Jieun kaku di posisinya cuma memproses apa yang Jay katakan. Kekasih? Dia menjadi kekasih kepada Jay? Adakah dia sedang bermimpi sekarang ini? Namun senyuman nipis dari Jay dan genggaman tangan lelaki itu menandakan ini nyata. Jieun menundukkan kepalanya memandang lantai.
Dia mahu tetapi hatinya ragu - ragu. Dia takut Jay hanya gunakan dirinya untuk melupakan Taeri sahaja. Lagipun kenapa tiba - tiba sahaja dia mahu Jieun menjadi kekasihnya?
" Apa sebab utama kau suruh aku jadi kekasih kau? Aku tanya sebab aku nak tahu sebab. " soal Jieun. Dia tidak mahu terburu - buru.
" Ak-aku—baru - baru ni fikiran aku bercelaru. Aku tak tahu kenapa dengan aku Jieun. Kadang - kadang aku fikirkan kau dan kadang - kadang aku fikirkan Taeri. Jadi aku nak tetapkan pilihan hati aku. Malam tu— " ayat Jay terhenti.
Jay menarik tubuh Jieun supaya mendekat dengannya. Jarak mereka sangat dekat sehingga Jieun dapat merasakan deruan nafas hangat Jay di wajahnya. Dia memejamkan mata menikmati haruman dari tubuh Jay.
Jay sambung semula, " —malam tu aku jumpa kau untuk tetapkan hati aku. Aku tak suka tengok kau menangis Jieun, hati aku sakit. Sepanjang aku dengan kau, tak pernah pun Taeri muncul walau banyak mana pun aku paksa. Dan akhirnya aku tahu, kau yang aku suka. I love you, Choi Jieun. "
Jieun memandang Jay, matanya tidak beralih dari wajah Jay. Degupan jantungnya bertambah ketika Jay menghapuskan jarak lalu mencium pipinya. Lidah Jieun kelu untuk memberikan jawapan walaupun hatinya berkata, ya.
" Kau pasti ke Jay? "
" Kau fikir aku tipu kau? Jieun, aku boleh beri bukti kalau kau nak. The kiss we shared, it is not enough for you? Should I kiss you once again, baby? " bisik Jay tepat di telinga Jieun membuatkan bulu roma Jieun tegak.
Sensasi hangat, suasana bilik muzik yang sunyi dan suara milik Jay. Itu sudah berjaya membuat Jieun lemah dan kini ditambah dengan soalan seperti itu pula? Jieun menggigit bibirnya cuba untuk mencari jawapan walaupun dia mahu mengangguk sahaja.
Melihat tiada jawapan dari Jieun membuatkan Jay menghela nafas. Genggaman tangannya semakin longgar dan dia menjauhkan diri. Jieun segera menggenggam tangan Jay semula.
" Jay, i love you too but can we take it slow? " ujar Jieun.
" Anything you want, baby. "
¦
Jay dan Jieun memberitahu kepada rakan - rakannya tentang hubungan mereka berdua. Taeri tumpang gembira dengan berita itu kerana tidak menyangka yang kata - katanya menjadi kenyataan. Dia yakin ada sesuatu yang berlaku antara dua orang itu.
Kini dia sedang memasak tteobeokki di dapur. Pada waktu tengah malam, dia tiba - tiba lapar jadi dia turun ke bawah. Ketika dia sedang mengacau kuah ada sepasang lengan memeluknya dari arah belakang. Tidak perlu soal pasti sudah tahu siapa.
Taeri senyum nipis, " awak tak tidur lagi? "
" Baru nak masuk tidur tapi bau kuah tteobeokki buatkan aku tak jadi tidur. Jadi aku turun sebab aku pun lapar. " balas Jake sambil merehatkan dagu di bahu Taeri.
Dia hanya memerhati Taeri yang memasuk kuih beras dan juga beberapa bahan lain. Jake melepaskan pelukannya lalu membantu Taeri mengambil mangkuk dan penyepit. Setelah tteobeokki siap masak Taeri hidangkan untuk mereka.
" Jom makan! " ajak Taeri.
Dia mencedok untuk Jake lalu untuk dirinya sendiri. Mereka makan tanpa bersuara tanda yang mereka sangat lapar. Taeri leka mengunyah kuih beras dan tidak sedar yang dia menjadi tontonan Jake. Dia menoleh ketika menyedarinya dan menjadi gugup dengan pandangan tajam Jake.
Taeri berhenti mengunyah kerana ditatap oleh Jake. Oh, siapa sahaja yang tidak gugup apabila ditenung oleh Jake? Lelaki itu batuk kecil sebelum dia bersuara semula.
" Aku fikir sejak tadi, Jay dengan Jieun beritahu kita tentang hubungan dia orang. Kau tak nak ke jujur juga dengan dia orang? Buat masa ni cuma Sunghoon, Heeseung hyung dan Jia ja yang tahu. " Jake membuka topik yang sangat serius.
" Awak nak jujur? Saya pun ada terfikir juga, simpan lama - lama macam ini lebih teruk kesannya. Bila awak nak jujur? " balas Taeri.
Dia tahu, jika mereka sorok tetapi akhirnya akan ketahuan juga. Taeri tidak mahu rakan - rakannya rasa ditipu oleh mereka berdua. Terutama sekali Jay kerana cuma dia sahaja yang tidak tahu.
" Soon! I don't want we lie anymore. I want people knows that you're mine and the only one I love! "
+ people said, nothing last forever ≧∇≦
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...