# WARNING : Steamy at the end
—Untuk Park Sunghoon,
Hai, Tuan Sunghoon! Pertama sekali saya tak dapat nak ungkapkan betapa tebalnya rasa malu saya untuk jumpa Tuan. Jadi, saya tulis surat ja. Mungkin Tuan akan terus bencikan saya dan saya boleh terima. Perbuatan saya memang tak boleh dimaafkan—saya khianati Tuan, hancurkan kepercayaan Tuan kepada saya. Jujur saya menyesal dengan semua perbuatan kolot saya. Tapi saya tak boleh putarkan waktu untuk betulkan silap saya. Kata-kata kasar Tuan telah tekadkan hati saya untuk pergi jauh. Ya, saya ambil keputusan untuk menghilang dari hidup Tuan. Saya harap hidup Tuan lebih berbahagia tanpa ada saya.
p/s : tuan dah berjaya cuti hati saya. tolong jaga hati saya baik-baik.
Kwon Jia—
Sunghoon melipat semula surat itu. Sudah 7 tahun berlalu tanpa Kwon Jua disisinya. Gadis itu benar-benar menuruti apa yang dia katakan di dalam surat itu. Menghilang dari hidupnya yang kelam ini. Sungguh Sunghoon menyesali perbuatannya itu.
Andai sahaja dia mendengar penjelasan dari Jia, mungkin dia masih dapat mengetahui khabar dari gadis itu. Mungkin juga, gadis itu sudah menjadi miliknya seutuhnya. Sunghoon menghela nafas sambil memandang bandar New York itu.
Cawan yang berisi whisky itu didekatkan pada bibirnya dan dengan sekali teguk minuman keras itu sudah habis diteguk. Dia memandang penthouse yang dipinjam oleh Jake kepadanya.
Katanya, ini milik Taeri namun isterinya sepupunya itu jarang menggunakannya. Jake juga pesan akan ada kawan Taeri yang datang untuk membersihkan penthouse itu. Tidak pula Sunghoon dengar tentang kawan Taeri itu.
“ Sunghoon-ssi? ” panggil pembantunya.
“ Maaf mengganggu tapi kita ada masalah dekat bawah. Ada seorang wanita nak masuk tapi saya tak benarkan. Nama dia Kwon Jia. ” tambah pembantunya bersama wajah yang gugup.
Sunghoon paling tidak suka diganggu saat dia ingin seorang diri. Namun, keadaan sedang mustahak dan dia perlukan bantuan daripada bosnya. Manakala Sunghoon menoleh bersama wajah terkejutnya.
Dia yakin dia tidak salah dengar nama yang disebut oleh pembantunya, “ apa nama dia? ”
“ Nama dia Kwon Jia dan dia mengaku yang dia kawan kepada pemilik penthouse ini. Patut ke saya benarkan dia masuk, Sunghoon-ssi? ” soal pembantunya lagi dan dengan pantas Sunghoon mengangguk.
Pembantunya segera menunduk dan menuju ke bawah semula. Sunghoon perlahan-lahan mendekati tangga untuk melihat adakah itu Kwon Jia yang dia cari dan rindui selama 7 tahun ini? Jantungnya berdegup kencang saat mendengar suara seorang gadis mendengus kasar.
“ Susah sangat ke nak bagi aku masuk? Kalau aku orang asing takkanlah Taeri Unnie bagi aku kad penthouse dia? Dia pula siapa? Macam mana boleh ada dalam penthouse ni? ” rungut pemilik suara itu.
Mata Sunghoon tanpa sedar berkaca-kaca mendengar suara itu. Tangannya menggenggam erat penghadang tangga itu. Suara itu, sudah lama dia tidak mendengar dan bertemu dengan pemilik suara itu.
Kakinya ditahan untuk bertemu dengan gadis itu. Kwon Jia, si pencuri hatinya.
“ Maafkan saya Cik Jia. Saya tak tahu yang Cik kawan kepada Puan Taeri. Saya nak minta diri dulu sebab saya ada hal di luar tapi Cik tak sendirian. Ada bos saya di tingkat 2. Saya minta diri dulu. ” ujar pembantu Sunghoon itu.
Mereka saling menunduk hormat sebelum Jia meletakkan begnya di rak yang disediakan. Padding ditanggalkan laku disangkut. Jia tidak perlu mengemas banyak namun dia lebih suka datang ke sini. Sunyi dan tenang.
