Wana mengeliat. Lehernya diusap-usap. Tekaknya terasa dahaga pula pagi-pagi ini. Orang yang tidur di sebelahnya dicuit-cuit beberapa kali.
"Cah, wei. Aku haus ah. Tolong amikkan air kat bawah boleh tak. "Kata Wana. Matanya masih lagi terpejam rapat ketika itu.
Nasib baiklah Aisyah itu sudi untuk bermalam di rumahnya malam tadi. Kalau tidak memang bosan gila lah dia sensorang kat rumah.
Nak harapkan abang dia. Ceh.. lagilah membosankan.
Bak kata Aisyah malam tadi, dia dapat green light untuk tidur di rumahnya pun sebab bapa dan neneknya tengah mood baik. So, dapatlah dia ke sini.
Aisyah mengosok-gosok matanya beberapa kali. Berat pula mata ni nak buka.
"Pukul berapa ni Wana?" Soal Aisyah. Tangan kanannya jatuh di bahu Wana yang lagi baring di sebelahnya.
Wana membuka matanya sedikit untuk melihat jam loceng di meja tepi katilnya. Pukul 9.30 pagi. Hakalah awal lagi ni. Wana menguap besar. Rambut yang sedikit menutupi matanya ditolak ke belakang.
"Pukul 9.30 pagi ah. Wei aku haus ni. Nak air. Amikkan wei, aku malas ah nak bangun." Wana menelan air liur. Serius, dia haus gila sekarang ni.
Aisyah menolak kawan di sebelahnya itu sehingga jatuh daripada katil. Habis meraung kesakitan Wana ketika itu. Mana taknya punggungnya sudah mencium lantai.
Memang sakit la.
"Oi, asal tolak aku! Sakit tahu tak?" Kata Wana. Kini matanya sudahpun terbuka luas dan seluasnya.
Wajah Aisyah yang masih berselimut di atas katilnya dipandang dengan lama. Aisyah hanya tersenyum apabila matanya terbuka dan terlihat Wana memberi pandangan maut padanya.
"Hehe. Sory tertolak. Kau amik la air sendiri. Pemalas betul la kau ni." Kata Aisyah. Dia bangun melihat Wana yang masih lagi duduk di lantai.
"Alah kau ni, suro amik air je pon." Kata Wana. Mulutnya memuncung.
"Apa buat mulut gitu. Takyah nak malas sangat ae. Aku sepak kau kang." Aisyah mengugut kawannya.
"Ishh yela yela." Kata Wana. Dia berdiri tegak. Sempat dia membuat renggangan (?) untuk mengendurkan urat-uratnya.
Dia berjalan membuka pintu untuk menuju ke bawah mengambil air. Tetapi sebelum itu, dia masuk ke dalam tandas terlebih dahulu untuk mencuci muka dan mengosok gigi.
Setelah selesai dia pun keluar.Apabila dia ingin melangkah menuruni tangga, Aisyah tiba-tiba memanggil namanya.
Wana pun berhenti dan terus menoleh ke arah Aisyah yang mula duduk di birai katil dan siap-siap untuk memakai tudung. Biasalah kat rumah orang kan. Lagi-lagi ada lelaki. So, tudung mestilah kena guna.
"Kau apsal tak guna tudung? Bukan ke Haziq ada kat rumah kau? Kau lupa ke?" Aisyah menanya. Takkan la minah ni lupa pulak kan. Umur muda lagi. Takkan da jadi pelupa kot.
" Aku dengar abang aku borak ngan Haziq pukul 8 tadi. Haziq da balik. Don't worry la." Kata Wana. Dia mengukir senyuman. Lega jantung ni ha bila laki tu dah balik.
Rambutnya yang tidak terikat itu membuatkannya terasa rimas. Dia mencari getah rambut di tangannya. Tak adalah pulak. Mana la pergi getah rambut aku ni.
"Aisyah, kat meja tu ada getah rambut tak?" Wana menyoal di muka pintu bilik.
Aisyah mencari getah rambut seperti yang diminta oleh kawannya.
"Tak adalah wei. Mesti kau ada tercicir kat mana-mana ni. Cari la kat bawah sana." Ujar Aisyah.
"Okela." Jawab Wana.
Laju saja langkahnya menuruni tangga. Meja di ruang tamu dilihat untuk mencari getah rambutnya. Tak ada. Pasu bunga palsu di atas meja diangkat sekiranya ada getahnya di situ. Sayangnya getahnya tiada si situ.
Almari kecil di tepi tv nya dibuka.
Ha, adapun.
Dia mula mengikat rambutnya yang serabai itu dengan gaya ponytail. Selepas rambutnya diikat kemas, kakinya dihayun menuju ke dapur. Terlihat sudah tersedia sarapan pagi di atas meja itu.
Siap air milo panas dengan sandwich. Ternganga Wana melihat sarapan itu dipagi ini. Mimpi apa abang aku buat sarapan ni. Dia tersenyum.
Air milo yang tersedia di dalam cawan itu dihirup perlahan. Sedap.
Abangnya yang sedang membelakanginya dilihat. Ada bau aroma teh yang dihidunya. Tengah buat teh la tu. Fikir Wana.
Wana berjalan penuh berhati-hati mendekati abangnya. Baju abangnya itu dipegang lalu dipeluknya erat. Kira bagi back hug la pagi-pagi ni.
Wangi betul abangnya itu. Ada bau cologne bapanya pada baju abangnya.
"Morning my dearest abang! Wanginya abang hari ni." Wana menyembam (?) kan mukanya pada belakang badan abangnya. Serius wei,wangi betul abangnya hari ni. Lama dia menghidu bau wangian pada baju abangnya.
Wafiq yang dipeluknya itu hanya kaku ditempatnya.
"Rajin betul abang masak hari ni kan. Ni la nak sayang ni." Wana tersengih. Dia semakin mengetatkan lagi pelukannya.
"Wei Wana!" Suara Aisyah yang kuat mengejutkannya.
Wana menoleh melihat wajah gadis itu yang baru saja turun dari tingkat atas. Wajah gadis itu pucat.
"Apadia?" Kata Wana.
"Kau buat apa wei?" Tergagap suara Aisyah berkata.
"Aku buat apa, apa?" Dahi Wana berkerut-kerut. Da kenapa pula ngan makcik ni.
*
*
*
*
*Hey guys! So how about this chap? Oke tak?? Hhhahahaha. Hope penulisan saya okela yer. Kalau tak oke tu maap la... biasalah budak skola en.
If ade ayat yg x cun sorry sangat2. If ada typo pun sory ae.
Rajin-rajinla ye tekan vote utk saya. Hahahhahah. Tq!
YOU ARE READING
Love You My Crush
РазноеTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...