Maisarah duduk berteleku di atas sofa. Dari tadi dia diam membisu. Kepalanya asyik-asyik terbayang kan kejadian tempoh hari.
Kejadian yang amat membuatkannya tertanya-tanya. Apa sebenarnya dah jadi? Kenapa boleh jadi macam ni? Semualah dia nak tahu.
Ain datang dan terus mengambil tempat duduk di sebelah Mai. Kat rumah Mai tak ada orang,so boleh la dia datang lepak. Kalau ada parents si Mai,memang tak adalah dia ke sini.
Wajah Mai di sebelahnya di perhati. Pikir apalah si budak ni. Dari tadi auw. Geram pula aku.
Satu cubitan hinggap di lengan Mai. Terus menjerit kesakitan gadis itu. Wajah Ain dipandang tajam.
"Kau pehal hah? Tak ada keje ae nak cubit orang? Lempang kang!" Maisarah geram. Laju saja tangannya menepuk-nepuk paha Ain.
Bukan setakat tepuk-tepuk je auw, lempang pun ada. Nasib baiklaaa sempat si Ain tu elak. Kalau tak tadi,memang merah ah pipi dia .
"Uishh. Sikit je lagi tadi. Kalau kena tangan kau kat pipi aku, memang mintak kaki." Kata Ain. Dia menggoyang-goyangkan kakinya.
Maisarah menjeleng.
"Kau fikir apa hah dari tadi? Aku bosan auw datang rumah kau tapi kau tak borak ngan aku." Ain bersuara. Dia membetulkan posisi duduknya agar dia dapat melihat wajah kawannya itu dengan selesa.
"Fikir apa lagi. Fikir pasal Aisyah la. Aku en makin hari makin sakit kepala aku ni fikir pasal dia. Aih!" Maisarah mengeluh. Tergeleng-geleng kepalanya.
Ain mengerutkan dahinya. Ingatkan fikir pasal diri sendiri rupanya fikir pasal orang lain. Ceh!
"Yang kau sibuk-sibuk nak fikir pasal orang lain ni da kenapa? Ha? Dah tak ada benda lain ae kau nak fikir dalam kepala tu?" Ain menyoal.
Sekali lagi satu tepukan mengena pada tangan Ain.
"Ha,kau ni en. Aku risau pasal Aisyah tau. Dia tu kawan kita,so of course la kita kena risau. Kalau bukan kita yang risau,siapa lagi nak risaukan pasal dia?" Kata Mai.
"Okela okela. So,kau fikir apa pasal dia ni?" Ain akhirnya ingin mendengar cerita daripada Maisarah.
Dia menongkat dagu memandang gadis itu dihadapannya. Bila ngan si Mai ni,semua benda dia kena dengar,kalau tak nanti takut dia koyak pula. Biasalaa...budak manja ni.
"Kau tak tahu agi ke wei pasal Aisyah ni?" Maisarah bersila di depan Ain.
"Pasal apa,apa? Aku ni mana la tahu. Da kau sorang je yang selalu ngan dia. Bukannya aku." Kata Ain. Dia mengeluh kecil.
Maisarah mendecit.
"Ni haritu. Aku ngan Sofea ada keluar ngan Aisyah sesama. Gi mana tah aku lupa. Patu, si Sofea ni pergi kacau-kacau Aisyah pasal Amri. Then tetiba si Aisyah tu naik hantu lak. Terkejut siak aku." Maisarah membuat muka terkejutnya. Dia menggelengkan kepala.
Memang tak boleh blah pasal tu.
"Siyes ah? Kenapa? Aisyah ni ada something ah." Ain menggaru-garu dagunya. Aisyah ni memang susah. Da la dia tu suka berahsia. Memang jarang gila dia nak cerita masalah dia ngan kawan-kawan.
"Aku pun tak tahu. Dia ngan Sofea sekarang tengah tak boek ah. Sofea majuk sebab Aisyah tetiba marah dia." Kata Maisarah.
"Uish! Sampai gitu sekali ae. Cuba kau cerita betul-betul cane kejadiannya sekarang ni. Aku nak faham betul-betul ni." Kata Ain. Dia mendekatkan dirinya dengan Mai.
Kalau sampai merajuk-merajuk ni,mesti kes besar punya.
"Macam ni...."
Flashbacks
Aisyah dan dua orang kawannya berjalan-jalan di mall. Teman si Mai nak beli barang di sini.
Ketika mereka berhenti di restoran yang mereka pernah mereka pergi selepas hari graduasi, Sofea mula teringat-ingat akan Aisyah dan Amri.
