Nadhirah dan tiga orang rakannya sibuk menjamu selera di sebuah kedai makan yang berdekatan dengan sekolahnya iaitu 'BJ79'.
Balik daripada sekolah, Nadhirah yang teringin makan di luar. Katanya sudah lama tekaknya tidak makan chicken chop. Jadi dia pun mengajak Ain, Syahirah dan juga Wana.
Sedang mereka sibuk melayan diri masing-masing yang lagi makan, Syahirah terus memulakan perbualan.
"Weh? Tak ada gossip ke? Bosan dho ! Korang ni pun satu, makan lambat sangat. Aku ni dari tadi dah siap makan tau. Tengok!"
Pinggan licin yang berada di depannya diangkat tinggi.
"Eh kau niy! Jangan la angkat pinggan tu. Orang lain tengok la. Malu sikit." Nadhirah menegur.
Matanya melihat ke kiri ke kanan. Terdapat mata-mata yang memerhati mereka.
"Sorry sorry. Ha wei ni baru aku nak tanya, kau tak ajak Aisyah sekali ke keluar makan dengan kita ni? Karang ada jugak dia merajuk sebab kita tak ajak dia." Kata Syahirah.
Meja diketuk perlahan.
"Kau ni. Makanan habis baru kau nak tanya ke? Baik kau tanya aku balik nanti je. Lagi bagus. Kalau tak kau tanya aku malam nanti. Lagi boek!" Nadhirah mengangkat ibu jarinya ke arah Syahirah.
Syahirah sekadar ketawa kecil melihat kawannya itu marah padanya.
"Alahai kau ni. Kita orang dah ajak la. Macam kau tak kenal dengan nenek dia tu! Mana boleh nak senang-senang bagi cucu dia keluar. Lagi-lagi tahun SPM ni. Nanti ada jugak kau tengok parang terbang atas kepala kau. Waktu tu kau tahu tahu je la." Wana menyampuk.
Sejujurnya dia sudah 'masak' dengan perangai nenek Aisyah. Jenis yang agak mengongkong cucu. Tapi mungkin itu cuma perasaannya sahaja.
Mungkin neneknya terlalu menyayangi Aisyah, sebab itulah dia tidak akan sewenang-wenangnya memberi cucunya keluar daripada rumah.
Syahirah dan yang lain hanya mengangguk mengerti.
"Wei wei wei! Ni ha, aku baru teringat! Hari tu aku lupa nak citer kat korang. Hari tu kan hari sukan kan? Ada cikgu baru wei! Cikgu le-la-ki!" Perkataan lelaki itu disebut satu persatu.
Matanya sengaja dibesarkan.
"Cikgu baru! Siapa nama dia??" Ain terhenti daripada makan. Dia lebih tertarik dengan cerita kawannya itu.
"Haah! Nama tu aku kurang ingat la pula. Tapi macam ada nama Su.... Fi? Erm Sufi gitu la..lebih kurang. Muka macam footballer beb! Mantap dijiwa! Takkan la korang tak nampak dia waktu hari sukan hari tu? Dia la yang adjust pasal perbarisan apa semua tu." Jelas Wana.
"Tak, aku tak perasan langsung." Jawab Nadhirah. Dia cuba mengingati kembali peristiwa di hari sukan hari itu. Susah!
Rasanya dia tidak pernah melihat cikgu lelaki lain selain Cikgu Nasar, Cikgu Nasir, Cikgu Razi, Cikgu Radhi, Cikgu Fijaiji, Cikgu Munir dan juga Cikgu Hazwan di sekolah itu.
"Alah... muka dia serius sipi-sipi macam footballer." Wajah rakanya dipandang satu persatu. Mungkin ada yang diantara mereka mengenali cikgu baru itu.
"Footballer yang mana satu ni? Cuba bagitahu sikit." Ujar Ain. Dia berasa ingin tahu.
"Jap. Biar aku ingat.... erm. Muka dia macam ni ha, Shahrul Saad! Captain Perak!" Kata Wana. Jarinya dipetik.
"Serious la?? Mak ai! Shahrul Saad kot! Bukan kaleng-kaleng. Mesti handsome kan? Ah!!!"
Ain mula berimaginasi akan cikgu barunya yang seperti Sharul Saad itu.
Nadhirah dan Syahirah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Ain. Mengelibas. Tersenyum-senyum. Belum juga dah bayang-bayang lebih.
Wana tersenyum.
"Hans Arwana!" Tiba-tiba nama Wana dipanggil oleh seseorang. Lekas-lekas dia menoleh mencari si empunya suara.
Rakan-rakannya yang lain juga turut menoleh.
"Eh,Wafiq!" Syahirah menegur.
"Hai!" Tangannya diangkat pada gadis yang memanggilnya itu.Wana terdiam. Itulah Wafiq. Abangnya. Nama penuh Hans Amwafiq. Habislah dia kena kejap lagi.
"Abang." Wana berdiri dari tempat duduk. Wajah abangnya dipandang.
"Kenapa tak balik lagi ni? Ha?" Soal Wafiq.
"Erm. Bukan ker abang ada kelas tambahan. Kenapa balik awal?" Jam tangannya dikerling. Baru pukul 2.30. Selalunya dia balik pukul 3.
Wana dan abangnya sama umur. Dan boleh dikatakan bahawa mereka adalah twins. But not at the same gender.
"Tak payah la nak tukar topik. Tahu tak ibu kat rumah risau? Ni, adik ada kat sini sedap-sedap je makan." Abangnya marah.
"Sorry la. Adik lupa la nak bagitahu ibu." Wana menunduk.
"Abang ni pun satu. Jangan la nak serius sangat." Bahu abangnya ditumbuk perlahan.
"Mengada. Dah jom balik." Wafiq mengajak adiknya.
"Naik apa? Jalan kaki ke?" Soal Wana.
"Tak la. Naik kuda tu ha. Tu ada tunggu kat depan sana." Abangnya membuat muka selamba.
"Wafiq!" Wana buat muka marah.
"Dah tahu kita ni naik motor pergi sekolah masih lagi sibuk nak tanya. Bengap." Kepala adiknya ditunjal.
"Eh biadab betul Wafiq ni. Nak tunjal kepala orang pula. Bagitahu ibu." Wana mengugut.
"Ngadu la. Fikir kisah ke?" Wafiq membuat muka didepan adiknya.
Wana menahan marah.
"Malas nak balik. Balik sendiri." Tangannya disilang ke depan."Dah dah. Tak payah nak ngada-ngada. Jom balik."
Wajah abangnya dipandang tajam.
"Kalau macam tu aku balik dulu la ye? Esok jumpa. Bye!" Wana melambaikan tangannya ke arah rakan-rakannya.
Mereka yang lain turut membalas lambaiannya.
*
*
*
*
*
*I'm done! Siap pun bab 4. Hari tu sibuk nak kata trial dah nak dekat la apa lah. Ni sibuk lagi naik taip bagai. Hahahahah.
Sorry ye. Saya ni sengal sikit. Sikit je. Ahahahahah
Silalah support sye ye?? Kalau ada typo tu maaflah. Sya trkejar2 masa taip citer ni.
Hope awk sume suka ye?? Bye!
Vote and comment♥
YOU ARE READING
Love You My Crush
AcakTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...