1.20 // new rival?

1.7K 266 39
                                    

Kawasan tempat penonton sudah hampir penuh membuatkan Taeri, Jay dan Sunghoon sukar untuk mencari tempat duduk. Setelah lama mencari akhirnya mereka dapat juga duduk.

" Awak nak sikit? " soal Jay yang berada di sebelah kanannya itu. Snek yang berada di tangan Jay itu dipandang lalu dia menggeleng perlahan.

Jay hanya senyum dan sambung mengunyah snek itu. Manakala Taeri, matanya meliar ke kiri dan kanan mencari lelaki itu tetapi tiada. Sunghoon yang duduk di sebelahnya sedar akan itu. Dia senyum nipis.

" Ehem, cari Jake ke? " soal Sunghoon dalam keadaan berbisik. Taeri menoleh ke sebelah kiri dan hanya senyum kekok.

Mana mungkin dia akan mengaku di hadapan Sunghoon? Walaupun lelaki itu sudah mengetahuinya dia tetap tidak akan mengaku. Kalau tak habis tujuh keturunan dia diejek oleh Sunghoon.

Tidak lama kemudian, orang dicari oleh Taeri muncul bersama jersey bola yang tersarung di tubuhnya. Dia mendekati tiga orang itu bersama senyuman manisnya. Taeri mengukir senyuman nipis, tidak mahu orang lain ataupun Jay sedar akan itu.

Para pelajar perempuan yang menyedari kehadiran Jake itu mula menjerit kegembiraan. Seolah lelaki itu datang untuk menemui mereka.

" Jay! Hoon! Puas aku cari, ingatkan tak datang tadi? " soal Jake sebaik sahaja dia tiba di situ. Sama seperti Taeri dia cuba mengawal dirinya dari disedari oleh orang lain. Dia cuba untuk tidak menegur Taeri walaupun mulutnya mahu melakukannya.

Pandangan jatuh ke Taeri, " dan tak sangka kau datang. "

Taeri tidak tahu mahu membalas apa jadi dia cuma angguk dan senyum sahaja. Dia masih tidak biasa dengan Jake yang baik, soft-spoken. Sangat tidak baik untuk jantungnya. Mereka berbual kosong sebelum Jake dipanggil untuk bersedia.

Perlawanan akhirnya bermula dengan pihak lawan yang menyerang dahulu. Mata Taeri hanya tertumpu kepada Jake dan bibirnya tanpa sedar mengukir senyuman lebar. Jika mahu jujur Taeri tidak terlalu suka dengan permainan bola sepak namun kini dia mempunyai sebab utamanya. Iaitu Jake.

Ketika bola berjaya dijaringkan oleh Jake semua penonton bersorak. Termasuk Jay, Sunghoon dan Taeri.

" GO JAKE GO! "

" WELL DONE, SHIM JAEYUN! " jerit Jay membuatkan Jake menoleh ke arah mereka bertiga. Dia hanya mengukir segaris senyuman lalu fokus pada perlawanan semula.

Taeri tidak mahu menafikan perasaannya. Dia sudah mulai membuka hatinya untul Jake. Walaupun lelaki itu menghalangnya.

" Win this game for me. " bisik Taeri.

¦

Perlawanan tamat sekitar pukul 7 dan tiada kata yang dapat Taeri luahkan saat sekolah mereka memenangi perlawanan itu. Jay, Sunghoon dan Taeri memeluk sesama mereka ketika pemenang diumumkan.

Selepas perlawanan Jake mengajak mereka ke kedai barbeku yang biasa dikunjungi oleh mereka bertiga selepas habis sekolah. Taeri mahu segera pulang namun Jay mengajaknya dan dia hanya bersetuju.

Tetapi Jake membawa lagi seorang lelaki dari pasukan bolanya yang Taeri tidak tahu apa namanya. Lelaki itu duduk di hadapannya dan memberikan senyuman manisnya. Comel, hanya itu yang muncul di fikiran Taeri.

