Setelah dua hari bercuti akibat kejadian yang lalu Taeri kembali bersekolah semula. Memandangkan sudah dua hari dia bercuti dia perlu menggantikan dendanya dengan menolong Heeseung pada hari Sabtu dan Ahad.
Taeri tidak kisah asalkan dendanya itu dapat dihabiskan. Tetapi tidak Jake.
Sejak Taeri keluar dari hospital dan kembali ke sekolah dia akan menunggu gadis itu pulang. Alasannya Jake tidak mahu hal yang sama terjadi kepada Taeri.
“ Awak tak nak daftar sebagai pengawas perpustakaan ke Taeri? Ada kosong lagi ni. ” soal Heeseung dengan nada gurauan dan ketawa di hujung ayatnya.
Taeri mengaru kepalanya, “ tak naklah! Nanti saya selalu jumpa sunbae! ”
Mereka akhirnya ketawa bersama - sama. Taeri semakin selesa dengan Heeseung dan sudah menganggap lelaki itu sebagai abang serta teman rapatnya. Walaupun lelaki itu menyimpan perasaan terhadap dirinya, Taeri tetap berkawan dengannya.
Taeri sambung melakukan kerjanya. Hari ini Heeseung menyuruh dia menyusun buku yang telah dipulangkan ke tempat asalnya. Ianya tidak susah kerana sudah ada nombor.
Ketik Taeri sedang menyusun buku lengannya tiba - tiba ditarik. Dia segera menoleh dan melihat ada Jake di hadapannya. Lelaki itu memandang tajam ke arahnya.
“ Apa yang awak buat dekat sini? Kenapa pandang saya macam tu? ” soal Taeri dan Jake mencebik perlahan.
Gadis itu benar - benar tidak sedar akan riak wajah Jake sekarang. Malah, Jake sendiri tidak tahu dengan dirinya yang tiba - tiba berubah. dia mengaku yang dia tidak suka melihat Taeri dekat dengan Heeseung.
“ Seronok kau eh? Ketawa sakan dengan Heeseung hyung? ” soal Jake sambil berpeluk tubuh. Bibirnya lagi dan lagi mencebik, rasa geram muncul di hatinya.
“ Salah ke saya ketawa dengan Heeseung sunbae? Guna mulut awak ke untuk ketawa? ” balas Taeri santai. Rasanya dia dan Heeseung cuma berbual kosong dan tiba - tiba Jake muncul lalu menyoal tentang dia dan Heeseung.
“ Salah dan aku tak suka. ” ujar Jake.
Berkerut dahi Taeri, bukankah lelaki ini yang membenarkan dia berbuat apa yang dia mahu ketika dia luar rumah? Jake yang memberi dia kebenaran untuk berkawan dengan sesiapa selagi rahsia mereka selamat.
Hari demi hari sifat sebenar Jake keluar tanpa mereka berdua sedari.
“ Kenapa salah? Suka hati sayalah nak kawan dengan siapa pun? Dah tepi, saya nak sambung buat kerja. ” bahu Jake ditolak perlahan dan Taeri langsung menyambung kerjanya.
Taeri mengabaikan Jake yang hanya memerhati itu. Sedaya upaya dia cuba untuk fokus tetapi pandangan tajam Jake membuatkan dia tidak selesa.
Akhirnya dia menoleh semula dan lelaki itu sedang berdiri tepat di hadapannya. Taeri bercekak pinggang sambil mendongak memandang wajah Jake.
“ Awak nak apa lagi? ” soalnya dengan nada malas.
Jake menurunkan kepalanya agar sejajar dengan wajah Taeri. Dia senyum sinis sementara jarinya mengusap pipi gadis itu. Jake mendekatkan wajahnya dengan Taeri.
“ Aku nak kau— ”
“ AAARRGGHHH APA SEMUA NIH?! Mata aku—mata aku dah tak suci!! ”
Jake mendengus kasar apabila mendengar suara itu. Mengganggu peluang keemasan Jake sahaja.
¦
20 CUBE CAFE
Jake memandang tajam ke arah Sunghoon. Kek coklat yang dipesannya itu sudah hampir hancur kerana dicucuk menggunakan garfu berkali - kali.
“ Ehem, kenapa senyap ja ni? Jakey? Sunghoon? ” soal Heeseung yang berada di antara dua lelaki itu.
Heeseung memandang Jake, lelaki itu seolah mahu mencucuk - cucuk muka Sunghoon menggunakan garfu di tangannya. Pandangannya beralih pada Sunghoon, lelaki itu pula dengan selamba ketawa kecil.
Kepala Heeseung gatal memikirkan masalah dua sepupu itu.
“ Hello? Hyung tanya ni? ”
“ Suka ganggu peluang keemasan aku—betul ke kau sepupu aku, huh? Dah lah ada budak Jia tu! ” ujar Jake secara tiba - tiba dan Sunghoon akhirnya gagal menahan ketawanya.
Ya, Sunghoon lah yang 'menerjah' Jake dan Taeri di perpustakaan sebentar tadi. Bukan dia sengaja tetapi dia tidak berfikir Jake mahu melakukan 'itu' dengan Taeri.
Sudahlah ada Jia bersamanya. Kasihan gadis itu perlu melihat hal - hal yang dilakukan oleh suami isteri itu. Ketawa kembali kedengaran dari bibir Sunghoon membuatkan Jake mendengus perlahan.
“ Peluang keemasan apa? Hyung tak faham? ” soal Heeseung lagi.
“ Ada orang tu nak cium isteri tapi tak dapat. ” balas Sunghoon santai lalu dia sambung ketawa semula.
Heeseung terdiam, dia hampir lupa tentang hubungan sebenar Jake dan Taeri. Ah, dia benar - benar kecewa setelah mengetahui hal sebenar. Manakala Jake hanya memandang ke luar kafe sambil menahan geram.
Sunghoon masih lagi ketawa.
“ Enough, Park Sunghoon! ”
“ Fine! Nak gelak pun tak boleh. ” ujar Sunghoon sambil mengangkat kedua - dua tangannya.
Memikirkan semula kejadian tadi Jake menjadi geram dan malu bersamaan. Sepatutnya Heeseung mahu mengajak Taeri dan Jia bersama tetapi dihalang oleh Jake.
Jake tidak suka melihat Taeri dekat dengan Heeseung.
Kemudian Sunghoon meminta diri untuk ke tandas. Tinggal Jake dan Heeseung di meja itu. Suasana kekok antara mereka berdua. Heeseung cuba mengajak Jake berbual.
“ Jake. ”
“ Hmm? ”
“ Hyung nak cakap sesuatu. ”
+ how are you guys? semangat ya join online class! fighting! <3
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...