1.41 // broken pieces

1.8K 206 70
                                    

[#] special part for Jay-Jieun ((if you guys don't mind))

Jieun terasa seperti mahu melarikan diri sahaja, tubuhnya lemah kerana kurang rehat. Dia melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah bersama wajah yang sugul. Kakinya terus melangkah ke lokernya.

Semasa dia sedang mengambil buku muncul seseorang yang benar - benar Jieun tidak mahu bertemu. Kim Minju.

Good morning, cousin! Aww, kenapa muka masam ni? ” soal Minju bersama nada sinis. Hyewon yang berada di sebelahnya menahan ketawa.

Jieun memutarkan matanya, “ muka aku masam pun bukan hal kau, cousin.

Jieun mahu membuka langkahnya untuk masuk ke dalam kelas. Dia tidak mahu bertemu dengan Jay selepas kejadian minggu lalu. Entah mengapa Jieun merasakan sesuatu di dalam hatinya. Setiap kali melihat Jay.

Minju berdecit kesal mendengar jawapan Jieun. Sekilap mata lengan Jieun ditarik supaya gadis itu tidak melarikan diri.

“ Yah! Apa yang kau nak Minju? ” soal Jieun dengan nada yang tinggi. Dia menarik lengannya dari pegangan Minju.

“ Apa yang aku nak? Kau tahu apa yang aku nak, Choi Jieun! ” balas Minju.

Jieun ketawa sinis, dia berpeluk tubuh dan memandang Minju. Dia tahu apa yang gadis itu mahukan dari pandangannya pun Jieun sudah tahu. Gadis itu mahu dia pergi dari sekolah ini.

Jieun mempunyai pengaruh yang kuat di sekolah. Jika banyak pertandingan yang dia sertai taraf sekolah akan naik. Tetapi dia membuat masalah taraf sekolah akan menurun.

Atau lebih teruk, dirinya dibuang sekolah.

“ Kau tahu yang aku tak bodoh macam kau. Please, Minju aku cuma nak berehat. Untuk tiga bulan. ” ujar Jieun lagi bersama nada geram.

“ Bodoh? Said the one who broke the window. I know everything, princess. Kau beruntung budak tu tolong kau. ” balas Minju dengan berbisik. Ayatnya membuatkan Jieun mengetap bibir.

Melihat Jieun yang seperti mahu mengalah Minju terus membuka langkah bersama Hyewon. Jadi ada orang lain yang tahu tentang itu? Apakah nasibnya selepas ini jika Minju sebarkan berita itu?

Perasaan Jieun bercampur baur dan akhir sekali rasa marah menguasai hatinya. Dia mengetap bibir sambil menggenggam buku lima dengan kuat. Jieun menarik nafas sedalam yang mungkin.

Mengelakkan dirinya dari menangis.

“ Jieun? Kenapa kau dekat sini lagi? ” sapa Sunghoon yang baru sahaja tiba bersama Jay. Jieun hanya memandang Sunghoon sekilas dan matanya berair menarik perhatian Sunghoon.

“ Kau menangis? Minju kacau kau lagi ke? ” soal Sunghoon lagi.

Jieun tidak menjawab sebaliknya dia terus berlalu pergi. Dia tidak mahu mendengar bebelan dari Sunghoon dan juga tatapan dari Jay. Dia sudah berusaha untuk menjauhkan diri.

Manakala Jay keliru. Memikirkan apa hubungan Jieun dan Minju.

¦

Jieun membuka lampu bilik latihan balerina itu. Dia melangkah ke tengah - tengah ruangan itu dan berdiri memandang dirinya. Wajahnya kosong tanpa sebarang riak dan seperti orang yang tidak cukup tidur.

Jieun terfikir, adakah ini gadis yang memenangi pertandingan balerina di Sydney bulan lalu? Adakah ini gadis yang sering menari dengan indah di atas pentas?

Atau sekadar topeng semata - mata?

