33~Tu air aku

307 27 0
                                    

Aisyah mendiamkan diri. Amri yang lagi sibuk membeli tiket itu dibiarkan. Alah, bukan susah mana pun nak beli. Tekan, tekan dah.

Jarinya dimain-main. Malunya. Amri la ni. Cuba dia tak cakap macam tu tadi. Tak adalah awkward sangat sampai macam ni. Nak cakap pun rasa malu.

Matanya pula melayang ke tempat lain. Memerhati suasana yang penuh dengan pengunjung di situ. Semua orang sememangnya suka menonton wayang pada hari-hari sebegini. Cuti kan?

Sedang kepalanya sibuk menoleh ke kanan dan kiri, tanpa dia sedar kepalanya sudah pun menghala ke wajah Amri. Ketika itu, Amri juga sedang memerhatinya.

Terkejut Aisyah. Dia berganjak selangkah kebelakang.

"Terkejut aku." Kata Aisyah.

Amri hanya tersenyum-senyum.

"Syah." Panggil Amri.

Aisyah mengangkat wajahnya. Amri yang kemas berdiri di hadapannnya dilihat.

"Hm."

"Kenapa kau diam?" Soal Amri. Perlahan dan lancar sahaja suaranya.

Aisyah menggigit bibir bawahnya. Apa aku nak cakap ni ae? Aduh! Kau tahu tak aku malu sekarang ni???

"Tak ada apa-apa. Saja." Jawab Aisyah.

Nii jawapan selamat okey?

Dahi Amri berkerut. Dia tidak mempercayai kata-kata gadis dihadapannya itu.

"Okey. Sorry? Aku tahu kau tak selesa sebab aku cakap macam tu kat kau tadi." Ujar Amri.

Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket. Wajah Aisyah itu dipandang dengan sepenuh perhatian.

"Takla." Cepat sajaAisyah menggeleng.

Ting!

Syah, kau mana ni? Gi dating berdua je ke ngan Amri? Kita orang dah tunggu da kat tempat duduk ni. Siap dengan air n popcorn kitaorang beli.
                                               Syahirah

Mesej yang baru didapatinya tadi dibaca dengan sepintas lalu. Setelah itu, dia melihat wajah Amri di hadapannya.

"Amri, jom. Dorang dah tunggu la." Kata Aisyah.

Berlari terus Aisyah daripada situ. Serius! Kalau dia berjalan lambat-lambat juga dengan Amri, memang akan awkward gilaaaaa gilaaa.

Amri hanya tersengih. Dia mengekori Aisyah daripada belakang dengan perlahan. Mahu jalan laju, terasa penat pulak. So, nak jalan selow la namanya.

Aisyah dan kawan-kawannya yang lain menunggu dengan penuh sabar di situ. Jam dinding yang disediakan di situ dilihat. Jam sudah menunjukkan pukul 2.20 petang.

Yes! Lagi sepuluh minit cerita di pawagam itu akan ditayangkan. Dengan lekas, Aisyah terus mengajak kawan-kawannya itu beratur di permulaan tempat masuk.

Masuk sepuluh minit awal, dapat cari tempat duduk. Senang! Tak adalah serabut nanti nak cari.

Geng ramai katakan!

Berpusu-pusu kawan-kawannya memasuki pawagam.

Aisyah selaku yang di depan sekali mencari tempat duduk buat kawan-kawannya. Setelah ditemui tempat duduknya, dia terus mengarahkan kawan-kawannya untuk mengambil tempat duduk terlebih dahulu.

Lelaki di hujung sekali diikuti oleh kawan perempuannya.

FYI, kawan I ni behave oke, so dorang tak menggatal.

Setelah itu, barulah Aisyah mengambil tempat duduk. Biarlah duduk di tepi sekali. Tak kesah pun!

Beg tangannya diletak di kerusi kosong disebelah. Tak ada orang, so boleh la letak kejap beg. Dia menoleh ke kanannya. Sempat dia berbual dengan Wana.

Halah! Cerita lom start. Yang ada just advertisement.  So, kita bual-bual la dulu.

Dia melihat di bawah dan di atas tempat duduknya. Fuh! Full gila. Penuh dengan orang. Langsung tak ada tempat kosong lagi.

