Pada pagi itu, Aisyah terkelam kabut untuk bersiap. Keadaan di dalam biliknya menjadi tidak terurus dengan pakaian yang berada di atas katil dan bantal yang berada di atas lantai.
Semalam dia tidur lewat pada jam 1.30 pagi kerana sibuk bermain game. Disebabkam hal itu lah dia bangun lewat hari ini.
Tudung yang telah diseterika nya tadi diambil dan terus dipasang pada kepala. Cermin yang tersangkut kemas di dinding dilihat.
Dia perlu kelihatan kemas pada hari ini. Hari graduasi kot! Buat kat hotel kau! Of course la kena cantik-cantik.
Habis sekolah♥
Setelah selesai memakai baju dan tudungnya, dia pun bergerak ke bawah. Dia terus ke tempat rak kasut. Tangannya ligat mencari-cari kasut yang akan dipakainya kelak.
Suara seseorang menegur daripada belakang mengejutkannya.
"Aisyah? Awalnya nak pasang kasut. Sarapan la dulu. Hotel tu takkan lari la." Ujar neneknya.
Neneknya itu bercekak pinggang menegurnya. Dengan matanya yang kecil.
"Ala nek. Kena cepat ni. Nanti lambat. Dah lah hotel tu jauh. Nanti jalan jammed pula pagi-pagi ni." Kata Aisyah.
Dia mula berdecit. Aih!
Kasut yang mahu dipakainya tiada di dalam rak kasut. Puas dia mencari, sampai berselerak tempat kasut itu.
"Nek, mana kasut yang ayah beli untuk Aisyah ae? Nenek ada nampak tak?" Aisyah menyoal.
"Kasut kau ada kat bilik bawah tu. Ehh kau ni, boleh pula lupa. Padahal dia sendiri yang letak kasut tu kat situ." Nenek nya mengeluh.
Susah dapat cucu macam ni. Selalu lupa.
Aisyah hanya tersengih. Dia berlari masuk ke dalam semula untuk mencari kasut.
Kasut yang ingin dipakai akhirnya dijumpai. Terus lebar senyumannya disitu. Tidak sabar dia mahu ke hotel itu. Mesti best!
"Nek, ayah mana? Dah lambat ni. Batang hidung dia pun Ecah tak nampak." Ujar Aisyah. Dia mencari-cari ayahnya.
"Dia pergi isi minyak kejap. Ni, makan la dulu. Tak payah nak cepat-cepat sangat." Neneknya mengambil tempat duduk di meja makan.
Aisyah sekadar mengangguk. Dia mengambil tempat duduk di sebelah neneknya. Roti bakar yang siap terhidang meja makan diambil lalu disuapkan ke dalam mulut.
Laju saja mulutnya mengunyah. Air teh yang telah dituang ke dalam cawan juga dihirup seketika. Hmm.. sedap.
Tangannya mengambil roti bakar buat kali kedua. Makan sekali mesti nak lagi. Hahahah
"Nek, Aleeya mana?" Soal Aisyah.
"Dia kan sekolah. Hari ni kan hari Isnin. Lupa lagi la tu." Kata neneknya.
Aisyah ketawa. Kenapalah dengan diri dia hari ni. Nak lupa je keje.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Dengan lantas, Aisyah mengambil telefonnya di dalam poket baju.
Nama Ain tertera di kaca skrin.
"Ha, hello. Ada apa call ni?" Tanya Aisyah. Mulutnya masih lagi ralit mengunyah makanan.
"Ha Syah. Kau dah sampai ke belum?" Suara Ain di corong telefon kedengaran kuat di telinganya.
"Oi, kuat betul suara kau. Selow sikit tak boleh ke? Aku tak sampai lagi la. Aku still kat rumah ni." Kata Aisyah.
"Oh, yeke? Aku ingatkan kau dah sampai. "
"Kau dah sampai ke?" Kini gilirannya untuk menanya.
"Dah lama aku sampai wei. Mak aku, kata pergi awal nanti tak de la lambat sampai. Ni, aku ngan Ira. Dia pun baru je sampai." Ujar Ain.
Kedengaran bunyi riuh rendah di corong telefon. Mungkin sudah ramai pelajar tingkatan 5 sudah tiba. Itulah yang bunyi bising sikit..
"Ohh. Ira pon dah sampai? Yang lain? Dah sampai ke? Nad, Sofea sume." Aisyah menanya lagi.
Dia menunggu jawapan daripada Ain.
"Haah. Dia dah sampai. Dia datang dengan mak dia. Nad belum sampai. Sofea ada tu. Lagi borak dengan mak bapak dia. Shahniz, Aleysa, Yanie and Mai pergi toilet kejap. Katanya nak betulkan tudung." Jelas Ain.
Aisyah mengangguk.
"Wana tak datang ke?" Aisyah pelik. Nama gadis itu saja belum disebut oleh nya.
"Lupa pula. Wana ada je. Baru sampai juga tadi. Dia lagi tangkap gambar dengan abang dia." Kata Ain.
Aisyah mula tidak sabar. Mesti best! Pakai baju graduasi. Tangkap gambar. Wah!
"Ok la. Nanti call aku lagi. Bye, jumpa kat sana." Kata Aisyah.
Panggilan terus dimatikan. Air teh dihabiskan dengan sekali teguk.
Selepas itu, dia bergerak ke sinki untuk membasuh tangan. Tangannya dicuci dengan rapi agar tidak kotor.
Deruman kereta daripada luar rumah membuatkannya terus berlari ke muka pintu. Terlihat ayahnya baru sahaja tiba selesai mengisi minyak.
Lelaki itu sedang bermain telefon di dalam kereta.
Kasut yang telah diletakkan di depan pintu itu diambil. Dia mengambil tempat duduk di luar rumah untuk memakai kasut.
Sempat baju kurung sekolahnya diangkat. Takut nanti ronyok pula baju.
Pertama kali dalam sejarah, sekolahnya itu membuat graduasi di luar dengan memakai baju uniform sekolah. Sebelum sebelum ini tidak pernah pula begini.
Selalunya, mereka akan memakai baju biasa saja pada hari graduasi. Kali ini, kira macam special la. Pakai baju sekolah untuk kali terakhir.
Selepas sahaja memakai kasut, dia kembali ke depan pintu.
"Nek. Oh, nek." Dia memanggil neneknya.
Tiada jawapan. Mungkin neneknya lagi berada di dapur kot. Dia mencuba sekali lagi.
"Nenek!" Kali ini suaranya lebih kuat.
"Iye ada apa? Nenek tak pekak lagi la." Kata neneknya. Wajahnya mula cemberut. Dia berjalan perlahan ke muka pintu.
"Nenek tak siap lagi ni kenapa? Tak ikut ke?" Soal Aisyah. Dia melihat neneknya dari atas ke bawah.
Neneknya ketika itu masih lagi dengan baju biasa dan kain batik.
"Tak. Nenek tak pergi. Kaki ni masih lenguh. Tak pelaa pergi je sana." Ujar neneknya.
Aisyah mengangguk sekali.
"Ok la nek, bye!" Sempat tangan tua neneknya itu disalami. Selepas itu, barulah dia berlari menuju ke kereta.
*
*
*
*
*Done done. Bce laa. Hope ok la bab ni ae??
YOU ARE READING
Love You My Crush
RandomTajuk: Love You My Crush Penulis: Nur Syazwana Izaty♥ ~SINOPSIS~ Comel. Tembam. Pintar. Semuanya ada pada gadis yang bernama Nurul Aisyah ini. Dia lah kebanggaan keluarganya dan kebanggaan sekolah. Dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap...