1.54 // only you

1.4K 199 25
                                    

[#] tmc — too many cheesy!

" Maaf untuk beritahu berita yang kurang baik tapi kawan kamu dia mengalami amnesia. Jangan risau memori dia akan kembali tapi akan ambil masa yang banyak. Saya harap kamu semua bersabar. " ujar doktor bersama senyuman nipis.

Taeri tidak percaya apa yang dia dengar dan menoleh ke arah Jake. Nampaknya lelaki itu juga tidak percaya apa yang berlaku. Kai juga memberi reaksi yang sama.

Jake mengetap bibirnya, " terima kasih doktor! "

Kemudian doktor itu berlalu pergi meninggalkan mereka di hadapan bilik. Mereka memandang ke arah pintu bilik Yuna dan berfikir adakah mereka patut masuk atau tidak.

" Kau masuk dan jelaskan pada dia. Kau yang buat dia macam ni dan aku nak kau bertanggungjawab! " ujar Jake sambil memandang Kai dengan pandangan tajam.

Taeri mengusap bahu Jake lembut supaya lelaki itu melepaskan marahnya di sini. Kai hanya mengangguk perlahan lalu dia masuk ke dalam bilik Yuna. Sebaik sahaja pintu tertutup rapat Jake langsung memeluk Taeri.

Walaupun perasaannya pada Yuna sudah lama hilang namun memikirkan keadaan Yuna. Dirinya rasa bersalah dan turut bersedih. Taeri menenangkan Jake dengan berbisik pada telinga Jake.

" Everything will be fine. I'm here, we here for her. " bisik Taeri dan Jake mengangguk perlahan.

Manakala Kai melangkah masuk bersama rasa yang takut. Dia takut akan reaksi Yuna terhadap keadaan dirinya sekarang. Adakah gadis itu akan menjerit meminta memorinya semula? Atau memaki Kai atas kejadian itu?

Kai melihat Yuna yang sedang berbaring menghadap tingkap. Dia menggigit bibir sebelum mendekati katil.

" Cik Yuna? " panggilnya.

Mendengar panggilan itu membuatkan Yuna menoleh dan melihat tepat ke arah mata Kai. Pandangan yang diberi oleh Yuna itu sukat untuk dia ungkapkan namun tiada rasa marah di anak mata itu.

Sesaat kemudian Yuna turun dari katilnya dan mendekati Kai tubuh lelaki itu dipeluk erat. Kai terpinga - pinga dengan tindakan Yuna yang tiba - tiba memeluknya. Yuna mendongak memandang wajah keliru Kai.

" Awak! Lelaki tadi dia c-cakap memori saya hilang! A-apa maksud dia? S-saya tak faham—saya takut! " pelukan semakin erat.

" Cik Yuna— "

¦

Yuna memegang cawan sambil memandang ke luar tingkap. Dia hanya memerhati beberapa orang pesakit yang sedang berjalan - jalan di taman hospital. Dua hari lalu, Yuna mendapat berita tentang keadaannya.

Dia mengalami amnesia akibat hentakan yang kuat pada kepala dan kehilangan beberapa memori. Memori tentang Jake dan Taeri juga tiada. Bahkan sampai hari ini Yuna cuba mengingati apa yang berlaku namun gagal.

" Yuna? "

" Kai! Awak dah sampai! " ujar Yuna teruja.

Cawan diletakkan di atas meja dan Yuna terus memeluk tubuh Kai. Lelaki itu segera membalas pelukan itu. Yuna mendongak memandang Kai bersama senyuman manisnya.

Sejak dua hari lalu Kai perlu berpura - pura menjadi kekasih Yuna. Oleh kerana memorinya hilang Yuna berfikir Kai ialah kekasihnya. Lelaki itu ialah yang pertama masuk ke dalam biliknya.

" Bila awak bangun? Sebelum saya keluar awak belum bangun lagikan? Lapar tak? " soal Kai sambil mengusap kepala Yuna lembut. Gadis itu hanya menggelengkan kepalanya.

" Tapi awak tengok tu ada orang jalan - jalan dekat luar! Saya pun nak jalan - jalan! Boleh kan kalau awak temankan saya? " ajak Yuna dan menarik tangan Kai ke tingkap.

Dia menunjuk beberapa orang pesakit sedang duduk di taman bersama jururawat atau ahli keluarga sendiri. Yuna memandang Kai dengan penuh harapan agar lelaki itu bersetuju.

Kai hanya mengangguk perlahan, setelah mendapat kebenaran dari jururawat akhirnya Kai membawa Yuna ke taman. Bibir Yuna mengukir segaris senyuman lebar apabila dia sampai di taman.

Mereka duduk di bangku yang disediakan dan Yuna langsung menyandarkan kepala di bahu Kai. Lengan lelaki itu dipeluk erat.

" Awak terima kasih sebab temankan saya. Jujur saya takut tinggal dekat sini dan rasa nak balik rumah. Kai boleh tak kita balik rumah? " soal Yuna.

" Yuna awak kena tunggu keputusan dari doktor. Kalau saya boleh benarkan dah lama saya keluarkan awak. Bersabarlah, sikit ja lagi. " balas Kai lembut.

Dia tidak mahu melukakan hati Yuna yang masih lagi sensitif. Kai berasa yang dadanya sesak kerana lakukan hal - hal seperti ini. Rasa bersalah semakin membiak di dalam hatinya dengan sikap Yuna.

Apa yang patut dia lakukan? Berlaku jujur atau kekal dengan penipuan?

" Ya, saya tunggu tapi awak jangan tinggalkan saya. Saya ada awak ja sekarang ni Kai. Saya sayangkan awak. " balas Yuna lagi.

Kai hanya mengusap lembut kepala Yuna. Dia ambil keputusan untuk menyimpan dahulu perkara sebenar. Tangan Yuna beralih dan memeluk Kai erat.

Jika telah tiba waktu untuk dia jujur, dia akan jujur walaupun dia perlu menghadap amarah Yuna sekalipun.



+ cheesy gila chapter ni!
don't forget to vote n comment!

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now