Sedang dia rancak berbuak dengan Wana, tiba-tiba bahunya dicuit oleh seseorang.

Terkejut Aisyah. 

Dia pun menoleh melihat si gerangan yang mencuit bahunya yang comel itu. Ehh tiber!!

Amri!

"Beg kau. Aku nak duduk." Katanya.

Aisyah yang masih lagi bingung itu menarik beg tangannya ke atas paha. Matanya pula fokus pada iklan yang masih lagi ditayangkan.

Aik! Pehal dia duduk kat sini ha? Bukan semua laki tadi dah duk kat belah sana ke?? Hah?

Jap. Jap. Ohh, baru dia teringat. Sewaktu dia memberikan tempat duduk kepada kawan-kawannya, dia mendapati bahawa terdapat dua lagi tempat kosong.

Dia ingatkan, tempat kosong itu bukan milik kawannya. Ternyata bukan.

Dia menoleh ke arah Amri seketika. Lelaki itu sudahpun membuka cermin matanya.

Disebelahnya lagi ialah Hazim. Patutlah cari tadi tak jumpa. Orang punya laa ingat dia hilang. Pergi mana-mana tak pernah nak bagitahu.

Selepas lima minit begitu, akhirnya cerita It Chapter Two bermula. Permulaan yang sememangnya membuatkan semua orang terkejut.

Aisyah sangat tekun menonton. Langsung tidak berkelip matanya.

Wana di sebelah menghulurkan popcorn kepadanya. Dia pun apa lagi? Ngap la!

Kini, kotak popcorn itu bertukar tangan. Diletaknya kotak popcorn itu di atas paha. Lapar punya pasal, dia pun hampir menghabiskan separuh daripada popcorn itu.

Hahahahah. Lapar kan.

Tiba-tiba dia tersedak. Habis terkeluar semula popcorn yang dimakannya tadi. Air coca cola yang dibelinya diambil sepantas lalu.

Air coca cola itu disedut dengan rakus. Sakit tekak beb! Sedut punya sedut punya sedut.

Sekali lagi bahunya dicuit oleh seseorang. Dan orang nya yang duduk di sebelah kiri. And dia sudah dapat mengagak itu siapa.

Dia pun menoleh.

"Tu air aku." Kata Amri.

Dia sedikit mendekatkan dirinya dengan Aisyah. Dalam panggung kan? Bising sikit, so kene cakap dekat-dekat.

Terbeliak mata Aisyah. Air coca cola yang dipegangnya dilihat. Setelah itu matanya dijatuhkan ke arah air coca cola yang masih kemas di kanan tempat pemegang tangan.

Baru dia tersedar dan perasan.

"Eh, sorry wei. Aku tak perasan siyes. Cane ae?" Aisyah sudah kalut.

Aduh. Dah la ni air orang.

"Hm, tak yah minum ae? Bekas mulut aku." Kata Aisyah.

Dia masih setia memegang air coca cola itu. Mukanya juga sudah berubah sedih. Serba salah beb! Dah la dia belum minum air tu lagi.

"Tak pe la. Aku boleh minum bekas kau." Perlahan saja suara Amri, tetapu dapat didengari oleh Aisyah.

Air coca cola yang dipegang oleh Aisyah itu diambil laju oleh Amri.

Selepas saja, dia mengambil air itu, dia terus meminumnya. Aisyah yang berada di sebelah itu, hanya melihatnya dengan pandangan yang terkejut.

Dah kenapa dia minum air bekas aku tu? Hah? Pikir suwit ke?

Amri sekali lagi mendekati Aisyah.

"Suwit tak aku?" Soalnya.

Semakin membuntang mata Aisyah. Dia boleh baca fikiran aku ke?

Kepalanya dihalakan ke depan. Tidak mahu lagi dia melihat wajah lelaki itu. Boleh gila tahu tak?  Ah!!

*
*
*
*
*
Done. Btw, sory gais sbb lambat update. I busy sikit. Bukan sikit la. Banyak gila busy nya tu! Hahahaha

Hope all the reader suka la ye? Ni je boleh sya fikir. Otak kurang berkembang

Love You My CrushWhere stories live. Discover now