Waktu rehat seperti biasa Jake akan rehat bersama - sama dengan Sunghoon dan Jay. Sudah tentu rakan baiknya mahu mengajak Taeri duduk bersama mereka.
Sama seperti kelmarin Taeri dan Jay berbual tentang hal - hal kecil mereka berdua. Hari ini Yeojin tidak hadir jadi hanya Taeri sahaja.
" Awak patut cuba beli hoodie tu. Mesti comel kalau awak pakai. " ujar Jay sambil menunjukkan gambar yang berada di telefonnya itu.
" Kalau macam tu saya beli la nanti. Awak punya warna apa, saya nak- " tidak sempat Taeri menghabiskan ayatnya.
BAPP!
Bunyi buku tebal ditutup itu berjaya menarik perhatian dua manusia itu. Sunghoon hanya mendiamkan dirinya kerana dia tahu Jake sedang menahan amarah di hatinya.
Jay memandang rakannya pelik, kening diangkat sebelah, " kau ok tak ni bro? "
Jake mendengus kesal, dia hanya mendiamkan diri dan memandang Jay tajam. Dia tidak memandang mahupun sekilas ke arah Taeri walaupun dia tahu gadis itu berada di situ.
" Kau rasa kalau ada perempuan ni aku ok ke? Look, aku tak kisah kau nak buat kawan baru tapi perlu ke setiap hari macam ni? " soal Jake selamba.
Taeri yang berada di sebelahnya itu hanya mampu mengetap bibirnya. Dia juga tidak tahu masalah sebenarnya Jake yang memarahi dirinya sedangkan dia cuma berbual sahaja.
Taeri bukan jenis yang akan mengabaikan orang, lagipun Jay yang sudah siap menunggunya di luar kelas tadi.
" Apa yang kau tak puas hati dengan Taeri? Dia ada buat salah ke? " soal Jay lagi. Kini nada suaranya telah berubah menjadi sedikit serius dan riak wajahnya juga berubah.
Sunghoon juga telah berhenti makan dia hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu mahu berpisah kepada siapa. Mereka berdua ialah kawannya.
Jake memandang Taeri dan gadis itu juga melakukan hal yang sama. Mereka saling memandang antara satu sama lain.
Shit-Jake benci melihat Taeri.
" Kau tak perlu tahu yang kau patut tahu-aku tak suka kau berkawan dengan perempuan ni. " kata Jake sebelum dia pergi dari meja makan itu.
Taeri sebenarnya mahu menangis tetapi dia menahan air matanya dari mengalir. Tidak di hadapan Jay dan Sunghoon. Bibirnya cuba mengukir senyuman.
" Taeri, awak ok? "
" Hmm, saya pergi tandas sekejap. " tanpa menunggu lagi Taeri terus bangun.
¦
Taeri membasuh mukanya berkali - kali lalu menatap wajahnya di cermin. Matanya sedikit memerah menunjukkan dia baru sahaja selesai menangis.
Di fikirannya muncul berbagai soalan. Adakah salah untuk dia berkawan dengan Jay? Lelaki itu baik, sangatlah baik malahan dia prihatin tentang Taeri.
Ini baru sahaja minggu kedua dia bersekolah dan Jake sudah membencinya. Tidak, Jake memang benci akan dirinya.
" Taeri? Awak dekat dalam ke? " suara Jay menyedarkan Taeri. Dia segera mengelap mukanya dan melangkah keluar.
Dia cuba mengukirkan senyuman dan berharap Jay tidak sedar akan mata merahnya itu. Tetapi Jay tidaklah bodoh untuk tidak sedar akan riak wajah Taeri.
" Saya sakit perut tadi. Maaf sebab lam- "
Taeri terdiam, dia tidak menyangka dia akan dipeluk oleh Jay. Tangan lelaki itu mengusap kepalanya lembut dan mengeratkan lagi pelukan.
" Jangan fikirkan sangat apa yang Jake cakap. Saya ikhlas berkawan dengan awak. Sunghoon pun. " ujar Jay dan Taeri rasa sedikit tenang.
Terlintas di fikirannya kenapa dia berkahwin dengan Jake dan bukan Jay? Kenapa orang tuanya memilih Jake?
Pelukan dilepaskan lalu Jay mahu menghantar Taeri ke kelasnya tetapi mood untuk belajar sudah hilang. Otaknya cuma terlintas wajah Jake dan kata - katanya tadi.
Salah, Taeri membuat salah dengannya.
Klinik
" Awak boleh seorang diri dekat sini? " soal Jay. Taeri yang berada di atas katil itu hanya mengangguk perlahan. Selepas menangis tadi kepalanya sedikit pening.
Jadi dia bukan ponteng kelas semata - mata. Loceng berbunyi kemudian Jay terus meminta diri dan tempat itu menjadi sunyi. Taeri terus berbaring memandang ke luar tingkap.
" Apa cara yang boleh buat kau lembut hati dengan aku? " bisik Taeri sementara matanya semakin memberat dan akhirnya terpejam.
Di sisi lain pula.
Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu. Nasibnya baik tiada jururawat di situ. Katil yang ditiduri oleh gadis itu didekatinya. Kain diselak dan tanpa menghasilkan sebarang bunyi dia mendekat.
" Bukan sekarang Taeri, ini bukan waktu yang tepat. "
WE GONNA HAVE FLICKER OT7 VERSION 😆
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...