Mereka bertiga duduk di meja yang sama seperti selepas hari graduasi ,membuatkan memori itu semakin terbayang-bayang.
"Mai,kau ingat tak sini la tempat kita makan hari tu. Waktu tu kita semua baru lepas habis graduasi. Rindu wei time tu." Kata Sofea. Tersenyum-senyum dia di situ.
"Haah la. Aku baru teringat. Haritu kita ramai-ramai duduk makan kat sini." Maisarah senyum sendiri. Dia juga masih ingat waktu itu.
"Haritu en Aisyah sweet gila kot ngan Amri. Asyik pandang-pandang je." Sofea sengaja menyiku Aisyah yang duduk di sebelahnya.
Aisyah hanya menggeleng. Tiada masa dia mahu melayan kawannya itu.
"Eleh...ingat aku tak perasan ke hah? Amri tu tak habis-habis tengok kau. Pastu senyum-senyum pula tu! Ish,sweet betul la. Cannot brain ah aku." Sofea tersenyum lebar. Rindu betul la waktu tu. Rasa nak ulang balik je.
Aisyah dicubit-cubitnya. Sweet ah kawan aku ni!
Aisyah mula mendecit. Dia menolak tangan Sofea itu jauh darinya.
Maisarah sekadar menggeleng. Da start da si Sofea ni nak menggelibas. Suka sangat ship Aisyah ngan Amri ni selalu.
"Aku rasa en,Amri suka kau dho! Aku yakin wei." Sofea menepuk-nepuk lengan Aisyah beberapa kali.
Aisyah sudah tidak tahan. Dia bangun daripada tempat duduk dan terus menepis tangan Sofea. Terkejut Sofea akan perlakuan kawannya itu.
"Kau pehal ni Syah?" Sofea mula takut-takut. Semua mata-mata memandang ke arah mereka.
"Engkau tu kenapa! Boleh tak kau stop cakap pasal dia ngan aku. Aku tak suka! Faham tak? AKU TAK SUKA!" Suara Aisyah berkumandang kuat di dalam restoran itu.
Maisarah sudah tidak senang duduk. Dia semakin risau apabila semua pelanggan di restoran itu mula membisik-bisik sesama mereka.
"Cah. Cah. Relax Cah. Jangan buat hal kat sini Cah. Orang semua tengok kita ni." Maisarah menahan tangan Aisyah. Dia menarik tangan itu supaya Aisyah duduk. Dia cuba memberi senyuman kepada kawannya.
"Lepaslah!" Suara Aisyah semakin meninggi. Sampaikan restoran yang berhadapan di restoran itupun dapat mendengar suara Aisyah.
"Syah,kau kenapa ni tetiba naik darah? Datang bulan ke apa?" Sofea cuba memperlahankan suaranya.
"Kau tak payah nak sibuk la." Aisyah mencerlung tajam mata Sofea itu.
"Kau ni dah kenapa hah Cah? Aku tak suka la kau tetiba macam ni? Kau ada masalah ke ngan Amri? Sebab aku cerita pasal dia ke kau marah aku?" Tangan Aisyah cuba digapainya.
Tetapi malang,Aisyah lebih laju menarik tangannya.
"Dah la! Tak payah ah nak cerita pasal dia. Aku da tak nak dengar lagi pasal dia. Aku tak suka! Mulai sekarang kalau korang cakap lagi pasal dia,aku takkan layan." Kata Aisyah. Dia mula mengemas beg tangannya.
Maisarah semakin risau. Keadaan jadi tidak keruan. Sofea yang duduk di sebelah mula diam membisu.
"Cah,kau berkemas ni kau nak gi mana?" Maisarah bangun daripada tempat duduk. Dia mahu menahan kawannya itu.
"Aku nak balik."
"Tunggu la dulu. Kita balik sama-sama. Kan abang Pea nanti amik kita." Kata Maisarah.
"Takpe ah. Kau balik je ngn Sofea. Aku bole balik sendiri. Naik grab." Tanpa membuang masa, Aisyah terus meninggalkan tempat itu.
Dia langsung tidak menoleh lagi. Laju saja jalannya.
Maisarah dan Sofea terkesima di situ. Sanggup Aisyah balik sendirian tanpa mereka.
End flashbacks
*
*
*
*
*
Heyyo gais! Sorry for the late update. Lately sye x de idea sgt utk smbung chap yg seterusnya😂biasalaa..da nak ujung2 ni makin susa nak fikir utk buat chap yg bru..Hope you all suka la bab yg ini yer!please stay tuned for the last chap nnti!muah!!! love you gais!!
Vote and comment! Any typo,im sorry 🙏
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...