Lelaki itu memandang Taeri, " awak mesti Kang Taeri? Saya Lee Heeseung. "

Taeri membalas dengan senyuman dan Heeseung tidak dapat menahan dirinya dari mengukir senyuman juga. Sunghoon yang berada dia sebelah Heeseung itu batuk kecil.

" Bila daging nak sampai ni? Aku lapar. " ujar Sunghoon membuatkan tiga lelaki itu memandangnya sambil mencebik.

" Kau nak cepat pergi beli sendiri. Aku belanja Heeseung hyung, Jay dengan Taeri ja. " balas Jake yang tanpa sedar menyebut nama Taeri.

Sunghoon yang mendengar itu segera mengangkat kedua - dua tangannya. Tanda mengalah dengan lelaki itu. Lagipun dia lupa untuk bawa beg dompet bersamanya tadi. Walaupun dia tahu selepas melihat wajah kacaknya orang sanggup memberinya secara percuma.

Mereka berbual kosong dan Jake dapat lihat dengan jelas betapa mesranya Heeseung dan Jay ketika bercakap dengan Taeri. Hatinya mulai tidak senang duduk. Adakah Heeseung juga?

Menolak semua itu perhatian Jake kembali kepada daging yang dipesannya. Pada masa itu juga seorang pekerja sampai dan meletakkan dulang yang dipenuhi dengan daging. Jay dan Heeseung mulai membakar daging.

" Awak tak nak makan ke Taeri? " soal Sunghoon sambil menyuapkan sepotong daging ke dalam mulutnya.

" Saya nak makan la ni— "

" Biar saya pilihkan! "

Taeri terkedu di tempatnya, jika seorang yang menyebut perkara yang sama dia tidak kisah. Tetapi dua lelaki, iaitu Heeseung dan Jay. Suasana meja itu menjadi sepi untuk seketika.

Ketawa kekok kedengaran dari bibir Taeri.

" Tak apa, saya boleh pilih. " ujar Taeri tenang namun tidak dua lelaki itu. Mungkin tiga? Tidak lupa Jake yang berada di sebelah Heeseung dan turut terkedu.

Jay mencebik, dia segera mengambil sekeping daging menggunakan penyepit lalu ditaruh di piring Taeri. Kini Heeseung pula yang mencebik, dia mengalihkan daging itu.

" Itu nipis! Biar hyung yang pilihkan yang tebal. "

" Nipis? Daging tebal lagi banyak lemak. Taeri mesti tak nak berat dia naik. "

" Taeri lain dari perempuan lain. Dia tak kisah pasal lemak. "

" Tsk, mana hyung tahu? Hyung baru jumpa Taeri hari ni. "

" Whatever! Baru ke tak itu bukan masalah. "

" Hyung— "

Ayat Jay terhenti ketika sekeping daging disuapkan ke dalam mulutnya dan Heeseung. Mereka berdua memandang ke arah Jake dan Sunghoon yang santai mengunyah daging itu. Tiada langsung rasa bersalah di wajah mereka.

" What? Aku datang sini untuk makan. Bukan dengan kau dengan Heeseung hyung gaduh macam kanak - kanak ribena. " balas Jake selamba.

Sekeping daging bersaiz sederhana diambil lalu diletakkan di piring Taeri. Hampir sebulan tinggal bersama Jake tahu apa yang disukai dan tidak disukai oleh Taeri. Mereka sering makan malam bersama jadi semua itu sudah berada di kepalanya.

Heeseung dan Jay yang masih mengunyah daging itu terdiam. Untuk kali kedua suasana meja itu sepi seperti sebentar tadi.

" Hyung, daging tu. " tegur Sunghoon dan Heeseung segera membakar daging semula.

Sementara Jay, dia memandang ke arah Jake bersama seribu satu persoalan. Apakah yang dia fikirkan sebelum ini akan menjadi kenyataan? Mereka perlu merebut gadis yang sama.

Tidak dengan Jake tetapi Heeseung juga?














+ another rival for jake! tepuk sikit!
jangan lupa vote dan comment <3

+ another rival for jake! tepuk sikit! jangan lupa vote dan comment <3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

THANK YOU FOR 2K 😭❤

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now