31~Wayang

311 24 0
                                    

Pada hari yang sama, Aisyah dan kawan-kawannya bercadang untuk keluar bersama sekali lagi. Hahahah.. banyak kali kan keluar?

Hari tu tak ada Amri. Now ade dia. So, kiranya ni rezekilah dapat tengok muka dia puas-puas hari ni.

Dia bernasib baik yang ayahnya berada dalam mood yang baik hari ini. Terus dapar green light nak keluar dengan kawan.

Rezeki yang baik!!

Mereka menuju ke Paradigm Mall dengan menaiki 3 buah grab. Amri dan kawan lelakinya menaiki sebuah grab. Aisyah pula dengan Wana, Yanie, Ain, Aisyah Jo dan Syahirah di dalam grab yang sama.

Kawannya yang selebihnya pula menaiki grab yang lain.

Aisyah di dalam grab diam saja. Dia langsung tidak berbual dengan kawan-kawannya. Nak menyampuk perbualan kawannya pun tidak.

Sebenarnya dia merasa begitu teruja dan gembira hari ini. Entahlah mengapa dia merasakan dirinya ialah orang yang paling bertuah hari ini.

Mungkin kerana dia dapat spent time masa dengan si crush kot! Hahahaha.

Yang lagi rasa best nya tu, mereka semua masih lagi berpakaian sekolah. Dapatlah feel feel masih budak sekolah.

Pada mulanya Ain bercadang supaya pulang kerumah terlebih dahulu. Tukar baju.

Tetapi Shahniz berkata yang dia tidak boleh pulang ke rumah. Kalau dia balik pada waktu itu semata-mata untuk menukar pakaian, mesti dia tidak akan dapat keluar lagi.

Al maklum lahh. Mak garang.

Selepas beberapa minit menempuh perjalanan. Akhirnya mereka tiba di pusat beli belah itu. Grab Aisyah tiba terlebih dahulu. Manakala grab Amri dan grab Aleysa belum lagi tiba.

Mereka melangkah masuk ke dalam mall .

Melilau mata Yanie dan Aisyah Jo melihat suasana di situ. Semua kedai penuh dengan sale. Hujung tahun kan?Sudah tidak sabar mereka berdua itu mahu berjalan-jalan mencuci mata di  mall itu.

"Syah, dorang dah sampai la. Tu ha!" Suara Syahirah membuatkannya terus menoleh.

Dengan pantas Aisyah terus mencari kelibat kawan-kawannya yang lain. Ternyata mereka telah tiba lebih awal dari nya. Nasib terjumpa. Kalau tak tadi, mesti dia dengan kawan-kawannya akan tercongok menunggu di pintu masuk ini.

Dengan langkah yang besar, Aisyah mendekati. Yanie dan yang lainnya juga mengikuti daripada belakang.

"So, kita nak pergi mana dulu ni. Kita pergi tengok wayang dulu nak tak??" Soal Aisyah.

Matanya dikelipkan beberapa kali. Dia sudah tidak sabar. Dia mahu menonton wayang. Ada cerita best baru keluar.  Of course kena tengok

Wajah Hazim yang pertama dia lihat. Dia mahu meminta pendapat dia bagi pihak lelaki.

"Hm, kau nak tengok wayang tak Am?" Soalan itu dituju kepada Amri.

Ternganga Aisyah di situ. Geram pula dia dengan Hazim itu. Orang tanya dia, boleh pula dia tanya Amri. Aih!!

Aisyah menggaru dahinya perlahan.  Matanya pula dialihkan ke tempat lain. Sengaja dia membuat tidal tahu.

Amri mengangguk.

"Okey je. Jom." Tanpa teranggak-agak Amri bersetuju.

Aisyah tersenyum menang. Crush. Crush!

Mereka berjalan bersama-sama menuju ke tempat cinema. Yanie dan Aisyah Jo mendahului. Bukan main laju lagi mereka berjalan.  Excited la tu.

Yang masih lagi berada di belakang ialah Wana dan abang kembarnya.

Aisyah yang tidak jauh daripada situ menangkap suara adik beradik itu yang lagi seronok bertekak.

"Aduh, kau ni. Tulah siapa suruh tak bawak duit lebih." Wafiq marah.

Wana sekadar menjeling abangnya. Tak guna punya abang. Berkira dengan adik sendiri. Orang nak pinjam duit sikit je kot.

"Ish Wafiq ni. Nak pinjam duit tu sikit je la. Nanti balik adik  ganti la balik. Jangan la kedekut." Suara Wana sudah naik seoktaf.

Geram juga dapat abang macam tu. Berkira benor dengan adik sendiri.
Lengan bajunya sudah dilipat tinggi. Terasa panas dirinya ketika itu.

Even dalam mall pun still panas tau. Panas kat dalam.

Tepat mata Wana memandang mata abangnya. Takut apa dia. Tak kiralah. Kau abang ke aku adik ke ada aku kesah. Sama umur je!

Wafiq berdecit.

"Ishh yela. Janji ae, nanti ganti." Akhirnya Wafiq mengalah. Malas pula dia mahu bergaduh lagi dengan gadis itu.

Bukan apa nanti muka adiknya itu juga buat dia naik darah. Muka nak mintak kaki. Dok muncung je.

Wana masih dengan muka geramnya. Dia tidak memberi riak apa-apa pun.

"Iyelaa. Orang bagi pinjam duit. Tak payah la buat muka macam tu. Sepak nak sepak?" Adiknya itu sudah buat muka. Matilahh.. susah perempuan ni.

Tapak tangannya ditayangkan.

"Ishh." Wana menolak tangan abangnya ke tepi. Malas betul layan perangai abangnya itu.

Aisyah kembali fokus dalam jalan nya. Dia tidak lagi menoleh ke belakang untuk mendengar perbualan adik-beradik itu.

Kini matanya hanya fokus pada jejaka yang kacak lagi comel lagi smart berkaca mata hitam di depannya itu. Tidak lain dan tidak bukan crush ku la! Amri!

Aih! Kenapa laa aku suka gila kat kau. Dah la handsome. Comel pula tu. Cukup perfect dah kau. Ish! Kau dah menderam aku ni, sampai aku tergila-gila kat kau!

Dalam hati Aisyah sudah ketawa besar. Geli hati dengan kata-katanya sendiri.

"Wei, Syah. Kau dah pehal tersenyum-senyum sorang diri tu." Maisarah di sebelah menyikunya.

Dia perasan akan gadis di sebelahnya itu tidak henti-henti tersenyum sendirian. Dia yang berada di sebelah pun takut juga. Hahahha.. iyelahahh senyum sorang-sorang kot.

"Mana ada aku senyum." Aisyah mendalih.

"Eleh. Macam aku tak nampak." Kata Maisarah. Kening kanannya terangkat-angkat.

"Jaga sikit mata kau. Aku tahu kau dari tadi tengok dia." Maisarah berbisik di sebelah telinga nya.

Aisyah mengecilkan matanya melihat Maisarah. Ish perempuan ni. Suka betul sakat aku. Cepat saja tangannya mencubit lengan Maisarah. Rasakan kamu!

*
*
*
*
*

Done gais! Ok tak bab ni? Hope you all suka la ye? Hahahaha btw sye x de idea sgt. But alhamdulillah allah prmudahkan jln syaa.. inilahh hasilnyaaa.

Hahajs.. bukan kemain lagi ayat saya kan?? Paduu!

That all for now. Vote and comment

Love You My CrushWhere stories live. Discover now