Aisyah semakin laju menolak ayahnya yang berada di hadapan. Apabila dia mahu membelok ke kiri, tiba-tiba dia terdengar orang memanggil namanya.
Terus terhenti langkahnya ketika itu. Bapanya juga turut berhenti.
Lambat-lambat kepala Aisyah menoleh ke belakang. Terpapar wajah Amri yang tersenyum memandangnya.
Aisyah hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.
"Assalamualaikum pakcik." Amri berjalan mendekati untuk menyalami tangan bapa Aisyah. Dia mengukir senyuman.
"Waalaikumsalam." Bapa Aisyah hanya menggangguk.
Aisyah berdiri di sebelah bapanya sambil menggaru kepala. Alah, malunya... dah la aku guna tudung macam makcik makcik. Tudung bunga-bunga kau! Omeigod!
Dia mula bermain-main dengan tudungnya.
"Handsome. Nama siapa?" Terus senyum sampai ke telinga Amri mendengar pujian bapa Aisyah itu.
"Tak adalah handsome mana pakcik. "Amri menggaru belakang rambutnya.
"Nama saya Amri. Boyfriend Aisyah." Amri tersenyum sambil menunduk.
Terkejut Aisyah dengan jawapan Amri. Boyfriend? Aku tak salah dengar ke? Dah kenapa laki ni, cakap yang diatu boyfriend aku?
"Apa! Boyfriend? Sejak bila akak ni bercinta? Ha?" Bapa nya sudah bercekak pinggang memandang dirinya. Aisyah sekadar menggeleng.
Amri mengetuk dahinya.
"Eh tak pakcik, bukan bukan. Maksud saya, saya boyfriend tu kawan lelaki dia. Haa.. itulaa maksud saya tadi." Kata Amri. Kali ini makin laju pula garukan (?) dikepalanya.Bodoh betul la aku ni. Macam mana aku bole terpikir nak guna perkataan boyfriend tu untuk cakap yang aku ni kawan lelaki dia?? Ahh! Amri memarahi dirinya sendiri di dalam hati.
"Laa.. kawan lelaki rupanya. Ingatkan apa la tadi." Bapa Aisyah ketawa kecil.
Amri turut ketawa untuk menghilangkan kejanggalan diantara mereka. Aisyah sekadar senyum sebaris memandang Amri dengan bapanya.
"Amri, aku dah nak balik ni senanya. Aku gerak dulu ae. Bye?" Laju saja Aisyah ingin melarikan diri daripada Amri. Bapanya disebelah ditolak supaya berjalan lebih laju menuju ke kereta.
"Eh tunggula." Amri mengejar mereka berdua yang masih tidak jauh daripada situ.
"Hm, pakcik nak cakap ngan Aisyah sekejap boleh tak? Tak lama pun. 5 minit pun jadilaa." Bapa Aisyah dipandang untuk meminta kebenaran. Amri cuba membuat muka kesian.
Aisyah menarik lengan baju bapanya. Dia berharap bapanya faham apa maksudnya ketika itu. Dia tidak mahu berbual dengan Amri sekarang. Dia malu!!
"Oh cakapla. Akak, ayah tunggu kat kereta ae. Jangan lama-lama pula. Bye." Kata bapa Aisyah. Tanpa berlengah bapanya terus berjalan pergi meninggalkan dirinya disitu bersama Amri.
"Bye pakcik. Assalamualaikum." Sempat Amri melambai ke arah bapanya Aisyah.
"Ha iye.. waalaikumsalam."jawabnya.
"Ayah ..."Aisyah memanggil bapanya. Tapi sedih. Bapanya langsung tidak menoleh kembali apabila dirinya memanggil.
"So, hai!" Amri melambai gadis di hadapannya dengan senyuman yang manis.
Aisyah memandang wajah lelaki itu dengan wajah yang sedikit tertunduk-tunduk.
"Hai." Aisyah mengangkat tangannya.
"Sihat ke?" Soal Amri.
"Sihat ah." Jawab Aisyah laju.
"Aku check phone aku tadi. Ade keluar notification ig. Kau like gambar aku. But, when aku tekan semua yang like gambar aku nama ig kau tak ada la pula. Kau unlike gambar aku ae???" Amri menyoal. Matanya kecil melihat wajah Aisyah.
"Hm... haa.." Aisyah tergagap-gagap.
"So betulla kau unlike gambar aku. Kenapa?" Amri tiba-tiba membuat muka sedih. Bibirnya digigit-gigit.
"Aku..."
"Aku... ni haa.. apaa.. ter unlike. Haa aku ter unlike." Jawab Aisyah. Akhirnya ada juga jawapan yang berlegar di kepalanya.
"Yeke ter unlike? Tak caya ah aku." Amri masih lagi musykil.
"Ya allah. Tak caya pula... iyelah aku ter unlike la tadi. Aku nak unlike gambar lain pastu, ter unlike pula gambar kau. Sori la." Kata Aisyah. Dia memandang ke tempat lain. Tipu sunat bole kan?
"Hm... oke aku caya. Nanti kau like balik tau. Jangan tak like pula." Kata Amri. Dia mula mengukir senyuman.
"Eh asal pulak? Suka hati aku la nak like balik ke tidak. Ig aku." Aisyah bersilang tangan. Dia mendecit.
"Alaa...kau ni. Like la balik." Kata Amri. Dia merayu-rayu.
"Cuba kau bagi aku satu sebab kenapa aku kena like kau punya gambar. Ha? Cuba cakap. Aku kena tau dulu sebabnya apa, then barulah aku like gambar kau balik." Aisyah mengangkat keningnya beberapa kali.
"Tu pun nak kena ada sebab ke? Aku tak ada sebab la. Aku just nak gambar-gambar aku banyak like jer. Tu pun tak boleh?" Amri mendekatkan wajahnya dengan Aisyah yang berada di depannya.
Aisyah mengundur sedikit ke belakang. Terkejut gila bila tengok muka laki tu terlalu dekat dengan dirinya. Dah la handsome. Ya allah!
"Sebab tu je?" Aisyah membesarkan matanya. Bahu Amri ditolak menjauh darinya. Tak perlulah nak berdiri dekat sangat.
Boleh pecah jantung saya ni tau!!
"Cehh malas aku layan kau ni tau. Dah bye. Aku nak balik. Daripada layan kau, memang takkan habis." Aisyah membuat muka.
"Eh tunggulaa dulu." Kata Amri.
"Taknak."
*
*
*
*
*
Heyyo guys! Sory tau sbb da lme x update... lately sya busy sgt2.. hahahahah.
. Busy with kje skola.... and sye tak berapa nak ada idea utk smbung cite..Haheheheheheheh...
Hope you all suka la bab baru ni.. keep voting♥♥
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...