Hari ini tepat sebulan mereka berkahwin tetapi tiada seorang pun dari mereka yang mahu keluar berjalan - jalan. Terutama Jake yang masih lelah dengan perlawanan dua hari lalu.
Jadi Taeri mempunyai alasan ketika ditanya oleh Puan Shim.
Taeri muncul dari dapur bersama semangkuk buah epal yang sudah dikupas dan di potong. Sepatutnya mereka belajar bersama tetapi Jake bercadang untuk bermalas - malas memandangkan esok cuti.
Mangkuk buah di letakkan di atas meja. Jake segera mengambil sepotong buah laku disuap ke dalam mulut.
“ Lambat lah kau ni. Tengok cerita nak mula dah! ” ujar Jake sambil mengunyah buah epal itu.
Taeri mencebik, cerita itu baru sahaja menunjukkan nama - nama watak dan lelaki itu sudah mula membebel. Dia tidak tahu cerita apa yang mereka akan tonton namun Taeri hanya ikut sahaja.
Untuk adil setelah menonton cerita yang dipilih Jake lalu mereka akan menonton cerita yang dipilih Taeri.
“ Ini cerita zaman bila? ” soal Taeri sambil memeluk bantal. Skrin yang menunjukkan tempat seperti gereja lalu ramai pelajar berkumpul seperti dalam perhimpunan rasmi sahaja.
“ Manalah aku tahu tapi cerita ni best. Kau akan daoat inspirasi. Trust me. ” balas Jake bersama riak wajah fokus. Matanya tidak beralih dari skrin menunjukkan dia amat menyukai cerita itu.
Dead Poet Society. Itulah tajuk cerita yang mereka tonton. Permulaan cerita itu membuatkan Taeri hampir tertidur namun Jake menghalang dirinya dari tidur. Setelah hampir setengah minit menonton akhirnya Taeri mengerti.
Ianya mengisahkan tentang tujuh rakan yang tidak suka mengikut peraturan yang ditetapkan oleh sekolah. Kemudian muncul seorang guru baharu yang memberi dorongan untuk mereka mencuba perkara baharu. Namun salah seorang dari tujuh orang mati kerana membunuh diri.
Ah, Taeri kesal!
“ Kenapa dia bunuh diri? Kenapa ayah dia tak benarkan dia berlakon? Ugh! ” soal Taeri sambil menumbuk bantal yang berada di tangannya.
Jake yang berada di sebelahnya hanya ketawa kecil melihat Taeri. Dia mempunyai reaksi yang sama semasa menonton untuk kali pertama.
“ Orang tua zaman dulu dan sekarang berbeza. Mereka cuma mahukan apa yang mereka mahu tapi tak pernah soal apa yang kita mahu— ” ujar Jake.
Pergerakan Taeri terhenti. Ada yang lain pada nada suara Jake sepertinya dia sedang dalam kesedihan dan kekecewaan.
“ —aku pun berfikir semua orang tua zaman sekarang akan sokong apa yang anak mereka mahukan. Tapi salah, cuma aku yang berharapan tinggi. ”
Sepi antara mereka berdua sebelum Jake memutuskan untuk bangun tetapi Taeri segera memegang tangannya. Dia menoleh memandang Taeri, sebelah kening diangkat.
“ Giliran saya. We make a deal, remember? ”
¦
Bermacam jenis makanan ringan yang dibawa Taeri ke ruang tamu. Dia meletakkan semua itu di atas meja bersama senyuman teruja. Tercengang Jake melihat semua makanan itu, dia baru sahaja turun dari bilik untuk mengambil selimut.
“ Wait, mana kau dapat makanan banyak - banyak ni? Semua banyak garam pulak tu! ” soal Jake sambil membaling sehelai selimut buat Taeri. Tidak terlalu kasar.
Taeri mencebik, “ saya simpan la duit belanja—bukan macam awak. ”
Jake hanya memutarkan mata lalu mengambil tempat di sebelah Taeri. Tangannya sudah memegang sebungkus makanan dan itu membuatkan Jake senyum nipis.
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...