1.36 // heroine

1.5K 224 34
                                    

[#] first of all, author anda yini tak tahu buat cerita genre culik - culik. so just enjoy the chapter <3

Dua orang lelaki membawa Jake ke sebuah bilik tidur. Entah apa yang mereka mahu lakukan pun Jake tidak tahu. Adakah Nicholas tiba - tiba sahaja menjadi baik?

Ya, mungkin di alam mimpi.

“ Apa yang bos kau suruh kau dua buat ni? Aku nak isteri akulah! ” soal Jake ketika tubuhnya dibaringkan di atas katil.

Sudahlah tangannya masih lagi terikat kemas itu mulai terasa pedih. Seorang lelaki mendekati meja kecil yang berada di tengah - tengah bilik itu. Picagari diambil lalu dia mendekati Jake.

Jake mulai panik, apa yang dua lelaki ini mahu lakukan pada dia? Dia mahu melawan tetapi tangannya terikat kemas. Cuma kakinya sahaja yang boleh diharapkan.

Lelaki itu mendekat dan Jake pantas menendang perut lelaki itu. Rakannya pula cuba untuk memegang kaki Jake supaya dia tidak bergerak.

“ Kau nak cucuk aku kan? Ada dadah kan dalam picagari tu? ” soal Jake sinis.

Dia tahu isi picagari itu setelah melihat botol kaca kecil itu. Walaupun dia tidak mengambil bidang perubatan tetapi Jaehun pernah memberitahunya.

Andai sahaja ada apa - apa yang berlaku. Dan hari itu telah tiba.

“ Macam mana kau tahu, huh? ” soal lelaki yang memegang kaki Jake itu.

“ Aku pandai sebab tu aku tahu. Tak macam bos kau, sekolah pun dia suka ponteng. Sekarang, we make a deal. ” balas Jake membuatkan dua lelaki itu memandangnya pelik.

Persetujuan apa yang Jake mahu lakukan? Dua lelaki itu menggelengkan kepala mereka serentak. Jake mencebik perlahan.

“ Kenapa pula? Aku nak berdamai dengan cara baik kot? ” soal Jake lagi. Nada suaranya menunjukkan kalau dia benar - benar geram dengan dua lelaki itu.

“ Maaf, kami hanya jalankan tugas. ” jawab dua lelaki itu serentak.

Jake memutarkan matanya dan pada waktu itu juga tubuhnya ditahan. Manakala picagari itu dicucuk pada tengkuk. Perlahan - lahan kepalanya mulai pening dan penglihatannya kabur.

Tubuhnya mulai rasa panas membuatkan Jake mahu menanggalkan bajunya. Jake dapat rasa tubuhnya bereaksi. Ikatan tangannya dibuka.

Kemudian, Nicholas muncul bersama seorang wanita. Dia menyuruh wanita itu berpura - pura sedang berciuman dengan Jake.

Wanita itu mendekati Jake dan mengusap pipinya lembut. Segaris senyuman muncul di bibirnya kerana di fikirannya cuma satu sahaja. Kang Taeri.

T-taeri... ” panggil Jake.

That's not my name. ” bisik wanita itu membuatkan Jake ketawa.

Nicholas dan dua lelaki itu melangkah keluar. Sekarang cuma tinggal menunjukkan 'bukti' kepada Taeri sahaja.

¦

“ Apa pun yang awak tunjuk. Saya tak akan percaya, Nicholas. ” ujar Taeri ketika ikatan pada lengannya dilepaskan.

Nicholas ketawa melihat wajah Taeri itu. Gadis itu benar - benar yakin yang Jake tidak melakukan hal - hal seperti itu. Membuatkan dia mahu meneruskan lagi permainan ini.

Kemudian, Taeri dibawa ke sebuah bilik yang agak besar. Pintu bilik itu masih tertutup rapat tetapi masih dapat dia mendengar suara - suara seseorang dari dalam sana.

Seperti suara lelaki sedang ketawa.

Nicholas menoleh, “ dengar tu? ”

I won't believe you. Tak kisah apa yang awak tunjuk! ” balas Taeri.

Jantungnya berdegup kencang. Dia benar - benar berharap itu bukanlah Jake tetapi lelaki lain. Dia yakin yang Jake tidak akan lakukan hal - hal seperti itu. Jake bukan begitu.

Up to you.

Pintu bilik itu ditolak dan Taeri pantas meninjau. Terasa seperti hatinya ditikam dengan beribu bilah pisau. Rasa sakit menerpa hatinya saat melihat apa yang berada di hadapannya itu.

Matanya memandang ke arah Jake yang sedang bersandar di kepala katil sambil seorang wanita duduk di pangkuannya. Wanita itu mencium lehernya membuatkan Jake ketawa.

Stop it—geli.. ” ujar Jake lagi sambil cuba menolak bahu wanita itu menjauh.

“ Tak! Tak mungkin! ” mata Taeri mulai berair dan tanpa menunggu apa - apa Taeri terus berlari ke mana yang dia mahu. Kakinya berhenti di hadapan kolam renang.

Kakinya melemah dan akhirnya dia terduduk di situ. Air matanya mengalir dengan sangat lebat apabila memikirkan kejadian tadi. Suaminya sedang berseronok dengan wanita lain.

Taeri sepatutnya percaya pada Nicholas. Tetapi hatinya yakin Jake tidak lakukan semua itu.

“ Perlukan bahu? ” soal Nicholas.

“ Saya tak perlukan awak! Pergi! ” halau Taeri sambil menyembunyikan mukanya. Dia tidak mahu sesiapa melihat dia menangis.

“ Aku dah cakap. Kau tak nak—AAAARGHHHH!! ”

Jeritan dari Nicholas membuatkan Taeri segera menoleh. Terkejut Taeri apabila melihat Nicholas berada di atas lantai dan Heeseung sedang menahannya. Jieun dan Jia segera mendekati Taeri.

Tubuhnya dipeluk oleh Jieun erat.

“ Taeri! Nasib baik awak selamat! ” ujar Jieun sambil mengeratkan lagi pelukan. Jia juga turut serta memeluk Taeri.

Bunyi siren memenuhi telinga Taeri. Dia membalas pelukan Jieun dan menangis di bahu gadis itu. Sekarang dia tertanya - tanya, bagaimana mereka boleh menemui tempat ini?

Beberapa anggota polis datang dan memasangkan gari di tangan Nicholas. Lelaki itu mendengus kasar apabila Heeseung senyum sinis ke arahnya.

“ Taeri-ah, awak baik - baik ja kan? Sekarang kita kena pergi hospital. ” ujar Heeseung sambil mendukung Taeri.

Taeri sudah tiada tenaga. Tubuhnya, hatinya sudah lelah. Dia hanya membiarkan sahaja tubuhnya dibawa oleh Heeseung dan menangis di dada lelaki itu.

Tanpa sedar dia tidak sedarkan diri ketika tiba di hospital.





+ confused macam mana diorang boleh jumpa kan? huehue 😚

heroine, causing some euphoric feeling. can make you addicted to it. ada side effect lain n you can search

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now