34~Nampak

306 22 0
                                    

Selepas beberapa hari memerap di dalam rumah, akhirnya Ain dan Nadhirah sudahpun mendapat kerja. Selama ini mereka sudah banyak kali mencari kerja, tidak dapat-dapat.

Kali ini barulah mereka dapat kerja. Mereka mendapat kerja di restoran Marry Brown's sebagai juruwang.

Ain baru saja tiba di tempat kerja. Sejurus saja dia tiba, dia terus ke bilik persalinan kerana dia belum lagi bertukar baju kerja.

"Baru sampai ke makcik?" Suara seseorang menegur mengejutkannya.

Ain terus menoleh mencari si gerangan. Rupanya si Nadhirah yang menegurnya. Aih! Ingatkan siapalah tadi tegur dia.

"Kau ni kan.. suka betul buat aku terkejut." Marah Ain. Serious wei, aku memang tak suka orang terkejutkan aku.

"Sapa suruh datang lambat? Kau buat apa ha malam tadi? Cuba hang royak kat aku sat." Nadhirah bercekak pinggang memandangnya. Dah macam gaya mak nenek.

Ain mendecit. Sibuk je makcik ni.

"Main phone la apa lagi? Eh, dah la aku nak tuka baju lu. Kau ni memang suka buat aku lambat. Da bye!" Ain melambai. Dia terus memasuki bilik persalinan.

Nadhirah menjeling. Dia yang lambat, aku pulakk kena.  Tak guna kau!

Lekas-lekas Ain menukar baju. Sepantas yang mampu dia menukar baju. Kalau lambat tukar baju takut pulak dibebel lagi oleh si makcik yang bernama Nad tu.

'Oi lama betul kau kat dalam tu?''oi kau tuka baju ke kau buat baju?''oi kau main phone ke kat dalam tu?'

Semua benda boleh dibebelnya. Ni kalau selalu sangat dengannya. Hm, yakin dan pastilah anda akan dibebel olehnya. Sebab mulut dia takkan berhenti seperti mulutnya.

Eh, mulut aku? Hahahah... betul jugak tu. Tapi tak sangat laa.

Selepas selesai sahaja menjkar baku, Ain terus menjalankan tanggungjawabnya. Pagi seperti ini kurang pelanggan, jadi dia mengambil masa ini untuk mengelap meja buat seketika.

Nadhirah kelihatan sibuk mengemop lantai di hujung sana. Jadi, dia tidak bolehlah goyang kaki saja melihat  orang lain bekerja.  So, dia pun perlu membuat sesuatu.

Kain dan penyembur pewangi buat meja di bawa bersama. Satu, persatu meja dilapnya. Dia memastikan meja itu dilap dengan bersih sehingga tiada kotoran mahupun habuk hinggap di meja itu.

Selepas beberapa minit mengemas, akhirnya Ain dan Nadhirah kembali ke position yang sepatutnya diduduki mereka. Ain menjaga di kaunter pertama. Manakala Nadhirah menjaga di kaunter yang kedua.

Bersebelahan je. Kalau waktu senang boleh la borak-borak kejap.

Sedikit demi sedikit pelanggan beransur datang. Pada waktu begini memang orang suka berkunjung ke sini untuk bersarapan. Biasalah breakfast di sini barulah rasa kenyang sikit. Hahahah.

Ain melayani pelanggannya dengan penuh rasa tangggungjawab.

"Selamat pagi encik. Encik nak makan apa.." sehingga pelanggan yang ini, Ain jadi terdiam buat seketika.

Kerana yang dipanggil nya encik sekarang ini ialah bukannya orang yang sepatutnya dipanggil encik. Sungguh dia terkejut melihat si gerangan yang berdiri di hadapannya.

"Hm, hai. Morning." Lelaki di hadapannya itu menjawab. Terlihat lelaki itu ketawa kecil kerana panggilan yang dipanggil oleh Ain.

Ain menunduk. Aduii, malu siakk!
Kemudian dia mengangkat kembali wajahnya.

