20 CUBE CAFE
" Oppa! "
Seorang gadis berambut hitam berlari mendekati Jake bersama senyuman manisnya. Jika dilihat dengan lama seperti seekor arnab. Jake mengangkat tangannya.
Gadis itu mendekati meja yang diduduki oleh Jake. Masih lagi tersenyum manis, gadis itu mengambil tempat berhadapan dengan Jake.
" Hey princess. Long time no see? " soal Jake lalu menyisip sedikit Latte yang dipesan olehnya sebentar tadi.
" Aigoo oppa, satu tahun setengah bukan tempoh yang lama. " balas gadis itu lagi. Senyuman masih lagi terukir di bibirnya.
Kemudian datang seorang pelayan meletakkan patbingsu dan jus epal buat gadis itu. Setelah mengucapkan terima kasih sesudu patbingsu disuapkan ke dalam mulut.
Mata dipejamkan ketika rasa dingin ais dan rasa strawberi bercampur di dalam mulutnya. Melihat reaksi itu membuatkan Jake ketawa kecil. Dia rindukan wajah comel itu.
" Yuna-ah, i need to tell you something. " ujar Jake dan berjaya menarik perhatian gadis itu—Shin Yuna.
Tangan Yuna digenggam oleh Jake bersama senyuman nipis yang terukir di bibirnya. Jake tidak mahu menyembunyikan apa - apa dari Yuna terutama sekali hubungannya dengan Taeri.
Lambat laun gadis itu akan tahu juga.
Yuna meletakkan sudu di atas meja dam menumpukan perhatian kepada apa yang Jake akan katakan. Dari ekor mata lelaki itu seperti dia mahu mengatakan sesuatu yang serius.
" About what? Ada benda yang Yuna tertinggal ke? " soal Yuna lagi. Melihat reaksi Yuna membuatkan hati Jake terhenyak, dia tidak patut merahsiakan perkahwinan mereka sejak mula lagi.
Jika di hadapan Taeri dia boleh mengarahkan macam - macam perkara tetapi tidak dengan Yuna. Yuna dan Taeri ialah orang yang berbeza.
Jake menarik nafas sedalam yang boleh dan Yuna mengusap tangan Jake lembut. Bibirnya mengukir senyuman nipis.
" Take it easy, oppa. Yuna tak makan orang. " ujar Yuna membuatkan rasa gugup di hati Jake sedikit hilang. Setelah tenang Jake kembali bersuara dia memandang tepat ke dalam mata Yuna.
" Yuna. " panggil Jake.
" Hmm? "
" Oppa dah kahwin. " ujar Jake senafas dan jelas didengari oleh Yuna. Gadis itu kaku dan wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak lagi. Genggaman tangan di tangan Jake segera dilepaskan.
Jake sudah dapat mengagak inilah reaksi yang akan dia terima. Yuna bersandar pada kerusi dan memandang ke luar cermin kaca itu. Daun oren yang sudah gugur itu lebih menarik perhatiannya.
" Yuna—"
" Jadi, oppa datang jumpa Yuna untuk apa? Putuskan hubungan kita? " celah Yuna bersama nada sinis.
" Bukan macam tu— "
" Don't tell me oppa nak kenalkan Yuna dengan isteri oppa? Motif? " nadanya semakin sinis membuatkan Jake hampir panik.
" Princess listen— "
" No, you listen Sim Jaeyun. Yuna tak tahu nak cakap apa lagi setahun setengah Yuna pergi dan oppa terus setuju kahwin dengan orang lain? Unbelievable! " ujar Yuna bersama nada yang tidak puas hati. Dia hampir meninggikan suara tetapi dia tidak mahu menarik perhatian orang ramai.
Dia bersama Jake, ramai orang mengenali lelaki itu dan dia tidak mahu buat kecoh. Mereka berdua mendiamkan diri untuk seketika sebelum Yuna bersuara semula.
" I would like to meet her. I want to meet the girl who take my position. "
¦
Taeri berjalan keluar dari kelasnya dan langsung melangkah keluar. Dia pasti pemandunya sudah menunggunya di luar pagar. Taeri mahu segera pulang ke rumah kerana badannya kurang baik.
Sebaik sahaja keluar dari bangunan Taeri di sapa oleh Sunghoon. Lelaki itu hanya seorang diri tanpa Jay di sisinya. Jarang dia melihat Sunghoon seorang diri tanpa Jay.
" Mana Jay? "
" Dia balik awal, appa dia baru balik dari Amerika. " jawab Sunghoon santai dan mendapat anggukan daripada Taeri.
Taeri ternampak sebuah kereta hitam yang sangat dia kenali. Dia mahu segera pulang dan berehat. Jake? Lelaki itu sudah besar dan dia boleh lakukan apa sahaja yang dia mahu.
" Taeri-ah, tadi Jake pesan suruh saya bawa awak balik rumah keluarga dia. Awak berdua gaduh ke? " soal Sunghoon dan itu membuatkan Taeri terdiam. Memori tempoh hari kembali muncul membuatkan pipinya sedikit memerah kerana malu.
Taeri pantas menggeleng dan reaksi itu berjaya membuatkan Sunghoon ketawa kecil. Kemudian mereka berdua masuk ke dalam kereta. Pemandu terus menuju ke rumah keluarga Jake seperti yang diminta.
Tiba sahaja di rumah itu Taeri dan Sunghoon terus masuk ke dalam. Bagi Sunghoon rumah itu tidak asing lagi tetapi bagi Taeri dia agak kagum. Langkah kaki Sunghoon terhenti apabila melihat siapa yang ada bersama Jake.
" Yuna? " suara Sunghoon berjaya menarik perhatian Taeri. Nama itu tidak asing di telinga Taeri kerana dia pernah mendengar nama itu.
Kaki Taeri juga terhenti ketika matanya bertemu dengan gadis itu. Taeri merasakan seperti ada sesuatu yang akan berlaku antara dirinya dan juga Yuna. Dia segera mengukir senyuman.
" Hai, oppa! And you must be Kang Taeri. Nice to meet you, i'm Shin Yuna—Jake's girlfriend. "
+ what a plot-twist huhuuu. anyway-HAPPY 1K READS! THANKYOU SM ❤🤡🙈
+ so let me present to you our second female main lead!
apa pendapat korang dengan watak yuna?
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...