Malam itu Jake tidak mengajak Taeri untuk belajar bersama dan Taeri faham jika lelaki itu penat. Namun dia menjadi tidak senang hati ketika Jake tidak keluar dari bilik.
Sudah hampir tengah malam dan Jake masih lagi belum makan malam. Bila diajak Jake menghalau Taeri dan menyuruh gadis itu membuat halnya sendiri.
TANGG!
Mata Taeri masih lagi segar dan dia dengar bunyi itu. Bunya seperti barang - barang jatuh di atas lantai. Cuma satu sahaja terlintas di fikirannya.
“ Pftt—tak mungkin. Tak pernah lagi aku deng— ”
“ AAARGHHH!! ”
Taeri segera bangun, dia tahu suara siapakah itu. Melihat pintu bilik yang masih tertutup rapat itu membuatkan Taeri pasti Jake berada di dalam biliknya.
Peduli apa yang Jake akan katakan dia terus masuk ke dalam bilik lelaki itu. Lampu bilik air yang menyala tanda Jake berada di sana.
“ AAARGGHH—s-sakit... ” rungut Jake sambil memegang perutnya.
“ Jake! ”
Taeri muncul di pintu bilik air itu dan terkejut melihat Jake yang sudah terduduk di atas lantai. Dia segera mendekati Jake untuk membantunya berdiri.
Melihat tiada bantahan dari Jake dia terus membawa Jake ke katilnya semula. Taeri bimbang melihat wajah pucat Jake yang berpeluh dingin itu. Perasaannya bercampur baur.
“ Jake muka awak pucat. ” ujar Taeri sambil mendekatkan tangannya dengan dahi Jake. Lelaki itu segera menahan tangan Taeri.
Terkejut Taeri ketika tangan Jake memegangnya. Tangan Jake sangat panas dan dapat dia rasakan lelaki itu sedang menggigil. Mengabaikan semua amarah Jake, dia terus memegang kepala Jake.
Membulat matanya, “ Jake a-awak demam! ”
“ Kau merapu apa ni? Kau doktor ke boleh tahu aku demam atau tak? ” balas Jake sinis.
Dia memandang Taeri, biarpun di dalam suasana yang agak kelam di masih dapat lihat raut wajah itu. Raut wajah yang kerisauan jelas di mata Taeri.
Entah mengapa Jake mengharapkan yang lebih.
“ Saya bukan doktor tapi saya tahu suhu badan normal dan tak normal. Awak demam Jake. ” balas Taeri bersama nada lembut. Dirinya tahu tiada guna melawan Sim Jaeyoon yang keras kepala ini.
Jake hanya memutarkan matanya lalu dia berbaring semula di atas katil. Malangnya sakit perut dan sakit kepalanya kembali menyerang membuatkan dia mengaduh kesakitan.
Taeri mulai panik, “ aw-awak tunggu sini—saya pergi masak untuk awak! ”
¦
Taeri membawa dulang masuk ke dalam bilik Jake. Lelaki itu sedang bersandar di kepala katil sambil bermain telefonnya. Dia memandang sekilas.
Dulang berisi satu mangkuk bubur dan secawan air suam itu diletakkan di meja kecil bersebelahan dengan katil. Jake berhenti bermain telefonnya dan memandang bubur itu.
“ Kenapa kau masak bubur? ” soal Jake selamba. Bukan dia tidak tahu bila orang tidak sihat cuma bubur sahaja yang sesuai untuk dimakan.
“ Habis tu awak nak saya masak apa? Chicken chop? Lamb chop? ” balas Taeri dengan kesal.
Dia duduk di birai katil lalu mengambil mangkuk bubur itu. Sudu berisi bubur itu ditiup sedikit sebelum dia suakan ke mulut Jake.
Jake memandang lama bubur itu. Dia berfikir yang bukan - bukan seperti Taeri mungkin meletakkan racun di dalamnya. Taeri menghela nafas.
“ Saya tak letak racun dalam bubur ni. Cepat, ahhh~ ” arah Taeri sambil membuka mulutnya.
Gayanya seperti sedang memujuk budak kecil makan. Nasib baik dia tidak membuat gaya 'kapal terbang' seperti yang ibu - ibu lain lakukan.
Jake hanya menghela nafas lalu dia membuka mulutnya. Bubur yang disuapkan oleh Taeri terus ditelan walaupun lidahnya tidak dapat menangkap sebarang rasa.
Taeri menyambung sesi menyuap bayi besar di hadapannya itu sehinggalah mangkuk itu menjadi licin. Setelah memaksa Jake menelan ubat Taeri turun ke dapur.
Sementara Jake merenung siling, bibirnya mengukir senyuman nipis.
“ Hmm, not bad. ” gumam Jake sebelum dia masuk ke alam mimpi.
+ cutie jakeyy & one day to go before enhypen debut!!
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...