1.28 // do you

1.6K 245 47
                                    

" Hyung nak cakap sesuatu. "

" Apa dia? " balas Jake sambil mengangkat sebelah keningnya. Dia dapat merasakan apa yang Heeseung akan katakan.

Heeseung tidak sanggup menyembunyikan dari Jake. Sebagai rakan kepada Jake dia tidak mahu menikam belakang Jake kerana mereka sudah lama berkawan. Heeseung menarik nafas sedalam yang dia boleh sebelum dia bersuara.

" Hyung suka Taeri. " ujarnya senafas. Dia tidak berani memandang Jake kerana takut akan reaksi lelaki itu.

" Jake tahu. "

" Tapi hyung tak boleh miliki dia. " tambah Heeseung lagi.

Jake hanya diam, dia cuba untuk tidak melepaskan rasa di hatinya. Dia tidak mahu bergaduh dengan Heeseung, cukuplah cuma Jay sahaja yang menjadi lawannya sekarang ini.

" Jadi? Hyung nak rampas dia dari Jake? Macam tu? " soal Jake sinis dan Heeseung pantas menggeleng.

Jika sebelum ini dia benar - benar mahu memiliki Taeri tetapi setelah mengetahui perkara sebenarnya Heeseung mengundur diri. Walaupun hatinya masih pada Taeri.

Dia sedar dia harus melepaskan sesuatu atau seseorang yang bukan miliknya. Heeseung boleh nampak sendiri dari mata Jake yang dia menyayangi Taeri. Cuma dirinya belum menyedarinya.

" Tak. Hyung cuma berharap yang Jake dapat jaga dia elok - elok. She's a nice girl. " balas Heeseung bersama senyuman nipis.

" Indeed. "

Kemudian Sunghoon muncul bersama senyuman di bibirnya. Dia duduk di tempatnya semula dan memandang dua orang rakannya itu. Dia tahu yang Heeseung mahu bercakap dengan Jake.

Jadi dia sengaja ke tandas untuk memberi ruang untuk dua rakannya itu berbicara. Sunghoon kembali selepas mendapat isyarat dari Heeseung.

" Macam mana? Tak ada sesi tumbuk menumbuk kan? " soal Sunghoon sambik tersengih - sengih.

" Hoon, kau merapu apa ni? " balas Jake dan ketawa kecil.

Jake mungkin geram tetapi dia tidak akan menumbuk Heeseung untuk melepaskan perasaan. Itu bukan cara Jake Shim.

¦

" Hahh.. k-kenapa kau berhenti? " keluhnya.

Jake mengangkat bajunya sehingga ke paras dada sambil berbaring di katil. Matanya terpejam sementara dahi dan tubuhnya berpeluh banyak. Cuaca semakin panas kerana telah tiba musim panas.

Antara sebab utama dia berpanas ialah pendingin hawa biliknya tiba - tiba tidak boleh berfungsi. Jadi Jake terpaksa berpanas di dalam biliknya.

" Kang Taeri... aku nak air... " ujar Jake sambil melangkah masuk ke dalam bilik Taeri. Ternyata pendingin hawa di bilik Taeri tiada masalah, cuma biliknya sahaja.

Tubuhnya dengan selamba dibaringkan di atas katil Taeri, menikmati rasa sejuk dari pendingin hawa itu. Taeri yang turut berada di atas katil itu hanya mencebik kerana dia sedang menonton drama.

" Awak pergilah sendiri. Saya tengah tengok drama. " balas Taeri tanpa memandang Jake. Tidak lama kemudian dia ketawa kecil sambil memandang skrin laptop itu.

Jake mencebik kemudian dia baring sambil menghadap gadis itu. Taeri sedar akan itu tetapi memilih untuk mengabaikan sahaja. Dia sudah terbiasa dengan pandangan tajam milik Jake dan juga kata - kata kurang menyenangkan lelaki itu.

Namun, lama kelamaan dia jadi semakin tidak selesa. Pandangan Jake benar - benar berbeza persis anak anjing yang sedang mengeram. Akhirnya dia menoleh.

" Awak nak apa? " soal Taeri.

" Ambilkan aku air. Aku panas sekarang ni. " balas Jake sambil mendekatkan dirinya dengan Taeri. Dia malas mahu bertengkar jadi dia meminta dengam baik - baik.

Taeri mengeluh, dia tidak mahu bangun untuk mengambil air kerana dia mahu menontom drama. Walaupun dia tahu dia boleh berhentikan sebentar drama itu.

" Malas. Awakkan ada kaki sendiri, pergilah. " ujar Taeri selamba. Itu ialah fakta, lelaki itu memiliki dua kaki yang sempurna jadi tiada masalah untuk dia ke dapur.

Mendengar balas dari Taeri membuatkan Jake mendengus perlahan, " berani kau lawan suami sendiri kan? Kau tahu tak berdosa? "

Mendengar kata - kata itu membuatkan ketawa Taeri terlepas. Suami? Sudah hampir dua bulan dia tinggal bersama Jake, baru hari ini lelaki itu menggelarkan dirinya sebagai suami kepada Kang Taeri.

Adakah Taeri sedang bermimpi? Tolong katakan, ya.

" Apa yang kelakar? "

" Aigoo, Jake! Sejak bila awak mengaku awak suami saya—omma! "

Tubuh Taeri kekal di tempatnya sambil memandang Jake yang berada di atasnya. Kedua - dua tangan dipegang oleh Jake dan berada di atas kepalanya. Otak Taeri mula berfikir yang bukan - bukan.

Ini sudah kali ketiga Jake melakukan hal - hal seperti ini. Selalunya kali ketiga akan benar - benar terjadi.

" Remember, the day you dissing Yuna? You were saying me and you sharing the same passion on the same bed. How about we practice it now? "

" Sa-saya tak faham a-apa yang awak cakap. "

" Oh yes, you do darling. You exactly knew it. " Jake senyum sinis sambil menghapuskan jarak mereka berdua. Taeri memejamkan matanya serapat yang mungkin. Tidak mahu melihat apa yang akan terjadi dan jika dia salah gerak dia akan mencium Jake.

" Aku nak mandi kolam. Adios~ "





+ the ramyeonz✨

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ the ramyeonz✨

vote & comment <3

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now