Minggu pertama di sekolah berlalu seperti biasa. Setiap pagi dia akan bangun jika disuruh untuk kejutkan Jake dia akan bangun lebih awal. Kemudian bersiap, turun untuk sarapan dan menuju ke sekolah.
Sering kali juga Jake meninggalkan Taeri sebelum gadis itu habis makan. Di sekolah seolah mereka tidak kenal dan hidup Jake dipenuhi dengan Jay yang menyoal tentang Taeri.
Malam hari pula mereka akan belajar bersama - sama di perpustakaan rumah.
Pulang sahaja dari sekolah Taeri terus membersihkan diri. Dia duduk di meja belajar dan mahu membuka beg sekolahnya tetapi teringat akan Jake.
Lelaki itu masih belum pulang, pasti keluar bersama - sama teman - temannya. Pada waktu rehat dia sering melihat Jake bersama dua orang budak lelaki. Salah seorang ialah budak lelaki yang menolongnya.
Beg sekolah ditaruh semula di atas lantai. Dia perlu belajar bersama - sama dengan Jake seperti dalam perjanjian mereka berdua. Taeri akhirnya ambil keputusan untuk ke dapur.
Mencari sesuatu yang dia boleh lakukan.
“ Selamat petang, Puan Muda. Puan lapar ke? ” sapa seorang pembantu rumah itu. Taeri hanya menggelengkan kepalanya perlahan.
Dia tidak berasa lapar dan hanya mahu membuang rasa bosannya. Tujuan sebenarnya ialah menanyakan perihal Jake seperti jadual hariannya dan perkara lain.
“ Ahjumma Lee, saya nak tanya tentang Jake. Oh ya, jangan la panggil saya Puan panggil saya Taeri. ” ujar Taeri.
Ahjumaa Lee yang mendengar ayat dari Taeri itu hanya senyum nipis. Sebagai golongan yang lebih tua, dia memahami kedudukan dan perasaan Taeri. Dia pernah menjadi muda dan tidak tahu tentang perkahwinan.
Satu biji epal yang siap dipotong segera dihidangkan buat Taeri.
“ Kalau nak ahjumma cerita sampai kamu berdua ada anak pun belum tentu habis. Ahjumma cerita ringkas ja ya, Taeri? ” balas Ahjumma Lee dan Taeri hanya senyum nipis ketika mendengar perkataan 'anak'.
Andai itu boleh berlaku. Mungkin di dalam mimpi sahaja.
“ Jake tu anaknya baik, pandai dan hormat orang tua walaupun ada masa dia kasar. Dia cuma nak tunjukkan pada orang lain yang dia tak lemah dan boleh menjaga orang yang dia sayang. ” Ahjumma Lee meneguk sedikit air putih itu.
“ Tapi semakin dia membesar Jake berfikir kalau semuanya sia - sia kerana Tuan dan Puan Shim sering sibuk, cuma Ahjumma dan pembantu rumah yang lain jagakan Jake. Untuk pengetahuan Taeri, rumah ni Jake beli guna duit dia sendiri. ” tambah wanita itu lagi.
Mata Taeri membulat tidak percaya dengan kata - kata wanita itu. Rumah sebesar mampu dibeli oleh remaja seperti Jake? Sangatlah luar biasa!
Pasti dia benar - benar berusaha supaya orang tuanya sedar akan semua ini. Ahjumma Lee mengukir senyuman nipis, tangan Taeri dipegang erat.
“ Taeri-ah, Ahjumma nak ingatkan kamu. Dalam dunia perkahwinan tiada istilah salah dan betul. Kalau Jake salah bermakna Taeri juga salah. Ramai yang kata perkahwinan itu satu perjudian tetapi bagi ahjumma, perkahwinan itu satu anugerah. Janganlah putus asa, ahjumma yakin perkahwinan ini akan sampai ke akhirnya. ”
Taeri hanya mampu mengangguk dan mengukirkan senyuman nipis. Dia mahu memasang niat untuk mempertahankan hubungan ini.
Walaupun dia tahu Jake tidak rasakan yang sama.
¦
Suasana kelam dan tenang memenuhi ruang perpustakaan tersebut. Tiada suara antara dua orang yang sedang belajar dengan penuh tekun, seolah masing - masing tidak wujud.
Taeri mulai rasa penat, pen ditaruhkan di atas meja lalu dia menggeliat untuk menghilangkan rasa penat. Hampir satu jam setengah dia tunduk membuat kerja sekolah.
Dia meletakkan kepala di atas meja lalu pintu diketuk lalu muncul Ahjumma Lee bersama dulang yang berisi coklat panas. Jake batuk kecil dan Taeri terus duduk tegak.
“ Saya nak hidangkan snek untuk Tuan Muda dan Taeri.” ujar wanita tua itu. Jake hanya menganggukkan kepala.
“ Gumawo Ahjumma! ” ujar Taeri ketika wanita tua itu meletakkan segelas coklat panas di hadapannya. Tidak lupa untuk menunduk hormat kepada wanita tua itu.
Setelah selesai Ahjumma Lee meminta diri untuk ke dapur. Tinggallah dua manusia itu menikmati coklat panas itu. Biarpun sedang menghirup minuman mata Jake langsung tidak beralih dari bukunya.
Taeri menghela nafas, “ Jake. ”
“ Apa? Kalau benda tak berfaedah aku tak nak layan. ” balas Jake dengan nada dinginnya. Sekali lagi Taeri mencebik mendengarnya.
Dia meletakkan cawan kaca itu di atas meja lalu mendekati meja Jake menggunakan kerusi rodanya. Kini dia berada di hadapan Jake dan lelaki itu tidak memandangnya.
“ Macam mana kalau saya terjatuh hati dengan awak? ” soal Taeri selamba.
Soalannya berjaya menarik perhatian Jake dari bukunya dan sedang memandang tepat ke dalam mata Taeri. Cawan kaca diletakkan di atas meja.
“ Aku akan pastikan kau tak akan jatuh hati dengan aku. ”
+ kacak nya kamu 〒_〒
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...