Seminggu sudah berlalu. Dan sepanjang itulah juga Amri tidak hadir. Apabila guru menanya, mengapa Amri tidak hadir tiada seorang pun yang tahu.
Malah kawan baiknya iaitu Haziq, Hazim dan Wafiq juga tidak tahu.
Sepanjang ketiadaan Amri, hanya Aisyah sahaja yang asyik memikirkannya.
"Syah, kau termenung apa?" Suara Shahniz yang duduk di depannya mengejutkannya.
"Haah Syah. Kau termenung apa jerk? ABC kat depan kau tu pun dah makin cair." Kini Maisarah yang duduk disebelahnya pula berbunyi.
Selepas pulang daripada sekolah, mereka bersepuluh telah berjanji untuk makan air batu campur bersama. Dapatlah mereka meluangkan masa bersama.
Ingatkan apabila keluar bersama ada juga benda yang boleh dibualkan tetapi tidak. Mereka semua diam membisu dan hanya fokus pada makanan masing-masing.
"Mana ada aku termenung. Aku just terfikir something je." Ujar Aisyah. Sempat dia menghirup air daripada ABC nya.
"Fikir apa? Macam penting sangat. Cuba cerita." Aleysa ingin tahu.
Aisyah mengeluh perlahan.
"Macam ni senanya kau tahu tak yang si Amri tu dah seminggu tak datang? Aku pelik la. Aku risau. Entah okey ke tidak dia tu."
Suara Aisyah sedikit mendatar. Matanya fokus pada satu persatu wajah kawannya.
"Haah. Aku pelik la jugak. Iyela, seminggu kot dia tak datang. Tak pernah-pernah dia macam ni. Kalau tak datang pun mesti sehari dua gitu je." Kata Maisarah selaku rakan sekelasnya juga.
"Maybe dia ada emergency kot. Kena balik kampung. Mana tahu.." Syahirah pula membuat andaian.
Walaupun begitu, wajah Aisyah tetap resah. Risau menguasai dirinya.
"Relax la Syah." Maisarah yang duduk di sebelah kanan menepuk-nepuk perlahan bahu Aisyah.
"Macam ni la, apa kata kita jenguk Amri besok? Esokkan Jumaat. Cuti. So, bolehlah kita pergi rumah dia. Apa cam? Nak pergi tak?" Nadhirah memberi cadangan.
Matanya terkelip-kelip memandang wajah Aisyah. Dia mengharapkan Aisyah untuk bersetuju dengan cadangannya.
"Boleh weh boleh! Lagipun aku bosan duduk rumah. Jom laa geng!" Ain terlebih dahulu bersetuju dengan cadangannya Nadhirah.
Aisyah berfikir sejenak. Ada benar juga kata-kata kawannya itu. Daripada melayan rasa risau ini lebih baik dia datang terus ke rumah Amri.
"Boleh jugak tu. So, siapa je nak pergi besok?" Kini Aisyah boleh menguntumkan senyuman.
Rasa risau sedikit hilang.
"Aku on je. Yang lain?" Mata Nadhirah beralih ke arah kawannya yang lain.
"Aku pergi." Kata Syahirah, Maisarah, Aleysa, Yanie dan Ain secara serentak.
Hanya Wana, Sofea dan Shahniz sahaja yang mendiamkan diri.
"Aku faham alasan si Shahniz ngan Sofea ni tak pergi. Tapi yang kau ni Wana tak nak pergi ni dah kenapa?" Soal Aisyah pelik.
Wana tersengih seketika.
"Aku bukannya tak nak pergi. Tapi tulah, aku dah banyak kali keluar weh. Mak aku dah bising dah kat rumah. Bukannya mak aku sorang je yang bising, budak laki tu pun satu nak bising jugak." Mata Wana digulingkan ke atas.
Budak laki mana lagi kalau bukan abangnya. Hanya itulah satu-satunya adik beradik yang dia ada.Kalau ayahnya relax je. Tenang.
Yang lain mengangguk faham.
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...