Hubungannya dan Taeri semakin membaik selepas dia bertembung dengan Jake di kafe 3 tahun lalu. Jia terkejut melihat Jake bersama 2 orang kanak-kanak yang memanggilnya dengan panggilan 'appa'. Begitu pantas waktu berlalu.
Dan Sunghoon? Jia meminta agar Jake dan Taeri tidak memberitahu lelaki itu.
“ Eh, sekejap. Perempuan tadi cakap bos dia ada dekat atas. Patut ke aku jumpa bos dia? Tak payahlah bukannya aku kenal pun. ” ujar Jia lalu melangkah ke dapur.
Dia mengambil satu cawan kaca untuk mengambil membancuh teh. Tangannya terhenti ketika teringat kata-kata perempuan asing itu. Jia berlawan dengan otaknya, adakah dia perlu bancuh untuk bos perempuan itu juga?
“ Bancuh ja lah. Anggaplah sebagai tanda perkenalan walaupun aku tak kenal dia. ” bisik Jia lalu membancuh teh mengikuti sukatan yang biasa dia lakukan—untuk Sunghoon.
Setelah dia siap membancuh Jia membawa satu cawan kaca berisi teh itu ke atas. Dengan penuh berhati-hati Jika mendaki anak tangga takut teh itu akan tertumpah. Tiba di atas Jua terkejut melihat suasana gelap itu.
Namun dia dapat melihat bayang seorang lelaki sedang berdiri menghadap bandar New York. Lantas kakinya mendekati lelaki itu tanpa mengetahui apa yang akan berlaku. Bunyi tangisan membuatkan Jia terkedu.
“ Ekhem, maafkan saya sebab mengganggu Tuan tapi saya ada bancuh teh. Saya letakkan di sini ya? ” soal Jia dengan berhati-hati namun tiada balasan.
Itu membuatkan Jia langsung menjadi gugup. Dia sudah membuat silap ke? Matanya memandang tubuh lelaki itu lama dan memori mula membayangkan Sunghoon. Lagi dan lagi lelaki itu muncul di fikirannya.
Kemudian, lelaki itu memusingkan tubuhnya menghadap Jia. Tubuhnya terus kaku melihat wajah yang dipenuhi dengan air mata itu dihadapannya. Jia merasakan yang dia sedang bermimpi.
“ Tuan S-sunghoon? ”
“ Kwon Jia. ” panggil Sunghoon lembut.
Jia meletakkan cawan teh itu di atas meja yang berdekatan dan segera memusingkan tubuhnya. Dia perlu melarikan diri dari tempat itu sekarang juga. Namun baru beberapa langkah lengannya ditarik oleh Sunghoon.
Sesaat kemudian tubuhnya dipeluk erat dari belakang. Sunghoon memeluknya begitu erat untuk melepaskan rasa rindunya. Jia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.
“ Tuan.. tolong lepaskan saya.. ” pinta Jia namun Sunghoon memekakkan telinganya.
“ Aku minta kau pergi jauh tapi aku tak sangka sejauh ini. Berapa lama lagi kau nak hilangkan diri Jia? Kau tak nak tuntut semula hati kau yang aku dah curi? Hmm? ” soal Sunghoon tepat disebelah telinga Jia.
Jia tidak menjawab dan Sunghoon terus memusingkan tubuh Jia. Kini, mereka saling berhadapan antara satu sama lain namun Jia tidak berani mendongak. Pertahanannya sudah hancur.
“ Aku nak tuntut hati aku semula, Kwon Jia. Jangan larikan diri kau lagi. Aku mohon. ” bisik Sunghoon.
Kepalanya direndahkan laku bibirnya mencium bibir Jia lembut. Tiada penolakan dari gadis itu membuatkan Sunghoon terus menarik Jia duduk di pangkuannya. Sesaat kemudian Jika membalas ciuman itu.
Sunghoon begitu rindukan Jia. Ciumannya beralih ke leher Jia dan mula mencium kawasan sensitif itu. Suara Jia memanggilnya membuatkan Sunghoon hampir hilang akal.
“ Tuan Sunghoon— ”
Senja itu, mereka habiskan waktu dengan melepaskan rindu yang terpendam di dalam diri masing-masing.
+ nash unpub yang old version.
enjoy this one!
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...