25~Berdebarnya!

276 30 0
                                    

Aisyah duduk sendirian di kafe Starbucks. Dia tiba di sana lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.

Handphone di atas meja dipandang seketika. Tak ada mesej dari dia pun! Jadi ke tak jadi ni? Dari tadi cakap otw je. Tak sampai-sampai. Bukannya rumah dia jauh pun dari sini.

Dia mula bermain dengan jarinya. Matanya pula tidak henti meliar mencari kelibat orang yang dinanti nya itu di luar.

Amri! Bila kau nak sampai ni. Aisyah mengigit-gigit bibirnya. Entah mengapa, hatinya tidak henti merasa gundah-gulana. Risau sekiranya ada apa-apa yang terjadi terhadap lelaki itu.

Berdebarnya!

Dadanya dipegang. Ketika itu, dia juga merasa tidak sabar kerana dia ingin melihat wajah Amri. Dia begitu merindukan lelaki itu.

Dia mahu menanyakan khabar lelaki itu. Adakah dia baik-baik sahaja? Matanya sudah semakin baikkah? Semua dia mahu tanya.

Ini merupakan kali pertama dia bertemu dengan Amri tanpa kawan-kawannya. Pada mulanya dia ingin mengajak Ain, tetapi gadis itu pula yang ada hal.

Katanya dia perlu mengikuti ibunya ke kampung untuk menyambut salah seorang mak ciknya yang baru sahaja selamat menjadi isteri orang.

Nak diajak kawannya yang bernama Nadhirah. Nadhirah pula yang tidak mahu. Katanya malas. Penat. Semualah!

Nak ajak Wana pulak? Aih! Katanya dia tak boleh keluar. Kalau nak keluar juga abang dia kena ikut sekali.

Memang spoil la kalau abang si Wana tu adaa.

First time keluar dengan Amri sorang diri ni! Uish! Perasaan dia. Tak tahu nak cakap macam mana. Debar nak mampus.

Tiba-tiba, dia mendapat panggilan telefon. Panggilan itu daripada Amri.

Aisyah dengan kelam kabutnya menjawab panggilan itu. Sempat dia menarik nafas terlebih dahulu.

"Hello?"

"Ha.. hello Syah. Kau dah sampai ke?"

"Dah. Baru je sampai. "Kata Aisyah. Dia menipu. Dia tidak mahu Amri itu tahu bahawa dia datang terlebih awal.

"Baguslah kalau macam tu. Aku baru je sampai ni. Tunggu kejap tau? Aku nak ke toilet tak tahan ni dari tadi." Ujar Amri di corong telefon.

Aisyah tersenyum sendiri. Best betul dapat call dari dia. Ahahhaha

"Pegilah dulu sana. Aku tunggu."

"Okay.bye."

Panggilan terus dimatikan.

Sejurus sahaja panggilan itu ditamatkan, cermin kecil di dalam beg dikeluarkan. Dan terus diletakkan di atas meja disandarkan pada bunga hiasan di atas meja.

Tudungnya dibetulkan. Anak tudungnya yang sedikit senget dibetulkan agar nampak lebih cantik.

Ketika dia teliti benar-benar wajahnya sendiri, dia baru sedar yang pipinya sudah merah kuat.

Pipinya dipukul-pukul. Uish! Merah betul. Ni blusher ke ni blushing?

Sedang dia sibuk menepuk-nepuk pipinya, dia terdengar namanya dipanggil oleh seseorang.

"Aisyah."

Mata Aisyah mencari.

"Eh, Amri."

Aisyah terus berdiri daripada tempat duduk. Kini, lelaki yang bernama Amri itu benar-benar berdiri di depannya.

Sungguh terus hilang rasa rindunya itu pada Amri.

"Boleh aku duduk?" Soal Amri.

"Ha? Duduk je la." Kata Aisyah.

Mereka berdua duduk berhadapan. Mata Aisyah dari tadi tidak henti memandang lelaki itu. Tetapi dia merasa sedikit pelik melihat lelaki itu.

Amri ketika itu memakai cermin mata hitam. Dengan adanya cermin kata hitam itu, ia menyukarkan Aisyah untuk melihat keseluruhan wajah lelaki itu.

"Amri, kenapa kau pakai cermin mata hitam ni?" Perlahan suaranya menanya.

"Oh, saja je. Nak nampak handsome sikit depan kau. Hahaha." Amri ketawa kecil.

Aisyah sudah terdiam. Lelaki ni! Suka betul bagi ayat macam tu. Dah, hati aku ni tak boleh relax.

"Yela yelaa. Haa, cakap la kenapa kau tak ambik SPM hari tu? Kau tahu tak, SPM tu penting?" Aisyah sudah siap sedia untuk berleter.

"Ye. Aku tahu SPM tu penting." Amri menunduk.

"Dah tu? Kenapa tak datang jawab exam? Hah?" Kata Aisyah.

"Aku... akuu.."

Amri tergagap-gagap. Dia tidak tahu bagaimana dia harus menceritakan hal itu kepada Aisyah.

Aisyah menanti penuh sabar segala penjelasan lelaki itu. Melihatkan dahi Amri yang berkerut-kerut membuatkan dirinya semakin bertanya-tanya.

Susah sangat ke dia nak cakap kat aku kenapa dia tak datang?

"Kau tak nak bagi tahu aku ke?" Soal Aisyah.

"Kalau tak nak bagi tahu tak pe. Aku tak nak lahh paksa kau." Sambung Aisyah lagi.

Dia sedar siapa dirinya. Dia tiada hak langsung untuk memaksa Amri untuk menceritakan segalanya kepadanya.

"Tak. Aku kan dah janji nak cerita kat kau." Ujar Amri.

"Kalau macam tu cerita la. Kenapa?"

"Sebenarnya waktu tu aku..."

...
...
...

"Okay. Sebenarnya waktu tu aku ada operation. Aku operate mata. Mama aku suruh, so aku kena ikut la. Actually, aku tak tahu pun tarikh aku kena operate sama dengan tarikh kita SPM. Kalau aku tahu, dah lama aku cancel operation tu. Tapi, doktar tu bagi tahu aku yang kalau aku tak operate cepat, maybe mata aku akan lebih sakit and melarat. Lepas je aku operate semua tu, doktar aku suruh aku rehat. Mata aku kena rest betul-betul. Hm.. so, macam tu la cerita dia." Jelas Amri panjang lebar.

Aisyah mengangguk-angguk. Dia sedikit sedih mendengarkan cerita Amri itu. Air mata yang sudah bergenang di tubir matanya terus dilap.

"Kesian kau." Kata Aisyah.

Amri sekadar tersenyum.

"Hm, so macam mana dengan mata kau? Dah okey ke?" Aisyah menanya meminta kepastian.

Amri tidak menjawab.

"Amri? Kau dengar tak aku tanya apa kat kau ni?"

"Hah?" Amri tidak mendengar kata-katanya.

"Aku tanya, mata kau dah okey ke?" Soalan tadi diulangnya.

"Hm.. okay. Okey je." Jawab Amri.

Aisyah hanya tersenyum.

*
*
*
*
*

Gais da siap.. bace laa..

Tu je nk bgi thu...

Love You My CrushWhere stories live. Discover now