rumah. Mereka terpaksa pulang ke kampung dengan kadar segera kerana neneknya iaitu ibu kepada ayahnya jatuh tangga.

Sebenarnya dia ingin ikut serta, tetapi tidak cukup muatan pula. Pak cik sedaranya ikut bersama.

Punat 'remote control' di tangannya dipicit - picit. Saluran demi saluran yang terpapar di kaca televisyen.

Tiba-tiba perutnya berkeroncong lapar. Kuat betul bunyinya! Perutnya dipegang. Alahai! Sian perut. Lapar. Nak masak rasa malas pula. Aih! Benci betul la kena tinggal.

Hm... craving nak makan pizza la pula.

Dia baru teringat, ibunya telah meninggalkan sekeping wang kertas yang bernilai RM50 di atas almari kasut di dalam biliknya.

Dia tersenyum lebar. Nasib ada duit. Bolehlah ni nak keluar pergi makan! Kunci motor yang tersangkut kemas di tangga diambil. Tudung yang sudah siap di saterika semalam dipasang terus ke kepalanya.

Enjin motosikal ayahnya dihidupkan. Selepas dipanasnya motosikal itu, barulah diboncengnya menuju ke kedai Pizza Hut yang tidak jauh dari kawasan kediamannya.

Setibanya dia di sana, dia melihat kedai Pizza Hut dalam keadaan yang tidak terlalu ramai orangnya. Nasib dia baik hari ni! Tak adalah panjang sangat beratur.

Dia mengambil tempat duduk di meja kosong di penjuru kedai. Dia telah memesan pizza yang sering dimakannya di sini berserta mushroom soup.

Telefon yang kemas di dalam poket diambil. Sempat dia melayan instagram. Mana tahu ada benda baru yang boleh digosipkan dengan kawan-kawannya nanti.

Laju sahaja tangannya men 'scroll'gambar-gambar yang terpapar di instagram nya.

Nama instagram Hazim di tekan. Sekali sekala stalk instagram crush, boleh kan?

Ada gambar baru! Gambar Hazim itu benar-benar membuatkannya tersenyum sendiri. Aih! Susah la crush ni handsome sangat.

Caption pada gambar itu di baca.

<Bilalah boleh dapat dia>

Senyuman di bibirnya serta merta hilang selepas membaca caption itu. Dia tahu ayat itu di tujukan kepada siapa.

Sudah banyak cerita tentang Hazim yang mengatakan dia menyukai pengawas pusat sumber di sekolahnya. Eee, geram pula baca caption dia ni.

Sedang dia tekun menekan gambar Hazim yang lain, dia terdengar namanya dipanggil oleh seseorang.

"Mai!"

Maisarah mengangkat mukanya bagi mencari gerangan yang memanggil namanya.

Kini matanya tepat memandang gerangan yang memanggilnya tadi. Ya Allah! Crush ku!

"Hazim."

Telefonnya tadi lekas-lekas ditutup. Dia risau sekiranya lelaki itu tahu bahawa dia lagi sibuk melihat 'ig' nya.

"Hai Mai."

Kedengaran lagi satu suara yang menyapa telinganya. Matanya mencari. Rupannya suara itu datang dari arah belakang Hazim.

"Eh, Asyraf pun ada?" Maisarah terkejut. Crush lama pun ada lah!

Asyraf. Itulah bekas crushnya. Dulu, lelaki itulah yang dipuja-pujanya. Tetapi tidak lagi sekarang. Dia tidak suka pada lelaki itu kerana dia tidak suka melihat Asyraf yang suka melayan perempuan.

Sudahlah ramai yang minat dia! Jemu dia melihat perempuan-perempuan lain yang terkejar-kejarkan nya.

"Sorang je ke?" Soal Asyraf. Matanya tepat memandang wajah Maisarah.

"Hm..

Belum sempat dia menjawab nama dipanggil oleh pekerja kedai. Itu menandakan makanan yang dipesannya sudah siap.

