[#] baca slow - slow ((baru ada feel)) budak bawak umur sila skip. kalau degil juga nak baca hmm
Taeri tidak tahu mahu bereaksi macam mana. Dia mengerti maksud Jake itu. Pipinya membahang ketika fikiran mula berfikir yang bukan - bukan. Taeri menggigit bibirnya sambil memandang Jake.
Matanya perlahan - lahan turun ke bibir lelaki itu. Jantungnya berdegup semakin kencang apabila tangan Jake mengusap pipinya.
" Kau takut ke? " bisik Jake.
Tiada jawapan. Taeri buntu mahu memberi jawapan apa. Jake senyum nipis dan mendekatkan lagi wajahnya.
" Benarkan aku? Bolehkan? " pinta Jake lagi.
Taeri memejamkan matanya sambil mengangguk perlahan. Tanpa menunggu apa - apa Jake terus menarik tengkuk Taeri dan menyatukan bibir mereka. Untuk beberapa saat Jake tidak menggerakkan bibirnya.
Dia tidak mahu terburu - buru. Jake tahu yang dia akan mencederakan Taeri tanpa sedar.
" Are you okay if i go further? " soal Jake lagi. Pipi Taeri diusap supaya gadis itu tidak kekok. Dia tidak mahu memaksa Taeri untuk menciumnya.
" No, proceed. " pinta Taeri sambil mengalungkan lengan di leher Jake. Dia menghapuskan jarak antara mereka dengan duduk di pangkuan Jake.
Bibir mereka bersatu semula namun kini Jake perlahan memagut bibir Taeri. Tangannya menahan tengkuk Taeri dan sebelah lagi merangkul pinggang Taeri.
Jake senyum di dalam ciuman itu. Dia akhirnya mendapat jawapan dari soalan yang mengganggu mindanya. Dia sudah yakin dengan perasaannya terhadap Taeri.
Dia sudah jatuh sedalam - dalamnya.
Perlahan tubuh Taeri dibaringkan dan Jake meleraikan ciuman itu. Dia menanggalkan jaket lalu mencampak ke atas lantai. Taeri mulai panik.
" Awak nak buat apa? "
" Panas. " balas Jake dan mencium Taeri semula.
Taeri membalas ciuman Jake dengan lembut. Namun bayangan kejadian tempoh hari muncul semula membuatkan Taeri menggigit bibir Jake tanpa sedar.
" Taeri... did you bite me? " soal Jake dan Taeri menundukkan kepalanya kerana malu. Jake hanya ketawa sambil mengusap pipi Taeri dan memegang dagu Taeri.
" Do it again but this time on my neck. " arah Jake dan Taeri pantas menggeleng. Dia tidak mahu menjadi bahan usikan ahli keluarganya, terutama sekali Taehyun.
" Tak nak! Nanti omma, appa dengan Taehyun nampak macam mana? " balas Taeri panik dan Jake hanya mengangkat bahu lalu ketawa.
Taeri mengetap bibir dan memukul dada Jake. Dia tahu yang Jake mahu mengenakan dirinya sahaja. Walaupun Taeri dalam diam mahu melakukannya.
" Aku tak paksa. Sekarang nak buat apa? "
" Cuddles! " ujar Taeri riang dan Jake hanya setuju.
¦
Pada awalnya Taeri cuma mahu cuddles tetapi mereka akhirnya tertidur. Ketika Taehyun panggil untuk makan pasangan suami isteri itu sudah dibuai mimpi.
Taehyun ketawa jahat sambil mengeluarkan telefonnya. Dia menangkap beberapa keping gambar sebelum keluar dari bilik Taeri. Selepas ini ada bahan untuk dia kerjakan Taeri.
" Wait and see, twinnie! " Taehyun ketawa jahat sebelum turun ke bawah semula.
Puan Kang melepaskan nafas lega selepas mengetahui yang Taeri sudah berbaik dengan Jake. Wanita itu juga menjadi teruja apabila melihat gambar yang ditangkap oleh Taehyun itu.
" Comel ja tengok Taeri dengan Jake ni. Hmm, kamu bila nak bawakan omma dan appa calon menantu? " soal Puan Kang membuatkan Taehyun tersedak air liurnya.
Tuan Kang juga memandang ke arah anak teruna nya itu. Walaupun dia tahu Taehyun dan Taeri sebaya tetapi dia mahu juga mengenal kekasih Taehyun.
" Hyun tak ada kekasih lagi. Kalau ada nanti Hyun bawa balik rumah. " balas Taehyun yang tidak yakin dengan ayatnya.
Dia berkawan dengan perempuan pun susah ini mahu membawa kekasih ke rumah? Mungkin di dalam mimpi sahajalah dia mempunyai kekasih. Hatinya masih belum bersedia.
Lagipun dia bersekolah di sekolah lelaki. Macam mana dia nak berjumpa dengan perempuan? Ah, pernah sekali Beomgyu bawa dia ke parti tetapi dia tak tertarik dengan perempuan di sana.
" Hmm, yalah. Ingat kalau dah ada terus bawak jumpa. Appa dengan omma tak nak Hyun bawa anak dara orang ke hulur hilir. " pesan Tuan Kang dengan nada tegas dan Taehyun menelan air liurnya.
" Baik appa. " balas Taehyun.
Selesai makan Taehyun berjalan - jalan di sekitar kawasan rumahnya. Dia duduk di taman sambil memandang kanak - kanak dan seorang gadis bermain di sana.
Tiba - tiba ada bola bergolek ke arahnya dan berhenti di kakinya. Taehyun mengangkat bola itu. Gadis yang bermain dengan kanak - kanak itu mendekati Taehyun.
" Maafkan saya, boleh pulangkan bola tu? " soal gadis itu lembut. Bibirnya mengukir senyuman nipis.
Taehyun memandang gadis itu dan kanak - kanak yang masih menunggu itu. Pelik juga kenapa gadis yang seumur dengannya bermain dengan kanak - kanak.
" Err.. awak? " tegur gadis itu lagi.
" Ah ya! Nah, bola yang awak minta tadi. " hulur Taehyun.
Gadis itu mengambil bola itu lalu menunduk hormat. Kemudian dia mendekati kanak - kanak tadi dan sambung bermain. Taehyun duduk semula sambil memerhati.
Taehyun tanpa sedar mengukir senyuman nipis, " comel! "
+ selit gak love story taehyun. sedih dia loner dalam cerita ni 😬
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...