Hari mereka berdua berlalu seperti biasa seolah kejadian yang berlaku tempoh hari tidak berlaku. Taeri yang sibuk dengan belajar dan Jake yang sibuk dengan latihan bola sepaknya.
Hampir sebulan berkahwin dengan Jake baru Taeri tahu tentang penyertaan Jake dalam bola sepak. Setiap hari Jake akan pulang lewat dan Taeri sering belajar seorang diri kerana Jake yang penat dan lelah.
Namun ada sesuatu yang mengganggunya. Iaitu Shin Yuna.
Gadis itu kembali semula dan belajar di sekolah mereka. Pada asalnya dia perlu menghabiskan pelajarannya di luar negara namun Yuna berkeras mahu habiskan di Korea.
Taeri bukan tidak tahu niat sebenar gadis itu. Cuma dia malas mahu mencari masalah memandangkan gadis itu masih lagi memegang posisi sebagai 'kekasih Jake Shim'.
“ Awak balik lambat ke hari ni? ” soal Taeri ketika Jake melangkah keluar dari biliknya. Taeri tidak sedar yang dia menunggu lelaki itu di hadapan biliknya.
Jake mengangguk kecil, “ aku ada hal dengan Sunghoon. ”
Mendengar balasan Jake itu membuatkan Taeri mengangguk tanda faham. Dia berfikir lelaki itu akan keluar bersama Yuna kerana dua hari lalu Jay memberitahu bahawa Yuna mengajak Jake keluar.
Taeri sendiri tidak pasti jika lelaki tipu atau tidak. Cuma dia mahu tahu ke mana Jake pergi sahaja.
“ Lama ke awak keluar? ” soal Taeri lagi sambil duduk di meja makan itu. Jake mencebik ketika mendengar soalan dari Taeri.
“ Kau ni memang banyak soalkan? ” balas Jake. Dia sebenarnya mahu mengatakan perkara lain namun tidak jadi.
Wajah murung milik Taeri lebih menarik perhatiannya. Mulutnya mahu menyoal keadaan gadis itu tetapi dikurungkan niat itu. Dia tidak mahu terlihat seperti prihatin terhadap Taeri. Mungkin ya, cuma dia tidak sedar.
“ Maaf. ”
“ Whatever. Hari ni cuti aku benarkan kau keluar jalan - jalan. ” ujar Jake lagi dan Taeri segera mendongak. Matanya bersinar kegembiraan selepas mendengar kata - kata Jake itu.
“ Betul ke? Awak tak marah? ” soal Taeri bersama nada teruja.
Jake hanya menganggukkan kepalanya kerana malas mahu membuka mulutnya. Dia tidak mahu mengurung Taeri di runah ini dan mahu memberi kebebasan kepada gadis itu.
“ THANK YOU AWAK! SAYA SAYANG AWAK! ” ujar Taeri dan tanpa sedar dia berdiri lalu memeluk dan mencium pipi Jake.
Taeri kemudian terus berlari naik ke biliknya. Jantungnya berdebar - debar menyedari apa yang dia lakukan tadi. Bibirnya menyapa pipi Jake dan menyebut perkataan 'sayang'. Pipinya memerah memikirkannya.
Dia segera melupakan hal itu. Jake mungkin tidak peduli. Taeri tidak tahu mahu mengajak siapa namun wajah Jay tiba - tiba sahaja muncul. Otaknya berfikir macam - macam perkara. Tidak apakan jika dia ajak Jay?
Telefon di ambil lalu dia segera mencari nama Jay.
t.aerl
| awak free?
| let's hangout?¦
Tiada kata yang lain mampu Jay ungkapkan selepas mendapat mesej dari Taeri. Gadis itu tiba - tiba mengajaknya keluar dan dia tiada alasan untuk menolak.
Dia mahu mengenali gadis itu dengan lebih lagi. Mereka berjanji untuk ke shopping mall dan langsung ke arked selepas itu. Jay hanya membiarkan Taeri yang membuat keputusan.
“ Awak nak beli apa dekat sini? ” soal Jay semasa mereka sudah masuk ke dalam bangunan beli belah itu.
Taeri tidak tahu mahu ke mana namun dia hanya melangkah ke mana yang dia mahu. Dia bukan seperti gadis lain yang akan ke kedai baju dan memilih pakaian berkali - kali.
Di rumah Jake sudah sedia lebih dari cukup. Jadi, dia tidak mahu membazir.
“ Hmm, jom pergi Baskin Robbin? Saya dah lama tak makan aiskrim! ” ujar Taeri bersama wajah teruja.
“ Ok jom! ” ajak Jay dan langsung menautkan tangannya dengan Taeri.
Gadis itu terkedu dengan tindakan Jay, ini kali pertama lelaki itu memegang tangannya dan jantungnya berdebar. Taeri memandang tangan mereka berdua.
Dia tertanya - tanya, bagaimana rasanya memegang tangan Jake? Adakah hangat seperti ini atau lebih? Atau adakah dia mempunyai peluang untuk memegang tangan lelaki itu tanpa ragu?
Taeri hanya sibuk mengelamun sehingga tidak sedar yang mereka sudah sampai di kedai aiskrim itu. Jay mencucuk pipinya lembut membuatkan Taeri sedar dari lamunannya. Gadis itu terpinga - pinga membuatkan Jay ketawa kecil.
“ Tangan saya menarik sangat ke Taeri? ” soal Jay sambil senyum mengejek ke arah Taeri. Dia menahan dirinya dari mencium pipi gadis itu, namun mereka berada di kawasan terbuka.
Cuma mengalihkan topik, Taeri bersuara, “ awak pergi la order, saya cari tempat. Oh ya saya suka 'My Mom Is an Alien'. ”
Jay mengangguk faham dan menunggu di barisan sementara Taeri mencari tempat. Dia memandang ie luar kedai itu dan ada seseorang menarik perhatiannya.
Jake? Bisik hati Taeri.
Lelaki itu tidak berseorang diri tetapi bersama teman, Shin Yuna. Gadis itu elok memeluk lengan Jake tanpa ditolak oleh lelaki itu. Entah mengapa hati Taeri tiba - tiba sakit melihat pemandangan itu. Seingat Taeri, lelaki itu keluar bersama Sunghoon.
Taeri ketawa sinis, memikirkan Jake berkata jujur kepadanya. Tidak lama kemudian Jay tiba bersama dua mangkuk aiskrim di tangannya. Satu diberikan kepada Taeri dan satu lagi untuk dirinya.
“ Thank you! ” Taeri cuba bersuara teruja supaya Jay tidak sedar akan moodnya yang sudah hilang itu.
Dia segera menyuap sesudu aiskrim ke dalam mulut. Cuba untuk membuang bayangan dua manusia itu. Taeri tidak mahu terlihat lemah lagi - lagi di hadapan Jay. Lelaki itu sering mengambil berat tentang dirinya.
“ Lepas ni kita pergi arked? ” soal Jay dan Taeri mengangguk.
Dia mahu melupakan perasaan ini. Untuk seketika.
+ jangan lupa vote dan comment!
STREAM LET ME IN! <3
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크
FanfictionKisah tentang Jake yang keras hati dan Taeri yang tidak mengenal erti putus asa. Perkahwinan yang dirancang bertukar menjadi rancangan untuk menggoda sang suami yang keras hati. Ada rahsia antara mereka yang perlu disimpan. Namun, langit tidak selal...