1.5 // park jay

1.7K 269 53
                                    

Pagi itu, Jay dan Sunghoon sedang menunggu Jake di loker mereka. Ah, silap cuma Sunghoon yang menunggu Jake manakala Jay menunggu Taeri.

Sunghoon hanya mampu menghela nafas apabila melihat coklat di tangan Jay

" Kau nak bagi ni dekat Taeri? Like seriously? " soal Sunghoon sambil membelek balutan coklat itu. Itu cuma coklat biasa yang sering Jay beli di kedai serbaneka.

Dia yakin Taeri tiada akan menolak tetapi dia tidak pernah melihat Jay seperti ini. Lelaki itu tidak mudah membuka hatinya untuk seorang perempuan.

Sunghoon gembira jika itu berlaku tetapi dia berharap perempuan itu bukan Taeri. Bukan dia tidak tahu apakah status sebenar Taeri dan sebab gadis itu berpindah.

" Aku nak berkenal rapat dengan dia. Salah ke untuk aku sukakan dia? " soal Jay selamba dan Sunghoon hanya mendiamkan diri. Dia tidak punya jawapan untuk itu.

Sebenarnya Sunghoon buntu, separuh dirinya pada Jake dan separuh lagi pada Jay. Dia tidak tahu siapa yang dia patut sokong dan abaikan sekarang.

Dia baru sahaja mahu membuka mulut, seseorang yang Jay tunggu sejak tadi sudah muncul. Taeri sedang berjalan bersama dengan Yeojin sambil berbual kosong.

Dua gadis itu menuju ke loker untuk mengambil buku dan Jay sudah mempersiapkan dirinya untuk mendekati Taeri.

" Kang Taeri? " panggilnya dan Taeri terus menoleh. Taeri terdiam apabila melihat wajah kacak itu di hadapannya. Bersama senyuman manisnya.

" Ya? Awak siapa ya? " soal Taeri lagi sedangkan dia sudah tahu siapakah lelaki itu. Ianya kawan rapat Jake yang setiap hari bersamanya pada waktu rehat.

Sedikit sebanyak Taeri tahu tentang Jay dari Yeojin. Dari apa yang Taeri tahu Jay merupakan anak seorang CEO dan seorang tidak rapat dengan perempuan.

Dan sekarang Taeri sedikit terkejut melihat lelaki itu menyapanya.

" Park Jongseong tapi awak boleh panggil Jay-oh ya saya nak bagi ni. " ujar Jay sambil menghulurkan bungkusan coklat itu.

Taeri memandang coklat itu beberapa saat, dia mahu mengambilnya tetapi wajah Jake tiba - tiba muncul di fikirannya. Apa yang dikatakan oleh Jake seminggu yang lalu kedengaran di telinganya.

Kau buat hal kau dan aku buat hal aku.

Taeri akhirnya mengambil huluran coklat dari tangan Jay. Bibirnya mengukir senyuman manis. Jake membenarkan dia membuat apa yang dia mahu jadi dia akan turuti.

Jay temannya sendiri, tak mungkin Jake akan marah. Ah, adakah lelaki itu peduli tentangnya?

" Semoga kita boleh berkawan rapat. " kata Jay.

" Saya pun. "

¦

Waktu rehat

Jake duduk di meja bersama novel di tangannya, dia memandang wajah Jay dan Sunghoon. Berkerut dahinya apabila melihat wajah gembira Jay.

Dia menyepak kaki Sunghoon dan memberi isyarat mata. Sunghoon menghela nafas lalu mencuit siku Jay membuat rakannya menoleh. Wajahnya teruja.

" Nak apa? Aku tengah cari dia ni. " ujar Jay lalu menoleh ke arah pelajar - pelajar yang sedang berbaris.

Dahi Jake berkerut, " siapa? "

Jay tidak menjawab sebaliknya dia mengukir senyuman lebar apabila ternampak Taeri dan Yeojin baru selesai mengambil makanan.

Taeri seperti sedang mencari meja dan Jay terus melambaikan tangannya. Mulutnya laju sahaja menyebut nama gadis itu.

" Taeri! Sini! " panggilnya bersama senyuman yang semakin melebar. Jantung berdegup kencang apabila pandangan matanya bertemu dengan mata Taeri.

Jake terdiam, dia fikir siapa yang Jay cari dari tadi rupanya Taeri. Riak wajahnya berubah dingin apabila Taeri memandang ke arah meja mereka bertiga.

Jake berharap Taeri menggeleng tetapi tidak. Gadis itu malah mengangguk dan mengajak Yeojin mendekati meja itu. Jake tanpa sedar mendengus kesal.

" Duduk lah Taeri, Yeojin. Awak tak payah susah cari meja lagi lepas ni, rehat dengan kami ja. " pelawa Jay.

Taeri hanya mengangguk. Dia memandang ke arah Jake dan teringat cerita dari Yeojin. Tiada siapa yang berani mendekati lelaki Aussie itu.

" Oi, Sim Jaeyun! Bagi la ruang sikit! " arah Jay dan dia bergerak sedikit memberi ruang untuk dua gadis itu duduk.

Jujur Taeri rasa sangat kekok dengan keadaan sekarang ini. Sudahlah berjumpa rumah, makan dan belajar bersama - sama. Taeri tidak muak cuma kekok.

" Kau tak makan ke? " soal Sunghoon.

" Tak ada selera, kelas Sir Johnny bosan gila! " balas Jake selamba.

Dia hanya memandang wajah Sunghoon dan langsung tidak menoleh ke kanannya. Dia pasti akan melihat wajah polos Taeri dan dia membencinya.

Jay mengajak dua gadis itu berbual dan banyak topik yang mereka bualkan. Taeri ketawa kecil ketika Jay bercerita tentang perkara memalukan yang pernah dia lalui.

Sementara Jake, dia membaca novel yang dibawanya itu. Lebih kurang 10 minit yang lalu sahaja selebihnya dia memasang telinga mendengar perbualan itu.

Dan Sunghoon hanya mampu menghela nafas.









current mood : trying not to fall in love this boi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

current mood : trying not to fall in love this boi

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now