Tanpa melengahkan masa Maisarah berlari bagi mendapatkan makanannya.

"Kejap ye."

Pizza dan mushroom soup yang dipesannya dibawa dengan penuh berhati-hati. Dia takut sekiranya makanan itu tertumpah.

Kalau dah tertumpah tak ke membazir namanya?

Air mineral juga sempat dibelinya. Kalau ada makanan mestilah kena ada minuman. Kalau air tak ade susah. Macam mana kalau waktu makan tu tercekik? Bole masuk hospital sebab tercekik!

"Ha sambung balik. Aku sorang je..geng geng yang lain busy. Biasalahh hari sabtu gini mesti busy ikut mak bapak dorang gi kenduri kahwin." Jelas Maisarah.

Dia melabuhkan punggungnya di tempat duduknya tadi. Wajah dua orang lelaki yang berdiri di depannya dilihat satu persatu.

Aih! Macam mana lahh boleh terjumpa kat sini? Awkward gilee. Aku tak tahu nak cakap apa.

Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu. Nak cakap apa ae?

"Nak kita orang teman kau tak duduk makan kat sini tak?" Asyraf menyoal sekali lagi.

"Hah? Temankan? Eh, tak payah laa." Cepat sahaja Maisarah menolak. Nak temankan aku? Pergh boleh gila aku wei!

"Eleh kau ni.. tanak pula. Tak de tak de." Tanpa disuruh, Hazim terus melabuhkan punggungnya di kerusi kosong di hadapan Maisarah.

Posisinya dibetulkan agar dia boleh berbual dengan Maisarah dengan senang.

Asyraf juga duduk di situ. Dia duduk di sebelah kerusi Hazim.

Kini mata kedua-dua lelaki itu melihatnya. Aduh! Ni lah yang tak selesa. Orang tengah makan pastu ada orang perati.

"Korang. Asal tengok aku ni?" Suara Maisarah sedikit perlahan. Malu juga dia ketika itu.

Entah mengapa dia dapat merasakan anak mata Hazim tidak henti menatapnya. Bahang dah pipi ni!

"Kau lapar sangat ke?" Tanya Hazim.

"Haah." Maisarah mengangguk.

Kepingan pizza seterusnya diambil. Huh! Berselera makan wei. Sebab makanan ni sedap or sebab ada lelaki handsome yang temankan aku makan?

Kini, Asyraf dan Hazim mula tersenyum-senyum melihatnya. Dah kenapa pula lelaki ni! Pelik-pelik perangai.

"Dah kenapa senyum ni?"

Makanan yang berada di dalam mulutnya masih lagi dalam proses mengunyah.

"Tak ada pape. Saje. Kau cantik hari ni." Serentak dua lelaki itu berkata.

Tidak semena-mena makanan yang tersisa di dalam mulutnya terhambur keluar. Nasib baik tidak banyak. Tekaknya terasa perit. Seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya.

"Eh, okay tak?" Asyraf mula risau.

Hazim menolak botol mineral ke arah Maisarah.

Maisarah dengan lajunya terus membuka penutup botol itu dan terus minum seteguk. Ahhh.. lega sikit, sebab dah minum air.

Malunya!!!! Ishh.. dia orang ni pun satu. Yang pergi puji cakap aku cantik tu dah kenapa?? Malu la! Dah kembang sekarang ni.

Dia cuba menenangkan hatinya. Relax.. jangan over sangat. Belum tentu dia orang tu ikhlas puji aku.

*
*
*
*
*
Hello all readers! Long time not see. Sorry sbb da lme x update. Sye senanye ada exam besar!! Pt3.

So, selama sye x update cerita la, sye busy belajar. Ahahahhaha. Sory ye.. nah ini la bab baru yg sye bole buat.. hope you gais like it.

Pt3 kan da abis!! Fun fun

Love You My CrushWhere stories live. Discover now