Lelaki itu diamatinya sekali lagi. Dia harus memastikan yang dia tidak bermimpi. Ternya benar dia tisak bermimpi. Itu ialah Alif. Pelajar tingkatan 5 yang sama kelas dengan kawannya.

Tetapi dia kelihatan jauh lebih berlainan daripada dulu, diaa nampak...

"Em, boleh saya amik order sekarang?" Pertanyaan daripada si dia mengejutkannya daripada mengelamun.

"Ha? Ye ye boleh. Awak nak makan apa?" Ain menyoal. Dia cuba untuk memberikan senyuman yang tidak kekok.

Nadhirah yang lagi sibuk melayan pelanggan di sebelah dipandang buat seketika. Kalau nak pandang depan, rasa malu la pulakk.

Baik tengok tempat lain.

Kenapalahh dia datang sini? Malu la aku kat sinii!!

"Hello?  Awak dengar tak apa saya nak tadi?" Alif melambai-lambaikan tangannya di depan wajah Ain.

Ain terus menoleh ke hadapan.

"Ha? Yeye.. saya dengar. Kejap ye." Ain dengan lajunya, terus menyiapkan makanan yang dipesan oleh lelaki itu.

Ambik itu. Ambik ini. Tup, tup. Dah siap. Makanan yang telah disiapnya tadi terus diberikan kepada Alif. Alif mengambil makanan itu lalu terus berlalu mencari tempat duduk.

Dia mengambil tempat duduk di meja berdekatan dengan pintu masuk.

Ain mencuit-cuit lengan Nadhirah. Ketika itu pelanggan tidak ada lagi.

"Kau nak apa ni?" Nadhirah melemparkan pandangannya ke arah gadis di sebelahnya itu.

"Alah.. bukannnya ada customers lagi pun. Jom la kita borak-borak kejap." Ajak Ain. Dia mendekatkan diri dengan kawannya itu.

Sengaja dia membuat muka comel didepan muka Nadhirah. Mintak simpati katakan.

"Tolong ah wei. Tak yah wat muka cam tu. Geli dho aku." Nadhirah membuat muka kelat.

Serius. Dia memang geli tengok orang buat muka comel ni. Tapi, kalau pakwe dia yang buat muka comel of coss dia takkan geli.

Segera lengan Nadhirah ditepuknya. Geram sekejap. Geli tengok muka comel aku? Come on ah. Muka aku comel kot. Cehh!

"Kau nampak tak lelaki yang kat sana tu?" Ain menjuihkan bibirnya ke arah Alif yang lagi sibuk bermain telefon sambil menjamu makanan.

Nadhirah mengecilkan matanya mencari yang mana satu yang dikatakan oleh kawannya itu. Ok ok.. dah nampak dah.

"Oh yang tu ae. Aku kenal. Ni kan classmates aku ngan Ira. Sape ae nama dia... aduhh. Lupa laa." Nad mengetuk-ngetuk pipinya sendiri. Dia cuba menghadam kembali memorinya.

"Kau ni Nad. Nama classmates sendiri pun lupa. Nama dia Alif la." Ujar Ain.

Apalah dia tu. Nama classmates sendiri pon boleh lupa. Nampak sangat tak care ngan kelas sendiri.

Nadhirah membuat mulut berbentuk 'o' sambil mengangguk. Dia tersengih.

"Kau nampak tak apa yang aku nampak kat dia?" Soal Ain. Dia menongkat dagu.

Nadhirah pelik. Berkerut dahinya ketika itu. Ain ni dah kenapa.

" tak tahu. Apa dia?" Nad ingin tahu.

"Dia nampak smart wei." Kata Ain. Dia tersenyum lebar sampai ke telinga.

Nadhirah ternganga.

*
*
*
*
*
Dah siap. Sorry ye sbb da lme x update. Mesti you all da tunggu. Sorry sesangat. Actually sye x ada idea. Otak srs tak berkembang. Dia tanak membantu.

Insyaallah sya akn cuba utk buat yg trbaik utk next chapter.  Saba ye? Doakan sye ade idea yang mncurah-curah nnti.

Sory again sbb da lme x update. Actually author gak sihat. Ahahahha


Love You My CrushWhere stories live. Discover now