Jieun tidak tahu, beban di bahunya semakin bertambah membuatkan dia lelah. Berapa lama lagi dia perlu seperti ini? Kurang kasih sayang dan perhatian, sering dibenci oleh sepupunya sendiri.

“ Kenapa Minju bencikan aku sangat? Apa salah aku? ” soal Jieun lalu menangkup wajahnya.

Dia menangis teresak - esak tanpa memikirkan ada orang yang masuk ke ruangan itu atau tidak. Dia tidak peduli kerana apa yang dia mahukan sekarang ialah waktu. Dia perlu bersendirian dan jauh dari orang lain.

Jieun kusut, dia takut rahsia dan kesalahannya akan diketahui. Dia takut jika dia dibuang sekolah. Bukan orang tuanya tidak mampu, cuma Jieun sudah selesa di sekolahnya itu.

“ Kau tahu menangis macam ni takkan selesai masalah. ” ujar seseorang dan Jieun pantas mendongak.

Jay sedang berdiri bersama kedua - dua tangan di dalam poket. Jieun segera menyeka sisa air matanya supaya tidak dilihat oleh Jay. Tetapi sia - sia kerana lelaki itu sudah nampak terlebih dahulu.

Jieun senyum nipis, “ ap-apa yang kau buat dekat sini? ”

“ Kenapa kau menangis? ” soal Jay.

Senyap. Tiada jawapan dari Jieun kerana dia tidak tahu apa yang perlu dia jawab. Adakah dia perlu menangis, meraung di hadapan Jay? Tentunya tidak, Jieun bukan jenis yang suka menunjukkan perasaannya di khalayak ramai.

Jay mengeluarkan telefonnya. Dia memutarkan lagu bertajuk <Selene> nyanyian Imagine Dragons. Jieun memandang Jay dengan pandangan pelik ketika lelaki itu mendekatinya. Jay menghulurkan tangannya dan Jieun memandangnya pelik.

“ Kau kena lepaskan semua tekanan kau. Aku selalu menari untuk kurangkan tekanan. ” ujar Jay dan menarik tangan Jieun lembut.

Dia menggenggam tangan Jieun erat, menggerakkan tangan itu ke kiri dan ke kanan. Jieun sedikit kekok sehinggalah lagu bertukar ke lagu <Monster> nyanyian Shawn Mendes. Jieun mulai ketawa apabila Jay menari di hadapannya. Suara tawa mereka berdua memenuhi ruang bilik latihan itu.

Kini mereka berdua sedang berbaring di atas lantai merenung siling. Bibir Jieun mengukir senyuman nipis memikirkan tekanannya sedikit berkurang. Dia menoleh ke arah Jay yang masih lagi merenung siling.

“ Jay. ” panggilnya dan Jay menoleh.

“ Terima kasih sebab tolong aku. Kau betul, menangis tak akan selesai masalah. ” tambah Jieun lagi.

No problem!

Jieun bangun dari baring ke duduk. Dia baru sedar yang hampir satu jam lebih dia di sini tanpa melakukan apa - apa selain menari dengan Jay. Dia bangun untuk berkemas, dia menggalas beg lalu menoleh ke arah Jay. Lelaki itu sudah berdiri dan memandangnya.

Jieun mendekati Jay dan sekelip mata bibirnya hinggap di pipi Jay. Dia hanya senyum nipis dan mahu melangkah pergi sebelum lengannya di tarik semula. Otaknya tidak dapat memproses apa yang sedang berlaku kerana sekarang bibir Jay di atas bibirnya.

Jay menciumnya tepat di bibir. Pada waktu itu lagu <I Just Wanna> nyanyian Felix Jaehn memenuhi bilik itu. Jieun tidak menolak dan langsung membalas.

Di fikirannya, mungkin Jay juga mempunyai rasa yang sama.

+ any Jay-Jieun shipper?
anyway, lagu - lagu yang dekat atas tu semua sedap. boleh cuba dengar hehee

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now